☄️🔥
12 stories
MAFIA DI HATI (WINNER WATTYS 2017) by Elerieloveofficial
Elerieloveofficial
  • WpView
    Reads 1,154,495
  • WpVote
    Votes 42,708
  • WpPart
    Parts 33
Kisah bermula apabila Arianna diculik oleh sekumpulan mafia tanpa dia ketahui sebabnya. Gadis itu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri namun semua caranya menemui jalan buntu kerana sang penculik bukanlah mafia sembarangan. Keith Dixon, raja dunia gelap itu bukan sahaja bijak malah disegani oleh beberapa kumpulan mafia lain. Bagi Arianna itu bukan penghalang untuknya. Dia tidak betah terkurung di rumah agam milik lelaki itu. Setiap kali bersua muka dengan lelaki itu ada sahaja yang digaduhkan. Pantang bersuara pasti berselisih faham. Arianna hairan kerana sudah beberapa hari dikurung namun dia masih tidak tahu kenapa dia diculik malah dia dilayan dengan baik oleh pengikut setia Keith Dixon iaitu Black dan Kaido. Pertengkaran demi pertengkaran terjadi diantara mereka sehingga akhirnya Keith Dixon terpaksa membuka sebuah rahsia tentang sejarah keluarga Arianna yang gadis itu tidak pernah ketahui. Arianna dalam bahaya namun dia harus menamatkan semua itu. Dia tiada pilihan lain selain mempercayai Keith Dixon.
Prince on White Horse (Terbit) by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 2,238,675
  • WpVote
    Votes 51,985
  • WpPart
    Parts 33
Aira dan Haiqal... Pergaduhan mereka seperti anjing dengan kucing, kucing dengan tikus, tikus dengan tikus merebut keju... Dalam masa yang sama, Aira berhutang nyawa dengan Haiqal sebanyak empat kali. Tapi bagaimana cara Aira membalas jasa kapten lanun yang menyelamatkan nyawanya? Macam mana pula dengan prince on white horse idaman hatinya? Jumpa atau tidak? P/S: A very cliche story. Jangan baca kalau tak suka keclichean. Sekian Berminat boleh beli di Shopee Kaki Novel https://my.shp.ee/Sc8Xo28
[EDITING] THE TENGKU's by ponylim22
ponylim22
  • WpView
    Reads 521,894
  • WpVote
    Votes 24,457
  • WpPart
    Parts 94
[|2019/ 2020|] Dalam sebuah keluarga kaya yang terkenal dengan peraturan warisan yang tidak boleh diganggu gugat, seorang anak telah disembunyikan dari dunia - demi keselamatannya. Aleesya tidak pernah tahu siapa dirinya yang sebenar, sehinggalah selepas tamat persekolahan, dia dipanggil untuk tinggal kembali ke pangkuan keluarga kandungnya. Namun, di sebalik sambutan yang tenang, wujud sejarah silam yang menanti untuk meledak. Apabila warisan dan peraturan mula menuntut haknya, Aleesya terperangkap antara darah yang mengalir dan kehidupan yang dia kenal selama ini. Adakah dia mampu bertahan dalam permainan kuasa dan rahsia... atau akan menjadi mangsa seterusnya?
THE TENGKU'S 2  by ponylim22
ponylim22
  • WpView
    Reads 134,963
  • WpVote
    Votes 7,052
  • WpPart
    Parts 53
[| 2020 / 2021 |] Aleesya's life after The Tengku's 1 + Happy reading everyone +
OG | Last Legacy: Princess Coronation by kayli_bhan
kayli_bhan
  • WpView
    Reads 95,858
  • WpVote
    Votes 7,474
  • WpPart
    Parts 76
💥A TEEN FICTION ROMANCE MALAY NOVEL💥 Nama? Tempat tinggal? Semua dipalsukan hanya untuk keselamatannya. Si gadis yang mendahagakan kasih sayang ibu bapa sejak kecil. Kemewahan yang disediakan tidak mampu membahagiakannya dan bukan itu yang dikehendaki dirinya. "Aku lebih rela lepaskan kau dari nyawa kau menjadi galang ganti,"- Tengku Avryn Adryssa "You're my first and last. I will not lose you. I really love you,"- Tengku Zayden Ayrell Gadis itu menjadi sumber kekuatan dan kelemahan jejaka yang ingin didampingi ramai wanita di luar sana. Iris mata biru kelabuan lelaki itu sentiasa mencerminkan sisi dinginya dengan orang luar tetapi sisinya itu berubah 360 darjah apabila bersama gadis itu. "Kau akan mati di tangan aku,"- Edward William Zyad "We'll see who dies first,"- Tengku Arzyn Adryean Musuh lama mula menonjolkan diri untuk hanya untuk mendapatkan nama dan pangkat. Gadis yang sepatutnya menikmati zaman mudanya, melibatkan dirinya dalam pertempuran hidup atau mati untuk mempertahankan keluarganya daripada manusia yang bertopengkan syaitan itu. "I'll claim my rights as the legal heir now,"- Tengku Rihanna Elaine "The princess or to be more precise HRH Crown Princess has returned,"- Tengku Raiden Ervin Kerabat diraja yang berdiam diri dari perhatian umum untuk beberapa tahun, bangkit semula untuk mempertahankan hak mereka sebelum terlambat. When a girl becomes royal, all changes. Apa yang akan terjadi? Adakah si gadis menemui kebahagiannya atau mengorbankannya demi kebahagian yang lain? ❤Beautiful Cover by @AnfaaHanna❤ 🏆THE BEST COVER BOOK BY ROSES AWARD 2021🏆 ➡ All credit goes to the talented book cover maker💖 🏆RUNNER UP GENRE TEEN FICTION BY ROSES AWARD 2021🏆 🏆4TH PLACE THE CRITICAL BEST NOVEL BY DEAN AWARDS 2021🏆 ©KAYLI BHAN, 2020
Cinta Tak Setaraf [ C ]  by minbrown_
minbrown_
  • WpView
    Reads 3,420,228
  • WpVote
    Votes 171,209
  • WpPart
    Parts 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I have a heart to overwhelm my family's affection. please mirror yourself first.-Idhan. Kau bukan tuhan nak menghukum. Kau bukan tuhan nak menilai. Kau hamba Allah. It's up to you kau nak hina aku. Maki aku and so on. But make sure perempuan yang kau kata hina ni. Perempuan yang kau kata murah ni..Akan sendiri runtuhkan ego setan dalam diri kau. I will prove it. - Irsya. ____________________________ Sedar akan statusnya sebagai anak angkat. Sedar akan statusnya sebagai golongan terhina. Tapi dia sedar setiap apa yang diberiNya adalah yang terbaik. Sakit macam mana pun kena telan. Kena hadam. Hanya itu sahaja jalan terbaik bagi insan yang lemah sepertinya. _____________________________ Heh..Anak pungutan layak ke tinggal sebumbung? -Idhan. ××××× Terima kasih kerana pinjamkan dia untuknya walau sekejap. Terima kasih kerana beri dia peluang merasainya walau sekejap. Terima kasih kerana meminjamkan segala perasaan bersamanya walau sekejap. Terima kasih. Terima kasih Ya Allah.. ✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
DANIEL ADELIA | C | A R S •4• AKAN TERBIT 2025 by nisaamuttalib
nisaamuttalib
  • WpView
    Reads 5,589,694
  • WpVote
    Votes 97,941
  • WpPart
    Parts 32
[ 4th BOOK = ARS ] BOOK 2 : BE MY BABY GIRL STATUS : COMPLETED ✔ ____________________________ "Aku nak kau menyamar jadi kekasih aku merangkap tunang aku" "Ba--baik saya setuju" ~~~ HE IS RUTHLESS . Syed Daniel Arfan, lelaki yang memiliki segala-galanya. Wang, harta, pangkat dan paras rupa yang kacak. Senang cakap, cukup pakej. Namun, dia seorang yang dingin. Berwajah bengis. Dia cuba untuk melupakan peristiwa hitam itu. Dendam pada seseorang harus dilunas. Kerana orang itu dia dan keluarganya berpecah-belah. Tapi, kerana seorang gadis dia mula berubah. Senyuman dia hanya untuk si gadis. Tapi sayang, gadis itu susah untuk didekati. Hanya satu cara saja.. Dia harus 'ikat' gadis itu untuk jadikan miliknya. Elly Adelia, seorang gadis yang naif pada sesuatu masa. Tapi dia akan bertukar karakter bila bertemu dengan lelaki yang asyik menjadi penganggu hidup dia. Dia tidak suka! Tapi sejauh mana pun dia lari, lelaki itu tetap akan mengejar dia. Dia terima jika jodohnya dengan seorang mafia. _____________ START : 05/12/2017 END : 17/03/2018
GAVRIEL by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,805,886
  • WpVote
    Votes 206,909
  • WpPart
    Parts 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik mata hitam yang mendalam itu. Sosok Maria seperti seseorang yang membawa ribuan rahsia yang tidak mampu diungkap oleh kata-kata. Sekali terbongkar, mungkin akan mengundang seribu penderitaan. Jadi siapakah Maria? Adakah gadis ini, gadis yang sama yang dicari NOAH sejak peristiwa hitam itu? • • Pengorbanan Kesusahan Kematian Keberanian Pengkhianatan Inilah yang mereka lalui semata-mata untuk menggali segala rahsia mengenai kehilangan Kaum Timur Feyre. 'Siapa tahu apa yang menanti di hadapan dan siapa tahu apa yang telah ditemui di belakang.' GAVRIEL 2021
Surgeon In Love by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 836,463
  • WpVote
    Votes 41,907
  • WpPart
    Parts 64
Highest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa hospital tersebut hanyalah hospital swasta yang biasa namun sangkaannya salah. Hospital tersebut mempunyai empat orang pakar bedah yang digelar F4 oleh staf-staf hospital itu kerana rupa dan personaliti mereka yang mampu menggegarkan dunia setiap gadis. Dr. Hafizulizwan; seorang neurologist a.k.a pakar bedah otak. Perwatakannya yang pendiam sentiasa memperlihatkannya sebagai seorang yang bermisteri namun apabila tiba sahaja Emma, dia berubah 360°. Dr. Haziq Arash; seorang oral & maxillofacial surgeon. Perwatakannya yang playboy itu langsung tidak memberi kesan terhadap gadis-gadis untuk menjauhinya termasuklah Emma. Dr. Rykarl Naufal; seorang pediatrician. Oleh kerana sikap ramahnya dengan kanak-kanak, Emma semakin tertarik untuk mengenalinya. Dan yang terakhir, Dr. Dylan Fazley. Namanya sahaja sudah berbunyi seperti nama mat salleh, tambahan lagi dengan mempunyai kacukan Swedish. Oleh kerana dia juga seorang Thoracic Surgeon, mereka berdua sering terserempak. Personalitinya yang angkuh itu menyakitkan hati Emma. Apabila jawatan ketua Thoracic Surgeon kosong, Emma dan Dylan mula menunjukkan persaingan ketat untuk memenangi jawatan tersebut & membuatkan mereka semakin rapat. "Give me a chance to love you, for real this time." - Dylan Fazley "You changed me." - Hafizulizwan "You're beautiful." - Rykarl Naufal "She's the one I love." - Haziq Arash Siapakah yang akan memiliki Emma pada akhirnya? *WARNING* In this story, saya akan terangkan sedikit mendalam tentang pembedahan yang dilakukan. Jika mudah terganggu dengan content story ini, dinasihatkan agar tidak membaca cerita ini ataupun skip bahagian pembedahan tersebut.
Undang-Undang Cinta ✔ by naadhamohamad
naadhamohamad
  • WpView
    Reads 823,402
  • WpVote
    Votes 19,684
  • WpPart
    Parts 34
Cinta aku tak ada undang-undang. Cause all of me loves all of you.