neszaf's Reading List
9 stories
[C] Pelan Cinta by the_areumi
the_areumi
  • WpView
    Reads 310,384
  • WpVote
    Votes 25,737
  • WpPart
    Parts 77
PELAN SERIES #1 Akibat satu insiden di hadapan sebuah hotel, Nadine Ilana mula mengenali Tengku Luth Elhan dengan nama yang lain. Sejak itu, takdir seolah-olah sengaja menyusun pertemuan mereka berulang kali. "Setiap kali I ada masalah mesti you yang datang tolong I." - Nadine Ilana "I was born to be a hero." Tengku Luth Elhan "Does this mean I should start calling you The Amazing Hero?" - Nadine Ilana "Sebelum ni panggil abang, takkan tiba-tiba nak panggil The Amazing Hero?" - Tengku Luth Elhan Bersama Nadine, Tengku Luth merasa bebas menjadi seperti orang biasa. Tiada protokol yang perlu dijaga, tiada beban yang perlu dipikul. "You look like a lost cat." - Tengku Luth Elhan "Can you adopt me?" - Nadine Ilana Perkenalan yang bermula secara tidak sengaja antara jejaka berdarah bangsawan dan gadis yang keras kepala, mula menumbuhkan benih cinta yang tak terduga. Namun, di saat Tengku Luth mengumpulkan keberaniannya untuk meluahkan isi hati, cintanya ditolak mentah-mentah. Ia bukan sekadar penolakan biasa, tetapi diiringi dengan kata-kata yang menikam ego dan harga dirinya. "Berhenti gilakan I. Apa pun yang jadi, I takkan pernah suka lelaki macam you!" - Nadine Ilana "I'll make you fall for me, mark my words!" - Tengku Luth Dari cinta yang ditolak, kini wujud satu tekad. Dia mahu mengajarnya! Tengku Luth mula melancarkan perang dingin, menggunakan kuasa dan pengaruh untuk mengganggu kehidupan Nadine. "Kami berdua dah buat satu keputusan, dan malam ni saya nak umumkan yang saya dan Nadine... akan berkahwin."
ZAED ARSHAD : Obsessed With You (C) by mrshakita
mrshakita
  • WpView
    Reads 223,886
  • WpVote
    Votes 5,880
  • WpPart
    Parts 43
(♡Karya Keempat♡) Irdina Irish, kehidupannya mewah, anak orang kaya dan anak Dato. Tapi, dia lebih memilih hidup serba sederhana. Dia lebih rela duduk di rumah sewa dengan kawannya, dari duduk bersama keluarganya. Dia ingin berdikari. Sehinggalah, dia menjadi PA kepada Dato Zaed Arshad, yang digelar duda hot dan bapa kepada seorang anak perempuan. Huru-hara hidupnya, terpaksa melayan kerenah skandal Dato hot itu. Sehingga, membawa pertemuan itu dengan anak si duda hot itu yang memanggilnya dengan gelaran... "Mommy..." - Nia Zahirah "Oh my... mommy express..." - Irdina Irish Apakah kesudahannya kisah mereka? Nantikan...
Amaran Cinta Elyas [✔] by tienqowiy
tienqowiy
  • WpView
    Reads 55,849
  • WpVote
    Votes 6,693
  • WpPart
    Parts 52
2025. Sukati Update Spin Off (2) Si Bisu Pujaan Hati Menjadi anak kedua kepada pasangan murai-bisu itu menjadikan Elyas Tharwan seorang yang sentiasa percaya diri. Namun tiada sekelumit pun dalam dirinya perasaan meninggi diri dengan apa yang dia ada. Dia kacak. Dia ketua pelajar. Dia pandai. Dia model. Semuanya dia. Tetapi, pertemuan pertama dengan gadis bermata boba di gelanggang takraw mengubah hidupnya. Akibat tidak sengaja, mata itu menjadi igauan Elyas setiap hari. Mata bulat yang bersinar itu... Aish comel! "Kau tak dengar ke aku cakap tadi?" - Elyas Tharwan "Maaf, saya pekak." - Dewi Qarmila Oh dang! Here we go again...menggunakan bahasa isyarat sebagai bahasa terindah di dunia. "Kau sayang tak diri kau, Dewi?" - Elyas Tharwan "Sayang..." - Dewi Qarmila "Samalah. Aku pun sayang kau juga." - Elyas Tharwan Lagi Dewi menjauh, lagi Elyas kejar sehingga gadis itu buntu. Apa yang lelaki itu mahu darinya? Amaran cinta dari Elyas itu menghantui diri Dewi setiap malam... Apa yang dia perlu buat untuk hentikan tindakan lelaki gila itu? 100% straightly from my idea No plagiarism is allowed, thank you. ©TIENQOWIY #1 in romantikkomedi - 26/7/25 #1 in humor - 17/9/25 Start: 12/3/25 End:12/8/26
Puspitaku Seroja by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 81,813
  • WpVote
    Votes 10,300
  • WpPart
    Parts 42
"Dengan restu sekian alam, aku terima kau menjadi isteriku, wahai Seroja." Mimpi itu terasa terlalu nyata untuk dipanggil mimpi. Seakan aku berdiri di hadapan seseorang yang melafazkan akad itu kepadaku. Namun, mimpi tetaplah mimpi. Siapalah yang sudi memperisterikan wanita seperti aku? Gadis berkulit gelap yang sering menjadi bahan sindiran di Kampung Cendana. Sejak pemergian ayahku, Pak Pekin, hidupku mula dihantui perkara-perkara yang sukar dijelaskan. Hampir setiap malam, seekor harimau muncul dalam lenaku. Anehnya, ia tidak pernah mengaum atau menerkam. Bahkan hanya berdiri di balik kegelapan, memandangku dengan renungan yang sarat makna yang tidak mampu aku tafsirkan. Esoknya aku menemui seorang jejaka yang terdampar di tebing sungai selepas hujan lebat melanda. Aku percaya perahunya karam dibawa arus deras malam sebelumnya. Atas rasa belas, aku membawanya pulang untuk dirawat. Tubuh lelaki itu dipenuhi parut-parut lama. Wajahnya tampan, tetapi matanya menyimpan seribu rahsia. Entah siapa dirinya, dan entah apa tujuan sebenar dia datang ke Kampung Cendana. "Apa yang kau cari di Kampung Cendana ini sebenarnya?" - Seroja "Isteriku. Aku datang untuk membawa dia pulang." - Jejaka Misteri Aku tidak tahu sama ada dia berkata benar atau sebaliknya. Namun jika benar dia sudah beristeri, wanita itu pasti sangat bertuah. Walaupun menjadi pujaan hampir setiap anak dara di Kampung Cendana, lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan. Dia menjaga pandangannya sebaik mungkin dan tidak pernah melayan perhatian yang diberikan kepadanya. "Kau tak rasa pelikkah dengan jejaka dari kampung seberang itu? Dengan anak dara lain dia tak pernah memandang, tetapi dengan Seroja, tak pernah pula matanya lari." - Nasir "Kenapa kau kena peduli. Cemburukah?" -Sulong Siapakah sebenarnya jejaka misteri itu? Dan mengapa setiap kali dia memandangku, aku merasakan seolah-olah kami pernah saling mengenali... jauh sebelum aku dilahirkan ke dunia ini?
DIANA by thewhitewonder
thewhitewonder
  • WpView
    Reads 1,665,511
  • WpVote
    Votes 52,564
  • WpPart
    Parts 53
Kerana menghormati keputusan orang tuanya, Diana menggadai diri masuk ke dalam dunia yang berbeza dengan kehidupannya. Tak pernah menjadi impian, dia yang dari dunia biasa kini berada dalam dunia yang lebih tinggi darjatnya. "Kita tak pernah kenal. We never crossed to each other. Kita berbeza latar belakang, berbeza dunia dan berbeza darjat. Jadi kenapa awak pilih saya?" - Sarah Diana 'After all bad things I have done from day one, why I feel that I don't want to lose her?' -Tengku Aizuddin Shah 💎 Status : Completed 💎 Ranked #1 dalam tag cinta halal (13Apr2020) 💎 First story published in wattpad. So tulis untuk suka-suka je and no heavy conflict.
My Obsession Ex Boyfriend (Completed)  by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 329,137
  • WpVote
    Votes 15,367
  • WpPart
    Parts 25
Tiga tahun sebelum berlakunya perpisahan antara mereka, hubungan Arluna Aurell bersama Adriel Harys baik-baik saja. Mereka sangat mencintai antara satu sama lain dan berjanji untuk setia berdua selamanya. Namun janji dan cinta mereka telah diragut rasa dusta yang membuatkan Arluna Aurell pergi jauh meninggalkan Adriel seorang diri. "Siapa aje yang tak kecewa dan marah bila orang yang aku pernah sayang sanggup upah orang untuk bunuh aku? Sampai hati kau nak bunuh aku sedangkan aku sayangkan kau separuh nyawa aku!" - ARLUNA AURELL RIZAL. "Jangan pernah kau lupa yang Adriel Harys adalah seorang lelaki yang berketurunan Melayu-Itali dan Itali adalah taman permainan aku jadi aku rasa tak perlu lah aku terangkan lebih lanjut lagi pasal aku dan Dark Hercules kan? Kalau kau ada otak, kau boleh fikir sendiri." - ADRIEL RICARDO HARYS. Dan... penghijrahan Arluna Aurell Rizal membuka satu rahsia hitam dan sejarah hidup Adriel Ricardo Harys. "Ti ama così tanto che può lasciare tutto per te. Quindi, senti ancora che il suo amore non è tanto quanto il tuo amore per lei?" - ALEX RICARDO FREDICO. "You tak layak untuk dia! Dia pernah nak bunuh you!" - RICKY THOMAS DIANDRO. Kalau cinta, kenapa perlu ada luka? MY OBSESSION EX BOYFRIEND
LOVING MR MAFIA {✓} by vionarch
vionarch
  • WpView
    Reads 1,092,957
  • WpVote
    Votes 45,117
  • WpPart
    Parts 52
[ BOOK ONE ] Tubuh kecil isterinya di seret tanpa belas kasihan sepanjang melangkah di lorong bawah tanah itu. Rayuan serta tangisan yang kedengaran dari wanita itu namun lansung tidak membuatkan dia merasa bersalah. Kerana dia perlu memberi pengajaran pada isterinya. "Awak... Please... Saya janji tak buat lagi. Jangan buat saya macam ni. Saya tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak!!" "DIAM LAH BODOH! KAU YANG BUAT AKU NAIK ANGIN, JADI, TERIMA LAH BALASANNYA." Jerkahan suaminya cukup untuk membuatkan hatinya terasa di hiris. Jika dia tahu amarah suaminya akan menjadi seperti ini, dia tidak akan lakukan perkara yang lelaki itu benci. Dia tidak suka dengan sisi suaminya yang satu ini. Nak atau tak nak dia kena terima balasannya. Tubuh lemah isterinya di humban kasar ke dalam sebuah bilik. Bau tidak menyenangkan mula memasuki rongga hidung wanita itu. Suhu di bilik bawah tanah itu sangat sejuk bagaikan di ais kutub. Baju yang di pakainya tersangat lah nipis sehinggakan rasa sejuk di bilik itu mula mencengkam badannya. "Awak... Jangan tinggalkan saya. Saya takut." Rayuan demi rayuan keluar di bibir pucat wanita itu namun lelaki itu masih dengan egonya. Bam! Pintu di tutup kasar lalu berjalan meninggalkan isterinya. Sejujurnya dia tidak sampai hati mahu melakukan itu pada isterinya namun mengingati perbuatan wanita itu membuatkan amarahnya memuncak. Wanita itu meringkuk di penjuru bilik sambil menangis tersedu-sedan. Air mata sudah tidak mampu untuk keluar lagi namun sedu-sedannya masih kedengaran. Betapa sejuknya suhu bilik itu sehinggakan jelas kelihatan nafasnya keluar dari hidung seolah-olah kabus. Perlahan-lahan matanya tertutup sebelum dia mula tidak sedarkan diri. Dia, si gadis malang. Damia Salsabila. Dan dia, si jejaka mafia. Sergio Manorav Mikael. • • • "Don't ever try to take my babygirl." - Sergio Manorav Mikael Start : 18/6/2021 End : 20/8/2021 Status : Completed Genre : Dark Romance Book cover : Athi (friend
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,302,601
  • WpVote
    Votes 360,634
  • WpPart
    Parts 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"