user21335030's Reading List
13 stories
ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN) by CtNorLiana
CtNorLiana
  • WpView
    Reads 5,755,459
  • WpVote
    Votes 97,778
  • WpPart
    Parts 39
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemuan pertama mereka yang tidak dijangka. Niat Nasya hanya ingin memujuk si bayi yang menangis. Namun tidak sangka pula dia akan ditawarkan untuk menjadi babysitter kepada bayi comel bernama Elsa Aurora itu. Bekerja di bawah majikan seperti Andi, bukanlah sesuatu yang mudah. Huru-hara. Perang mulut sentiasa berlaku di antara mereka. "Woi, berani kau tipu aku ya?" "Betullah tadi ada Lady Gaga lalu. Tapi bila dia nampak muka encik, dia terus blah. Mungkin muka encik macam pembunuh kot." Kemunculan Rachel yang berniat mahu membalas dendam memaksa Andi untuk mengahwini Nasya demi menjaga keselamatan gadis itu dengan anaknya, Elsa. Perkahwinan yang terbina atas dasar ingin menjaga mula memutikkan bunga-bunga cinta. Namun di saat mereka baru ingin merasai kemanisan berumahtangga, dugaan pula hadir bertimpa. Seorang demi seorang musuh Andi muncul atas misi yang sama. Iaitu... Balas dendam! Mampukah Andi untuk menjaga Nasya dan Elsa? Mampukah dia menjaga keduanya daripada menjadi 'toy' dalam setiap 'game' di antara dia dan musuh-musuhnya? "You may hold my hand for a while, but you can hold my heart forever." ⚠ WARNING!! Terdapat beberapa perkataan dan bahasa kasar di dalam cerita ini. Harap maaf.
Mawar yang terluka by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 81,524
  • WpVote
    Votes 1,185
  • WpPart
    Parts 13
Diusia yang sudah ANDARTU bagi seorang perempuan, Mawar Baiduri yang masih belum bertemu jodoh didesak oleh keluarga untuk segera menamatkan zaman bujangnya. Jika tidak, anak saudaranya yang sulung tidak dibenarkan untuk mengikat tali suci pernikahan bersama pilihan hati. Mawar tahu jodoh tidak akan datang kalau tidak dicari, namun Mawar yang sudah serik menjalin kasih memutuskan untuk tidak bercinta dengan mana-mana lelaki lagi. Sehingga suatu hari, seorang lelaki hadir melamar Mawar untuk dipersunting sebagai isteri sah. Lelaki itu yang awalnya datang sebagai kawan Zafril membuat keputusan nekad untuk menikahi Mawar dalam pertemuan mereka yang singkat. Dihari pertama bergelar isteri kepada Ashraff Rafael, Mawar sudah berubah menjadi Mawar yang terluka. Bukan saja disiksa, bahkan Mawar juga ditipu hidup-hidup sehingga terpaksa merelakan diri terjerat masuk dalam permainan gila seorang Ashraff. Lantas, adakah bahagia untuk seorang Mawar yang mahu membina sebuah keluarga sempurna? Atau bahagia itu harus dia lepas demi insan sedarah sedaging dengannya? Amaran ! Kekerasan dan bahasa kasar bukan untuk ditiru! Segala risiko semasa membaca kisah ini adalah tanggungjawab sendiri! Typo dan kesalahan tatabahasa terkandung didalam kisah ini! Menyentuh isu sensitif hubungan suami isteri!
Poor Wife.. Hilman Adrian by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 6,311
  • WpVote
    Votes 404
  • WpPart
    Parts 10
Didesak terus-menerus agar berkahwin kerana usianya yang makin menua, hendak tidak hendak Hilman Adrian terpaksa melamar kekasih hati, Nurine Afiya agar sang Mami tidak lagi mencarikannya jodoh. Dia yang sudah serik disodorkan satu demi satu gambar-gambar anak dari kenalan Maminya nekad memberi kejutan lamaran pada Nurine Afiya. Namun, buat kesekian kali lamaran itu tidak juga menjadi. Kejutan yang dia siapkan tak sempat menjadi kejutan. Sehinggalah dihari yang sama, dia bertemu dengan seorang perempuan yang pernah menjadi pesakitnya dua tahun lalu. Perempuan yang bernama Aleeya Tarmizi. Seorang perempuan yang mempunyai masa lalu gelap. Baru saja bebas dari pusat pemulihan kerana ketagihan dadah. Pertemuan tanpa sengaja itu membawa cerita yang panjang diantara mereka. Sehingga nekadnya yang mahu menikahi Nurine Afiya beralih kepada Aleeya Tarmizi. Tetapi dia juga tak mampu menipu hati sendiri bila yang dicintainya bukan sang isteri namun kekasih yang sudah dia sakiti hatinya, Nurine Afiya. Lantas, dengan siapa akhirnya dia memilih bersama? Aleeya atau Nurine? Spinoff Takdir Dinara
Elena  by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 26,623
  • WpVote
    Votes 465
  • WpPart
    Parts 5
Kesalahan masa lalu menjadikan Elena dibenci suami sendiri. Hidup dalam kebencian rupanya tak semudah membolak-balik telapak tangan. Dia perlu kesabaran dan kekuatan. Hinaan, cacian, bentakkan, kekasaran bahkan pukulan bertubi-tubi dia dapatkan dari insan yang bergelar suami.vWalaupun begitu, Elena masih mahu bertahan. Namun, selama mana tahan itu mampu dia pikul jika yang dibenci suaminya bukan hanya dia, melainkan anak-anak mereka juga. Spin off DERITA AZAHRA.
Takdir Dinara by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 12,122
  • WpVote
    Votes 347
  • WpPart
    Parts 9
Perempuan yang bernama Dinara Ausha dulu seorang yang angkuh dan selalu mendongak ke langit ketika berhadapan dengan orang-orang yang berada dibawah kastanya. Hidupnya yang mewah dan kaya-raya sekelip mata menjadi miskin. Kini, Dinara adalah seorang gadis dengan penampilan yang terlalu biasa. Tiada barang berjenama yang dia gayakan, semuanya hilang. Ketika satu pertemuan tak sengaja terjadi, Dinara terpaksa mengingat sesosok lelaki bernama Syed Bakhtiar Jaiden Syed Bakri. Seorang lelaki nerd yang yang sekarang sudah berubah menjadi lelaki tampan. Spin off Anggun Sieg -Sesiapa yang pernah baca Anggun Sieg mungkin kenal watak Rara dan Bakhtiar. Ini kisah mereka.-
Anna Julia, Perempuanku by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 5,463
  • WpVote
    Votes 176
  • WpPart
    Parts 6
Julia pernah menjadi seorang perempuan kotor. Dulu, hidupnya musnah ditangan seorang lelaki demi segenggam wang ringgit untuk menyara keluarganya dikampung. Yang Julia tidak tahu episod hidupnya masih panjang. Ada liku-liku penuh kesakitan dan titisan airmata yang menemaninya. Dia dipertemukan semula dengan insan yang sudah memainkan peranan penting dalam memusnahkan hidupnya. Fakhril.. Lelaki itu tidak pernah putus memburu Julia.Tidak puas memusnahkan hidup Julia sebelum ini, hadirnya yang tidak diundang itu juga sekadar untuk meremehkan harga diri Julia. Nyatanya Anna Julia bukanlah insan istimewa yang dipandang tinggi. Dia hanyalah semut yang boleh dipijak sesuka hati.. AMARAN! Kekerasan, bahasa kasar dan keganasan terdapat didalam cerita ini! Tidak boleh ditiru! Sekadar bacaan saja! SPINOFF DERITA AZAHRA dan ELENA
Kasturi Luz Ghafi  by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 6,476
  • WpVote
    Votes 146
  • WpPart
    Parts 5
Siti Kasturi cantik. Sangat cantik sehingga adik tirinya sendiri menjadi pembenci. Dengki yang berdarah daging dalam diri sang adik tiri membawa episod hitam dalam hidup Kasturi. Hidup Kasturi hancur. Maruahnya direnggut. Wajahnya cacat. Kasturi kira nasib buruknya hanya sampai disitu. Rupa-rupanya itu hanya awal dari kisah hidupnya yang malang. Bertahun-tahun dia menderita. Bukan salahnya. Mereka yang jahat, termasuklah suaminya sendiri yang hanya mempergunakan dirinya untuk kepentingan lelaki itu. Suami yang tidak mencintainya.. Suami yang hadirnya hanya tahu menabur benih luka dihati Kasturi..
Salah Cinta (Ebook) by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 539
  • WpVote
    Votes 23
  • WpPart
    Parts 2
Husna Qaisyah ada kembar. Begitu juga Junaidi.. Husna sukakan Junaidi. Sebaliknya Junaidi sukakan Hasna, kembarnya. Manakala Junaidil, kembar Junaidi menyukai Hasna. Sedangkan Hasna bersetuju untuk berkahwin dengan Junaidi kerana keberanian lelaki itu yang datang melamarnya. Kisah cinta mereka bersegi-segi. Husna patah hati bila Junaidi menikahi Hasna. Pun Junaidil yang terlambat kerana tidak punya keberanian mengungkapkan sebuah cinta kepada Hasna. Jadilah Husna dan Junaidil sama-sama dilanda patah hati. Dari kurang kenal, mereka menjadi kenal. Dari rasa tidak berapa suka menjadi suka. Rupanya jodoh mereka tak berjarak jauh..
Anggun Sieg (Ebook) by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 6,353
  • WpVote
    Votes 92
  • WpPart
    Parts 14
Anggun terlalu mengimpikan cinta seorang lelaki sehingga maruahnya dijadikan galang ganti. Kata-kata si teman dia abaikan. Baginya Sieg itu lelaki baik. Sampailah dia sedar kebenaran kata-kata Qaira bila Sieg sudah menodainya. Silapnya kerana percayakan lelaki durjana itu. Sieg mengugut, malah berani menodai tubuhnya buat kali kedua. Anggun sedar dia tidak mampu melawan Sieg. Hidupnya akan hancur jika dia melawan lelaki itu. Harga dirinya ada ditangan Sieg. Sieg lelaki jahat. Dan Anggun terperangkap bersama lelaki jahat itu buat selama-lamanya..
DERITA AZAHRA ( Ebook) by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 40,790
  • WpVote
    Votes 619
  • WpPart
    Parts 13
Azahra baik. Dia perempuan kampung yang dipergunakan kerana janji seorang sahabat. Berhijrah ke bandar dan ditipu. Dijanjikan pekerjaan namun maruah dia yang diperjualbelikan. Dikota besar itu dia meneruskan hidup. Dikota besar itu juga dia datang mengemis secebis ehsan. Dikota besar itu dia dipertaruhkan. Dikota besar itu juga dia dihamba abdikan. Dikota besar itu segala kebusukan mengalir.. Mature content! NOTE: Unpub beberapa bab.. 14/15..