blueasyraff
- Reads 45,530
- Votes 594
- Parts 47
Gelap dan gelita-- masih berada pada persimpangan berliku.
Kita takkan ada hidup tanpa cabang. Tanpa ujian mendatang. Tanpa kesusahan terbentang.
Semalam, kita dijadikan tidak lurus.
Semata untuk kehidupan esok yang tidak berkabus.
---
Thanks sebab sudi baca and untuk pengetahuan semua, novel ni di tulis sekitar 2011 - 2012. Tetapi masa itu otak still tak berkembang and tak tahu nak tulis plot macam mana. Dan target tulis nak hantar DBP. Menulis pun pakai bahasa baku-- naskhah-naskhah lama sebagai rujukan.
Tapi malangnya kena tipu dengan orang tengah antara DBP dengan aku. Aku tarik balik manuskrip dan hantar dekat Karangkraf and Buku Prima. Tapi kena reject sebab diorang kata unsur ni terlalu sensitif dalam masyarakat. Boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada pembaca juga mencemar imej baik penerbit.
Setelah membaca beberapa buah buku keluaran penerbitan indie, aku percaya dan yakin untuk upload dekat sini. Aku re-edit sedikit and cuba ikut penulisan aku semasa dan beberapa kecelaruan akan berlaku sebab nak kena tukar sana-sini ikut kesesuaian masa tapi biasalah tu. Aku tulis ni sebagai bacaan dan perlukan komen-komen membina.
Inilah sebenarnya yang berlaku dalam kehidupan manusia tapi tak ditulis sebab syarikat penerbitan besar mainstream terlalu fokus cinta-cinta Suamiku Terseret Dijalan Raya, Isteriku Playgirl Terhandal dan macam-macam lagi.
Semoga semua baca dan mengambil dari sudut positif serta berfikiran terbuka!