Mine
117 stories
GERIMIS (Terbit) by NureenMirza
NureenMirza
  • WpView
    Reads 207,299
  • WpVote
    Votes 8,887
  • WpPart
    Parts 20
BLURB GERIMIS Empat tahun Nara menanti kehamilannya. Asalkan yakin dan berusaha, dia percaya rezeki ALLAH itu tetap ada. Saat doktor mengesahkan dia hamil, Nara cukup teruja. Sangkanya, Jazlan turut gembira mendengarnya. Namun, lain pula yang terjadi. Di saat ingin membuat kejutan kepada Jazlan, khabar duka pula yang diterimanya. Jazlan mengaku telah bermain kayu tiga! Berbulan lamanya Jazlan curang dengan si janda muda beranak dua. Hancur luluh hatinya. Mengapa Jazlan tidak sabar menunggu rezeki daripada ALLAH? Mengapa Jazlan tergamak menduakannya? "Abang dah pujuk Wafa, tapi Wafa tak nak bermadu. Maafkan abang sebab terpaksa lepaskan awak." "Abang rela buang Nara demi menjaga hati perempuan tu? Abang cakap sayangkan Nara, tapi semua tu bohong!" Akibat pertelingkahan itu, Nara diceraikan dengan talak satu. Malam itu juga, dia dihalau dari rumah. Dalam hujan gerimis, takdir Yang Maha Esa menemukannya dengan Haq, seorang duda beranak satu. Bertemu Dazrin, anak kesayangan Haq, dia bagaikan mati hidup semula. Namun, sikap Haq yang sukar ditebak membuatkan hidupnya haru-biru. Apa sahaja yang dilakukan serba tidak kena. Dia bagaikan selumbar yang menyucuk mata dan hati Haq. Salahkah jika dia ingin berkongsi kasih dengan anaknya? Sementelah, dia tidak punya sesiapa di dunia ini.
DIA, AYAH ANAKKU by nzhrftn_
nzhrftn_
  • WpView
    Reads 119,039
  • WpVote
    Votes 1,485
  • WpPart
    Parts 18
"Mana tanggungjawab kau sebagai seorang ayah?" - Hazarul Amri "Siapakah yang harus aku pilih? Dia atau dia?" - Athea Qaisara "Masih adakah bahagia untuk aku?" - Iman Firdaus "Aku akan pastikan kau jadi milik aku satu hari nanti." - Haikal Hanafi "Siapa aku dalam hidup kau? Isteri atau sekadar perempuan simpanan?" - Arhea Maisara
MY WIFE MISS CHUBBY by -cik-aurora-
-cik-aurora-
  • WpView
    Reads 1,409
  • WpVote
    Votes 135
  • WpPart
    Parts 3
💞
Bagaikan Pelangi by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 2,998
  • WpVote
    Votes 77
  • WpPart
    Parts 5
Zakhri Lee... HIDUPNYA kusam dan kelam semenjak peristiwa pahit yang pernah melanda dahulu. Dirinya yang dulunya petah, berubah menjadi lelaki pendiam. Lebih senang menjadi pemerhati dalam menjaga diri dan keluarga. Terutama sekali anak perempuan yang dia ada. Dia lebih prejudis terhadap insan bergelar perempuan. Namun kemunculan gadis itu membuatkan hidup dia mula berubah. Sedikit demi sedikit. Aira Nazeeya... Dia hanya gadis biasa. Piatu yang membesar di rumah anak-anak yatim. Mungkin kerana hal itu membuatkan dia jadi lebih menghargai erti kasih sayang. "Tisya nak peluk mummy." Aira terkedu apabila kanak-kanak itu terus memeluk tubuhnya. Namun dia tetap membalas. "Okey, duduk dekat riba mummy. Nanti boleh sandar dekat mummy. Boleh peluk mummy. Okey?" Apabila mengenali anak kecil yang comel seperti Zetisya, kasihnya tumpah tanpa syarat. Namun sikap dingin dan beku bapa anak itu membuatkan Aira kecut sendiri. "Saya tahulah awak memang suka Tisya panggil awak mummy sebab awak nampak banglo saya tu, kan?" - Zakhri Lee 'Macamlah aku hadap sangat dengan harta dia tu!' - Aira Nazeeya Zakhri kuat menyindir, namun Aira punya seribu satu cara untuk membidas. "Eh, ini bukan mall awal pun. Suka hati sayalah nak duduk mana yang saya nak." - Zakhri Lee "Huh, fine. Memandangkan encik nak sangat duduk dekat bangku ni, tidurlah dekat sini." - Aira Nazeeya Aira sebal. Mulut laser Zakhri memang menyakitkan hati tapi entah kenapa saat bertentang mata hatinya bergetar sejuta rasa. Apakah dia sudah jatuh cinta? Jika tidak, mengapa hidupnya mula berubah kini?¬¬¬ Berwarna-warni. Bagaikan pelangi...
Mungkir Bahagia (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 166,438
  • WpVote
    Votes 8,101
  • WpPart
    Parts 68
Lantang. Sinis. Keras hati. Itulah 3 ciri yang menggambarkan seorang Adra Mikayla. Dia adalah seorang wanita yang sangat tegas dalam berkata malah amat sukar untuk mempercayai sesiapa sahaja termasuklah manusia yang bergelar lelaki. Namun dia jugalah yang menjadi pujaan hati Tengku Harez Firhan saat pertama kali bertentangan mata. "Saya amat pentingkan waktu peribadi, Tengku. Saya tidak suka berbincang soal kerja pada waktu peribadi." - ADRA MIKAYLA. Bekerja bersama Tengku Harez Firhan bukan satu keselesaan. Lelaki itu juga hebat berkata-kata hingga membuatkan Adra Mikayla bertambah keras membina tembok antara mereka. "Firasat seorang Tengku Harez Firhan tidak pernah salah apabila menilai seorang wanita. Saya juga tidak pernah bergurau mengenai soal pernikahan apatah lagi semasa mengucapkan lamaran. Saya serius melamar awak sebagai isteri saya, Adra Mikayla." - TENGKU HAREZ FIRHAN. "Saya percayakan cinta dan saya percayakan perkahwinan tapi saya tak percaya terhadap kata-kata seorang lelaki. Jadi, dengan ini... saya menolak lamaran Tengku Harez Firhan." - ADRA MIKAYLA. "Kebahagiaan yang sudah dimungkiri tidak akan bermakna lagi." - TENGKU HAREZ FIRHAN. Dia cuba memahami namun dia yang menjauh diri. MUNGKIR BAHAGIA
Alan Alisha's [SU] by arysxx_
arysxx_
  • WpView
    Reads 8,544
  • WpVote
    Votes 720
  • WpPart
    Parts 25
Jatuh cinta. Bercinta. Putus cinta. Bercinta kembali. Itu sudah jadi rutin hidup Nur Alisha Qistina. Walaupun sudah banyak kali di kecewakan, tetapi dia tidak pernah membenci cinta atau menutup pintu hatinya. Dia tetap memburu cinta sejati kerana dia percaya, selagi ada usaha, dia tentu akan bertemu dengan cinta sejati. Namun, tanpa diduga, dia terjatuh cinta dengan sahabatnya sendiri, Alan Darwish. Cinta perlu dicari. Nak cari cinta kita perlu ada usaha. Macam mana nak berusaha? Itulah yang dikatakan memburu cinta. - Alisha Alan Darwish bukan lelaki yang mudah untuk mencintai seseorang. Biarpun dia rapat dan baik dengan Alisha, tetapi itu bukan modal untuk Alisha untuk memikat Darwish. Apatah lagi cintanya itu sering ditentang oleh dua orang kawan mereka, Rayyan dan Damia, yang licik mengatur rancangan jahat mereka. Namun, Alisha tidak peduli. Dia terus melamar Darwish sebagai kekasihnya. "Alan, jom kita dating," ujar Alisha tanpa berkias-kias lagi. "Jangan setuju, Lan. Dia dah gila," ujar Rayyan mendesak Darwish menolak. "Jomlah dating," ujar Alisha dengan manja separuh gedik. "Okey," jawab Darwish pendek. "What?" Damia dan Rayyan memandang Darwish. "Yes!" sorok Alisha gembira Namun, Darwish tidak pernah serius. Setelah berlaku suatu insiden, kedua-dua keluarga berpakat hendak mengikat mereka berdua dengan tali pertunangan ketika pertunangan itu berlangsung, Darwish mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Kecewa memang kecewa, tetapi Alisha tetap menjalani kehidupan tanpa Darwish di sisi. Dua tahun berlalu, ketika hati semakin sembuh, muncul Mr. Iphone yang menceriakan hari-harinya. Dalam masa yang sama juga, Darwish muncul semula dalam hidupnya. Mampukah cinta lama berputik kembali? Dan, apa yang Darwish sembunyikan daripada Alisha selama ini? Start: 19 JANUARY 2023 End: Cover by @shafiysz All right resewed @arysxx_
Tuan Zarief Khairil (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 1,910,595
  • WpVote
    Votes 76,726
  • WpPart
    Parts 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL
CINTA SEJATI [COMPLETED] by nsyafaz_
nsyafaz_
  • WpView
    Reads 56,891
  • WpVote
    Votes 2,670
  • WpPart
    Parts 16
Cinta Sejati ©️ 2021 Status : Completed Cinta yang sudah lama terjalin putus disebabkan orang ketiga. Kalau hati tidak melayan, mana mungkin akan berpaut sayang. 'I dah tak cintakan you.' Mudahnya perkataan itu diungkapkan. 10 tahun menjalinkan hubungan dan ini pengakhirannya. Kerana kisah silam, Hazril mula tutup hatinya pada mana-mana perempuan. Tetapi, permintaan Umi Mariya pula tidak mampu dia tolak sebagai seorang anak. 'She's the one you looking for. Your true love.' Akhirnya dia disatukan kerana tidak mahu menghancurkan hati orang tuanya. Hadirnya Naira, membawa satu perasaan yang cuba dia sembunyikan. Wanita itu langsung tidak berputus asa untuk mendapatkan perhatiannya. "Abang tahu siapa cinta sejati saya?" Dia ke cinta sejati yang dimaksudkan Naira? Atau lelaki lain yang pernah bertakhta dihati wanita itu? Nantikan... Start : 3 Jan 2021
MISI BABY "MAKING"  by viamlyn
viamlyn
  • WpView
    Reads 559,730
  • WpVote
    Votes 11,515
  • WpPart
    Parts 36
[COMPLETED BUT NOT EDITED] Sah! Memang sah dia gila! May menggeleng laju, tanpa dia sedar hatinya sudah nekad. Dia akan pinang juga Muhammad Harris Evan. Haraplah mummy si Harris setuju tanpa banyak soal. -------------------- #1st in #BABY 3/8/18 - 13/8/18 [ JANGAN MEMPALAGIAT ] (start:160418) (end: 090119) [ 100% authentic @viamlyn idea ] [ Copyright disclaimer by author ] ( Please report any story that copy my work. Kerjasama anda amatlah dihargai. So let's do it!! )
TUAN KING✔️ [ C ] by MissDheo
MissDheo
  • WpView
    Reads 1,436,966
  • WpVote
    Votes 52,146
  • WpPart
    Parts 35
"Abah... kenapa tinggalkan kakak macam ni... abah tak kesiankan kami bertiga ni?.." - Nor Alisya Humaira Titik hitam dalam hidup Nor Alisya Humaira bermula setelah dia kehilangan insan yang selama ini menjadi tulang belakang serta pelindung keluarganya. Beban masalah yang ditinggalkan oleh abahnya tanpa pengetahuan mereka sekeluarga telah mengeruhkan lagi keadaan hidup mereka. Tapi masalah itu juga yang menemukan dirinya dengan Darren Arfan, lelaki yang hidup dalam dunia gelap itu. __________ "Suka hati sayalah nak duduk makan dekat mana pun! Awak tu bukan siapa-siapa dalam hidup saya. Bukannya sedara saya, bukannya abang saya, jauh sekali suami saya!" - Nor Alisya Humaira "Kau jangan sampai aku hilang sabar dengan kau budak! I said, sit here!" - Darren Arfan Kehadiran seorang gadis yang kuat memberontak dalam hidup Darren Arfan menggugat ego lelakinya sebagai lelaki dingin! Beku! Jahat! Bagaimanakah pengakhiran sejarah malang hidup Nor Alisya Humaira? Mampukah dia keluar daripada genggaman lelaki kejam baran itu? Dan bagaimana pula dia boleh berada dalam genggaman lelaki itu?!Dunia gelap mana yang dimaksudkan itu? Kalau nak tahu sila baca. Sorry kalau tak beyond your expectations. Ini cubaan pertama saya untuk menulis novel. Hasil idea saya dan 2 orang kawan saya! Happy reading!