user54037000's Reading List
2 stories
R U B I E N A by Mardelll
Mardelll
  • WpView
    Reads 5,252,700
  • WpVote
    Votes 119,915
  • WpPart
    Parts 43
[DITERBITKAN] Rubiena Haiyan Menara merpati berpagar dan tinggi, aku mendengar ada yang menyeru namaku Merpati di atas dunia, bolehkah kau memberitahu kehidupan apa yang aku hadapi? Aku terluka dengan luka kehidupan Terluka sehingga matahari turut menangis bersama Tangan perpisahan bertahun lamanya menghulurkan padaku Terlihat sayap lebar bersama butiran udara Sekiranya perkara itu membawa diriku ke syurga cinta Iringilah aku walau hanya sebentar... Zach Stanislav Salji datang dan pergi, masih aku menunggu kau Tidakkah kau mahu kembali? Aku seru nama kau dalam hujan dengan harapan kau dapat mendengar Bertahun lamanya, baru aku sedar bahawa nama yang di seru bukanlah milik kau Dari perpecahan lembah, udara menerawang ke arah wajahku Oh angin, demi cinta Bawa dia pulang kepadaku semula... RubiZach Ada apa dengan kita? Ada apa dengan kita? Oh sayang, ada apa dengan kita? Kita dulu tinggal bersama Dan sekarang kita sudah berpisah, ada apa dengan kita? Masihkah kita ingat tentang ekspedisi mendaki dan menjelajahi salah satu puncak gunung Himalaya yang telah menemukan kita berdua? Yang membuatkan bait cinta terbit di dalam hati yang keras bak salju gunung Himalaya tanpa kita sedari? Ada apa dengan kita, sebenarnya sayang? Dan matahari masih menangis membawa diri pergi menjauh dari kehidupan mereka, kerna tidak sanggup melihat perpisahan filantropi suci tersebut. "Do you know who the little girl who lives down the lane?" "Rubiena Haiyan." 🍁🍁🍁
Serpihan Kasih by emmazubaidi
emmazubaidi
  • WpView
    Reads 314,402
  • WpVote
    Votes 3,144
  • WpPart
    Parts 75
Mengisahkan perjalanan hidup gadis bernama Rose Medinna, seorang gadis kasar yang suka memprotes tanpa mengetahui sebab musabab yang kukuh. Berbekalkan sejarah hitam yang melanda diri, dia berubah menjadi seorang manusia ego yang tidak punya belas kasihan terhadap orang lain. Pendiriannya yang kukuh, pantang sekali diusik. Sehingga suatu hari, takdir menemukan dia dengan seorang lelaki bernama Danial Huzairy Perang dunia ketiga seakan meletus kerana masing-masing terlalu asyik mempamer rasa ego yang melangit tinggi. Tiada langsung keserasian diantara keduanya. Danial Huzairy sentiasa mahu menang dengan egonya tatkala bersama dengan Rose Medinna, walaupun sedar akan hadirnya satu rasa setiap kali mereka bersua muka. "Aku rasa muka mangkuk tandas lagi manis dari tengok muka kau yang masam macam ikan kering ni! Bau jamban kau tahu?!" -Danial Huzairy "Kalau macam tu pergilah hidu bau mangkuk jamban kau tu! Tak sedar diri muka macam lempeng tepi jalan!" - Rose Medinna Namun, hubungan dingin mereka kian terlerai apabila Danial Huzairy meluahkan perasaan sayangnya pada Rose Medinna selama ini. Tetapi, seakan ada yang menghalang gadis itu menerima cinta Danial Huzairy terhadapnya apabila dia mula menghilangkan diri. Meninggalkan Danial Huzairy terkapai-kapai dengan rasa cintanya yang makin mekar. Mampukah cerita cinta mereka bersatu? Bahagiakah Danial Huzairy tanpa Rose Medinna disisi? Bagaimana pula dengan keadaan Rose Medinna setelah menjauh pergi dari hidup Danial Huzairy? "Wujudnya rasa cinta, tak mampu menepis rasa sakitnya kehilangan maruah diri," -Rose Medinna- "Perkahwinan itu adalah ikatan yang tersimpul atas dasar penerimaan sesama sendiri. Aku terima segala kekurangan diri kau, Rose Medinna," -Danial Huzairy- #18 keatas sahaja!? ☡Mature content