Fathanis's Reading List
141 stories
THB [Treat Her Better] by MissBlushing_
MissBlushing_
  • WpView
    Reads 629,372
  • WpVote
    Votes 17,144
  • WpPart
    Parts 62
Kereta di parkir di bawah porch. Enjin dimatikan. Orang yang berada di sebelah dikerling. Boleh tidur pula dia ni, ujar Zayyan Mateen dalam hati. Zayyan Mateen memusingkan sedikit tubuh agar menghadap wajah isterinya. Dengkuran halus yang kendengaran itu membuatkan bibirnya tersenyum. "What should I do with you Humaira?"Pipi mulus itu diusap. Dia tak pernah ada kekasih apatah lagi bercinta. Selama hidupnya, dia hanya kisahkan pada diri sendiri. Tak pernah fikir tentang hidup berpasangan. Tetapi, dalam sekelip mata. Statusnya kini sudah berubah sejak bertemu dengan wanita ini. "Bolehkah perkahwinan kita ini berjaya?" Sebenarnya dia takut juga saat membuat keputusan untuk berkahwin. Dia takut tak mampu untuk jalani tanggungjawab dengan baik. Paling dia takut andai orang yang dia sayang berada dalam bahaya. Dia sedar akan risiko pekerjaannya itu. Sayang? Benarkan sudah hadir rasa sayang dalam diri untuk isterinya ini? Atau hanya kerana simpati? Dia sendiri keliru dengan perasaan sendiri. Dia tak pernah rasa apa itu kemanisan bercinta. Dia tak pernah belajar dan tak pernah diajar. Tangan dijatuhkan dari terus mengusap pipi itu. Dia melepaskan keluhan lalu membuka pintu kereta. Dia berjalan ke arah pintu penumpang dan dengan perlahan-lahan tubuh wanita itu dicempung. Pintu kereta ditolak dengan kaki. ...... Nak tahu kelanjutan kisah mereka, jangan segan-segan untuk singgah ke sini... Selamat Membaca "Treat Her Better"
Hati Yang Tersakiti (Complete)  by lavenderyana
lavenderyana
  • WpView
    Reads 854,133
  • WpVote
    Votes 25,912
  • WpPart
    Parts 53
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya. Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba. "Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya. "Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya. "Ye ada apa Izz?" "Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya. "Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa atau contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz. "Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi. "Kita batalkan perkahwinan ni?" "Kenapa?" "Rose dah balik." Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya. Girls, tak salah jadi 'perigi cari timba'. Cuma, jangan salah pilih timba. Pastikan timba tu yang elok, bukan timba bocor macam ni. P.s : Cerita ni stress, geram, membuatkan korang betul-betul rasa hati yang tersakiti. Sape2 yg tak suka, jangan baca ye. 🤭🤬🤪 P.s lagi: Cerita ni banyak gila imbas kembali, so maybe korang akan rasa pening, yang faham, faham la. Yang tak faham, sorry, saya tak dapat nak ubah cerita ni 😔😣
Warmer Than Ever by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 589
  • WpVote
    Votes 61
  • WpPart
    Parts 1
[7th romance] Nara Ardea tidak pernah berharap untuk difahami. Dia cuma belajar untuk bertahan, walaupun dunia sering memintanya memberi lebih daripada yang dia mampu. Bagi Rais Adham, menjaga adiknya adalah segalanya. Dan bila Nara muncul dalam hidup Rifsya, dia melihat gadis itu sebagai ancaman, seseorang yang hanya akan menyusahkan adiknya. Salah faham demi salah faham membentuk jurang antara mereka, tanpa Rais sedar bahawa caranya menilai dan mengawal telah melukakan sekeping hati yang dalam diam mencintai. Namun apabila kebenaran tentang Nara akhirnya terbongkar, Rais menyedari sesuatu yang tak pernah dia akui sebelum ini: ada hati yang telah terluka, dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menebus segala salah silapnya. Kerana cinta kadang datang bukan dengan kata manis, tetapi dengan kesedaran, pengorbanan, dan keberanian untuk menebus kesilapan.
Racing King by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 324,567
  • WpVote
    Votes 23,783
  • WpPart
    Parts 60
Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25
M A H A Q A N Y : The Princess's Paramour by itsnazshabs
itsnazshabs
  • WpView
    Reads 1,037
  • WpVote
    Votes 61
  • WpPart
    Parts 4
2025 Coming not so soon. Akhtar Mahardhika & Ilqany Sodalya
Mimpi Yang Tak Sudah (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 10,543
  • WpVote
    Votes 660
  • WpPart
    Parts 38
Di dalam dunia yang penuh kelam dan kejam, hanya dia sajalah cahaya itu. Dato' Emran Riza sangat terkenal di dalam dunia perhotelan dan turut berkuasa di balik dunia kongsi gelap. Nur Katriana atau Kate, satu-satunya wanita yang berjaya memiliki hati Riza tanpa syarat tapi dia jugalah yang pergi meninggalkan Riza setelah mengetahui siapa dirinya yang sebenar. "Aku tak boleh hidup dalam dunia gila kau ni! Aku tak sanggup nak tengok kau jadi setan. Lepaskan aku!" - NUR KATRIANA "Kau satu-satunya perempuan yang aku nak, Kate. Sampai mati pun aku takkan lepaskan kau." - DATO' EMRAN RIZA "Tak ada satu manusia pun yang boleh terima dipaksa hidup dengan pembunuh, Riza. Aku tak boleh terima kau lagi. Kau bukan lelaki yang pernah aku sayang." - NUR KATRIANA "Kalau kau tinggalkan aku... kau pun aku bunuh!" - DATO' EMRAN RIZA Kau bayang-bayang, Masa nan silam, Ada ketika terbawa-bawa, Oleh resah mimpi yang tak sudah. MIMPI YANG TAK SUDAH
Find The Heart Again by mieserene
mieserene
  • WpView
    Reads 628,665
  • WpVote
    Votes 18,591
  • WpPart
    Parts 95
[ B O O K 1 ] NEW VERSION Dalissa hanyalah gadis biasa - sehingga satu perangkap di hotel menjeratnya dalam skandal yang bukan miliknya. Ayden, lelaki kaya penuh dendam, percaya 'dia' telah menghancurkan cinta pertamanya. Tanpa menyiasat, dia membalas dengan cara paling kejam: memerangkap Dalissa menjadi isterinya. Dalam gelora kebencian dan rahsia yang terpendam, apakah kebenaran akan terbongkar sebelum segalanya musnah? Apabila dendam mula goyah dan hati mula berbicara, adakah cinta masih punya ruang untuk hidup semula? beautiful cover by @AizackMesle
Aydeen's Untold Heart  by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 143,536
  • WpVote
    Votes 14,747
  • WpPart
    Parts 38
NEXT GENERATION (HEART SERIES 1) Tengku Aydeen Iskandar x Raja Khayra START: 20/11/2025 END: