tanahdanlumpur
- Reads 11,643
- Votes 830
- Parts 73
"Kalau nak jadi pembunuh jangan masuk sekolah. Tu, pergi dekat lorong-lorong gelap belajar dengan samseng-samseng dekat luar sana."
Siapa sangka kedatangannya ke kelas itu tidak dialu-alukan. Namun sebagai guru, Yasmin tidak mahu mengalah. Ada anak muda yang perlu didikannya. Ada remaja yang perlu dibimbingnya. Dia menjadi guru bukan untuk mengajar sahaja tapi juga untuk mendidik.
"Saya tak perlukan kebenaran cikgu. Ini sekolah swasta cikgu, bukan sekolah awam yang nak kena ikut semuanya. Kami yang bayar gaji cikgu jadi cikgu la yang patut dengar cakap kami. Cikgu tak perlu nak risaukan keputusan kami tu sebab kami tahu kemampuan kami. Cikgu just habiskan jela masa cikgu dengan anak murid kesayangan cikgu tu."
Ujian demi ujian datang bertamu namun dia tidak pernah mengalah. Demi pelajar-pelajarnya dia akan terus bertahan. Dia tidak boleh putus asa dengan mereka. Namun sekuat manapun seorang Yasmin, dia tetap seorang manusia. Akhirnya dia rebah..
"Aku hanya memandang pemergian Umar dengan pandangan kosong. Hati sudah mula menangis tapi air mata langsung tidak menunjukkan bayangnya. Hati bagai sudah hancur dilapah oleh mereka yang aku sayang. Teganya mereka melakukan semua ni pada aku. Apa salah aku? Hanya kerana aku lebihkan Alya mereka tinggalkan aku? Kenapa? Alya tu lebih memerlukan aku. Ya Allah, kuatkan aku! Ya Allah, tabahkan aku!"
Kerana gadis itu dia rela hilang semua. Kerana gadis itu juga dia rela berkorban. Kasih sayangnya tidak terhad. Kasih sayangnya selalu ada untuk sesiapa yang memerlukan. Dia bukan lilin bahkan dia tidak mahu menjadi lilin yang akan membakar diri sendiri. Dia hanya mahu menjadi manusia yang akan ada untuk berkongsi saat-saat susah dan senang, sedih dan gembira. Dia hanya mahu menjadi seorang Nurul Yasmin.