juzz_eddie's Reading List
83 stories
Curangla Lagi  by insankesepian10
insankesepian10
  • WpView
    Reads 282,194
  • WpVote
    Votes 4,006
  • WpPart
    Parts 90
Curang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan suaminya Johan. Johan telah membuat hubungan dengan gadis muda di pejabatnya. Sebagai perempuan, sudah tentulah dia terluka. Tetapi adakah dia akan bertangis duka, meratapi nasib diri? Sama sekali tidak! "You layan I macam ni, I akan layan you lebih teruk lagi, Johan. Try to stop me now. I don't care." - Lyn "Apa yang Lyn nak abang buat? Abang buat, sayang!" - Johan "You nak rumah tangga ni jadi begini, kan? Let's enjoy the moment." - Lyn Wanita itu bukanlah lemah orangnya. Bukan wanita yang senang dipermainkan perasaannya. Maka, silap besarlah Johan cuba menduakannya. Sekali Johan cuba menduga kesabarannya, seratus kali dia akan membalas semula. Johan sempat alpa apabila merasa hidup terlalu selesa. Ada isteri yang cantik dan sayang kepadanya. Maka dia cuba menduga. Akibatnya, karakter pendendam Azlyn muncul semula membelah maruahnya sebagai suami. Pengkhianatannya ikatan perkahwinan mereka dibalas habis-habisan oleh Azlyn tanpa belas kasihan. "I dah tak tahu macam mana nak hidup dengan you selepas ini. Hati I dah tak macam dulu lagi, Johan." - Lyn Johan terduduk oleh dugaan apabila Azlyn nekad membawa anak-anak jauh darinya. Melihat kesedihan di mata anak-anaknya, dia sengsara. Berusaha keras untuk meraih maaf isterinya. Namun tidak semudah itu. Tempoh berharga untuk mereka belajar tentang banyak perkara. Baik Lyn mahupun Johan, sama-sama ada kelemahannya. Cerai tidak semesti menjadi jalan keluarnya. Sejauh mana Azlyn ikhlas untuk menerima Johan semula dan seikhlas mana penyesalan Johan? Kembali mengukir bahagia. Itulah impian mereka berdua setelah seketika mereka tersesat oleh kekhilafan. Siapa tahu setelah berarak mendung itu, bahagia milik mereka jauh lebih indah dari yang pernah ada dulu!
Kelab Pencurang Cinta by comradenami
comradenami
  • WpView
    Reads 189,697
  • WpVote
    Votes 1,328
  • WpPart
    Parts 16
Pencurang seringkali dilihat sebagai perbuatan yang keji, dan jahat. Tapi, kenapa pencurangan tetap berlaku? Radzi dan Emma merupakan pasangan yang berkahwin hampir enam tahun, dan bercinta sejak di bangku sekolah. Mereka dilihat bak merpati dua sejoli, namun di satu pesta gathering bekas rakan sekolah, ada hati yang telah disentuh. Ada hati kecil yang mencintai sepenuh hati sejak dahulu, namun tidak keyakinan. Sehingga dia sedar hidup cuma satu kali. Dan kalau tak cuba, dia akan gagal selamanya. Kadang-kadang, jodoh itu tersilap. Dan harus dibetulkan dengan kecurangan!
Kerana Aku Seorang Isteri by bluduel
bluduel
  • WpView
    Reads 209,741
  • WpVote
    Votes 1,168
  • WpPart
    Parts 10
Zulaikha, seorang isteri yang setia di mata masyarakat. Seorang ibu yang penyayang, jiran yang ramah, dan wanita yang lemah lembut. Namun, di sebalik senyuman dan rumahtangga yang tampak sempurna, tersembunyi kelompongan emosi dan sunyi yang tidak terucap. Kemunculan Rusdi, jiran baru yang berperwatakan tenang dan penuh misteri, mula membuka pintu hati yang lama terkunci. Detik demi detik, mereka semakin rapat - bukan kerana dirancang, tetapi kerana takdir yang mempertemukan mereka ketika jiwa masing-masing sedang mencari pengertian. Adakah cinta itu satu dosa bila lahir dari luka? Atau adakah ia satu jalan untuk mengenal diri sendiri semula? Dalam dunia yang penuh penghakiman, Zulaikha terpaksa memilih - antara kekal dalam kesetiaan yang memudar, atau melangkah ke arah cinta yang mencetuskan skandal. Terima Kasih CHATGPT
Syafikha by Norhaya2019
Norhaya2019
  • WpView
    Reads 225,841
  • WpVote
    Votes 1,026
  • WpPart
    Parts 10
Syafikha, wanita berusia 33 tahun yang mempunyai raut wajah lembut dan tenang. Kecantikannya terserlah dengan senyuman manis yang sering menghiasi wajahnya. Namun di sebalik senyuman itu, tersembunyi pelbagai perasaan yang hanya dia seorang tahu.
Menanti Hujan Reda by SeriDewiSuria
SeriDewiSuria
  • WpView
    Reads 591,170
  • WpVote
    Votes 2,224
  • WpPart
    Parts 12
Memperkenalkan siri "THE CLASSIC COLLECTIONS" Siri ini memaparkan karya-karya erotika yg pernah disiarkan di blogspot atau media elektronik satu ketika dulu, tetapi ianya telah lupus dimakan zaman. Penghargaan sepenuhnya diberikan kepada penulis asal karya ini. Karya ini telah diberikan nafas baru dan diceritakan semula oleh Seri Dewi Suria dengan memberikan jalan cerita yang baru. Dengan membaca karya ini, anda telah bersetuju untuk bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala perasaan yang anda rasakan mahupun apa-apa perbuatan yang anda lakukan. Anda juga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang salahlaku yang melanggar hukum agama atau melakukan sebarang dosa, dan tidak sekali-kali melibatkan penulis asal atau penerbit karya ini.
Oh! Keluarga isteri ku by OriesRedza
OriesRedza
  • WpView
    Reads 119,794
  • WpVote
    Votes 840
  • WpPart
    Parts 8
Kisah tentang seseorang lelaki bernama Rizal yang menjadi menantu dan ipar kepada keluarga isterinya.