itzrayznikotine's Reading List
47 stories
Dendam 2: Sahabat by miramint
miramint
  • WpView
    Reads 10,589
  • WpVote
    Votes 837
  • WpPart
    Parts 22
Inilah yang dinamakan sahabat sejati. Kekal sampai MATI. Plot ideas; @baebybam
MIKA by Crylilac_
Crylilac_
  • WpView
    Reads 32,806
  • WpVote
    Votes 657
  • WpPart
    Parts 21
MIKA, gadis gothic yang mempunyai deria ke-enam (Sixth Sense) . Namun,kehidupannya yang dulu normal semakin menakutkan apabila roh IRENE yang ingin membalas dendam muncul setelah 3 tahun berlalu. KIM, seorang lelaki yang telah sekian lama memendam perasaan terhadap Mika turut menjadi mangsa roh Irene yang sentiasa memburu mangsanya .
Koc 13 by NaimTamdjis
NaimTamdjis
  • WpView
    Reads 120,931
  • WpVote
    Votes 7,603
  • WpPart
    Parts 39
Siapnya Projek Keretapi Pantai Timur (ECR) menyebabkan beberapa buah stesen yang membelah Banjaran Titiwangsa tidak digunakan lalu ditinggalkan menjadi usang. Stesen Dabong di negeri Kelantan turut menerima tempias dan ditinggalkan begitu sahaja. Raiqal... seorang pengembara seram yang tertarik dengan Urban Legend mengenai Koc 13. Koc yang akan muncul pada pukul 12.59 malam pada setiap tahun ganjil 29 Februari. Pengalaman Pak Hameed melalui catatan blog bab pertama sebelum hilang memotivasikan dirinya yang kebetulan tahun ganjil berlaku pada tahun tersebut. Tanpa sengaja Aiman Aklaken seorang novelis best seller bertaraf dunia datang ke stesen. Kawannya yang berjanji untuk menemaninya seperti biasa tidak muncul. Aiman Aklaken ingin menarik diri tetapi tiket bertulisan jawi dijumpai di kaunter telah memberi amaran "Naik... atau nyawa gantimu" menyebabkan Aiman Aklaken terpaksa menaiki Koc 13. Dan tidak tahu sama ada mereka bernasib baik atau malang, Koc 13 muncul tepat pada pukul 12.59 malam!
Sumpah Sundal Sutinah by dhieyaAdlynna
dhieyaAdlynna
  • WpView
    Reads 134,079
  • WpVote
    Votes 6,631
  • WpPart
    Parts 24
"Roh orang yang sudah mati, jangan diseru!" BLURB - (buat pertama kalinya penulis tepek blurb. Sebelum ni tanpa blurb, tapi kalian tetap gigih tunggu tiap bab. Terharu!!!) "Roh orang yang sudah mati, jangan diseru!" Setiap warga Hospital Prima tahu sebaris nama ini. Kisahnya, sentiasa diceritakan dari satu mulut ke mulut lain. Kononnya Sutinah sudah menghantui Hospital Prima sejak 20 tahun dulu. Sehinggalah mereka semua dikejutkan dengan kejadian pelik. Seorang demi seorang dijumpai mati dalam keadaan mengerikan. Lebih mencurigakan, apabila pihak pentadbiran menyembunyikan punca sebenar kejadian itu sehingga mencetuskan rasa takut di kalangan warga Hospital Prima. Nabila seorang jururawat di hospital itu mula merungkai kejadian ngeri di sebalik gangguan Sutinah. Apa sebenarnya sedang berlaku? Benarkah ia ada kaitan dengan Sutinah? Ataupun, mungkin juga Hospital Prima sudah terkena sumpah sundal Sutinah. "Kau beruntung, sebab tak perlu nampak benda tak sepatutnya." ~ Bunga "Tapi... tetap nampak kerusi malas yang tiba-tiba sahaja bergerak sendiri. Saya rasa... itu lagi seram..." ~ Nabila "Aku bukan apa Bella. Aku takut... aku takut! Kalau-kalau nanti aku pula yang akan menjadi mangsa seterusnya..." ~ Tina *Bab Akhir untuk siaran wattpad sudah ada. InsyaALLAH, kalau ada rezeki akan ada versi cetak #sumpahSutinah. Sama-sama doakannya ya. Terima kasih juta-juta lemon pada korang yang sentiasa ikuti citer ini. Segala kekurangan itu semua datang dari saya. Mohon maaf andai ada tersalah kata sepanjang bersiaran di sini.
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,478
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
Akak Kemboja by NaimTamdjis
NaimTamdjis
  • WpView
    Reads 21,259
  • WpVote
    Votes 905
  • WpPart
    Parts 9
Siti adalah seorang ibu tunggal telah dihalau oleh emak mertua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bersama anaknya Johari yang berusia 7 tahun, mereka terpaksa berpindah ke sebuah flat di Bandar Baru Bangi kerana dia bekerja di salah satu kilang di situ. Memandangkan emaknya sering mengambil kerja lebih masa setiap malam minggu, maka tinggallah Johari seorang diri di rumah. Setiap kali tinggal seorang diri di rumah, Johari sentiasa terdengar bunyi bunyi aneh dan gangguan samada dari dalam atau luar rumahnya. Satu hari Johari menyiasat dari mana datang bunyi dan terserempak dengan Akak Kemboja. Mereka berdua menjadi 'kawan' sejak hari itu dan Akak Kemboja berjanji akan melindunginya.
MANNEQUIN by Ilyawriter
Ilyawriter
  • WpView
    Reads 10,980
  • WpVote
    Votes 644
  • WpPart
    Parts 9
Ada cerita di sebalik patung ini. Zaitun, wanita berhati iblis menghasilkan mannequin bernyawa untuk kepentingan diri dan juga sebagai koleksi peribadinya. Kisahnya menjadi tarikan sebuah syarikat produser yang ingin menghasilkan sebuah filem seram berdasarkan kisah benar Zaitun. Melissa, teraju utama filem itu melakukan sedikit kajian pada watak yang dipegangnya itu. Seorang kru dirasuk dan seorang lagi kru mati dengan misteri. Melissa pula hilang tanpa jejak. Adam, saudara tiri Melissa pulang untuk menyiasat kehilangan Melissa. Dia dibantu oleh Bella dan juga Inspektor Izwan yang pada mulanya tidak mempercayai kes yang disiasat itu berkaitan manusia yang bersekutu dengan iblis. Kisah Zaitun mempunyai kaitan rapat dengan keluarga Adam. Kisah lama dibongkarkan kembali. Wanita misteri tuan empunya butik turut berkaitan rapat. Benarkah Zaitun sudah mati atau masih bernyawa? Siapa dalang di sebalik angkara? Mannequin dijadikan sebagai teman hidup mereka yang kesunyian dan mereka yang kehilangan orang tersayang. Namun, ada 'bayaran' yang cukup mahal perlu dilunaskan.
LINTAH by Ilyawriter
Ilyawriter
  • WpView
    Reads 47,946
  • WpVote
    Votes 2,732
  • WpPart
    Parts 27
RM 28.00 OFF 15% RM 23.80 (Harga tidak termasuk postage) Link Website: https://mall.karangkraf.com/lintah.html Whatsapp: 019-229 7227 Bila hati termakan hasutan syaitan, yang tidak berdosa menjadi mangsa...
PELARIS (TELAH TERBIT) by MuhammadFatrim
MuhammadFatrim
  • WpView
    Reads 21,552
  • WpVote
    Votes 937
  • WpPart
    Parts 11
"Syarat utama pelaris. Cari mayat dan kapak lehernya ambil kepala. Bakar dan simpan abunya. Abunya calit dalam makanan. Kepalanya simpan dalam kedai sebagai pelaris." "Tapi, mayat siapa? Mana saya nak cari?" "Mayat suami kau, Mawar. Semangat dia yang jaga pelaris kedai kau nanti." "Huh?!" "Dan satu lagi kau yang akan buat semua tu, Mawar." Mawar terkesima! ~NOVEL INI TELAH TERBIT DAN DICETAK TERHAD. PROMOSI RM 35 TERMASUK POSTAGE SELURUH MALAYSIA. WHATSAPP 0133110733 UNTUK TEMPAHAN~ #SpecialEdition
SIHIR by kuanaaayy
kuanaaayy
  • WpView
    Reads 78,354
  • WpVote
    Votes 3,011
  • WpPart
    Parts 8
[TAMAT] Perjanjian kufur ditanda janji, Sihir pemisah suami isteri, Janin sulung diseksa mati. "Makcik sampai tersilap letak garam dalam air teh sebab sambil bancuh air tu makcik baca cerita ni" -- makcik siti "Akak muntah dan pening lepas baca cerita ni. Bila pergi jumpak doktor, akak disahkan mengandung" -- kak ros "Malam tu abang shift malam. Sementara tunggu nak balik kerja tu abang baca lah cerita ni. Tengah malam pukul 3 pagi abang balik tiba-tiba motor abang berhenti. Tak boleh start! Seram gila rasa. Baru abang perasan minyak motor abang habis. -- abang zamani Best Wattpad achievement: 1️⃣ in #sihir 1️⃣ in #hantu 2️⃣ in #lawak 2️⃣ in #seram Thank you everybody