lillbeaut's Reading List
86 stories
[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTS [BAKAL TERBIT PBAKL 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 90,774
  • WpVote
    Votes 3,945
  • WpPart
    Parts 22
CAHAYA INARA X AHNAF HADI • short love story • WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran. Macam-macam berlaku sepanjang tempoh tersebut sehingga mama papa memutuskan aku untuk berkahwin dengan seseorang yang aku tak kenal. Siapa sebenarnya Ahnaf Hadi ni?? Kewujudannya yang misteri datang secara tiba-tiba ni membuatkan aku nak tahu siapa sebenarnya dia ni. Namun satu je aku dapat kenal pasti. Kehadirannya begitu indah. Keindahannya tak mampu untuk aku katakan tidak. Tidak sesekali membiarkan huluran tangan yang sentiasa menunggu aku sambut dengan sebuah cinta dan keikhlasan. START: 14 MAY 2023 END: 7 JUN 2023 1st ranking in #Islam 🏆
𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [C] by thxnlya
thxnlya
  • WpView
    Reads 743,425
  • WpVote
    Votes 27,002
  • WpPart
    Parts 77
𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊♥ ₊˚⊹♡ ᴀɴ ᴏʀɪɢɪɴ ᴏꜰ ʟᴏᴠᴇ ♡⊹˚₊ "When I love, I love badly not rudely." 𝐙𝐢𝐥𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐳𝐚𝐞𝐥 merupakan seorang lelaki yang tenang dan bermulut celopar. Dia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya. 𝐀𝐢𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐙𝐡𝐚𝐟𝐢𝐫𝐚 seorang gadis yang berkelulusan dari Universiti Oxford. Dia berasal dari keluarga bangsawan. Namun, dia tidak akan semena-mena menggunakan harta ibu bapanya. Dia akan berusaha sendiri tanpa bantuan sesiapa. Pertemuan mereka adalah disebabkan aturan keluarga. Mereka di aturkan untuk berkahwin. Zill tenang sahaja dan menerima serta cuba mendapatkan hati Aireen kerana dia yakin bahawa Aireen itu jodohnya. Namun, Aireen berasa sebaliknya. Mahu tidak mahu, Aireen perlu juga menerima kerana itu kehendak keluarganya. Namun, perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Ada sahaja dugaan yang melanda. Saat bahagia mula bertunas, hadir pula orang ketiga yang cuba meruntuhkan mahligai yang baru dibina. "Reen minta maaf abang, Reen tak sanggup nak hadap semua ni. Reen tak nak susahkan abang." -Aireen Zhafira "Sayang tak pernah susahkan abang. Please sayang, stay with me and i will prove to you that im not wrong." -Zill Rayzael Mampukah Zill mempertahankan rumah tangga mereka? Atau perkahwinan ini berakhir begitu saja? "I don't have anyone else. I only have you. I need you to stay. Please dont leave me, Sayang." -Zill Rayzael --- START: 30 JULY 2025 END: 18 OCTOBER 2025 ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE‼️ ⚠️CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA‼️ 🚫PLAGIAT IS NOT ALLOWED‼️
TENTANG KITA - REVAMP (C) by snowdreamm
snowdreamm
  • WpView
    Reads 865,088
  • WpVote
    Votes 33,866
  • WpPart
    Parts 56
Status: COMPLETED Naura Husna X Hud Rusyaidi [Karya pertama dari snowdream] Pada Hud, perkahwinan yang diatur bukanlah pilihan hati. Semua itu sekadar jalan keluar dari desakan keluarga. Manakala Naura pula hanya tabah menerima. Dia menganggap semua itu adalah takdir yang sudah tertulis untuknya meskipun mereka disatukan tanpa cinta dan janji bahagia. Akan tetapi waktu mempunyai cara tersendiri mengajar mereka untuk mengenal rasa. Dalam pertelingkahan, hadir tawa. Dalam luka, tumbuh kasih yang kian mekar di dalam jiwa. Namun bukan mudah untuk terus mempertahankan bahagia itu. Kehadiran cinta lama seakan menghalang malah meruntuhkan kepercayaan yang dibina selama ini. Mampukah Hud dan Naura mempertahankan cinta yang pada awalnya tidak pernah dipilih namun kini terlalu berat untuk dilepaskan? "Izinkan saya pergi, Hud. Insyaallah jika masih ada jodoh antara kita, kita akan tetap dipertemukan walau sejauh mana pun kita terpisah." - Naura Husna. "Andai kata suatu hari nanti abang jumpa sayang, jangan tolak abang mentah-mentah macam sekarang. Dan masa tu, abang takkan lepaskan sayang lagi walau apapun yang berlaku." - Hud Rusyaidi Start date : 16 January 2022 End date : 28 January 2022 Revamp: 26 February 2025 ~~~~~ #1 shortstory (14/2/2023) #1 malayromance (16/2/2023)
𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀 (TERBIT) by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 595,533
  • WpVote
    Votes 6,289
  • WpPart
    Parts 14
[ Book 7 ] Fareeq Isyraf- Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia diberikan arahan, dia juga harus patuh biarpun harganya harus dibayar seumur hidup. "Aku penjaga kau sekarang dan selamanya." -F.I "I don't need anyone to take care of me. Especially you." -J.A Menjaga dan melindungi. Siapa tahu, arahan yang dijatuhkan kepadanya kali ini cukup berat apabila dia dipertemukan dengan seorang gadis yang keras kepala dan mempunyai pendirian sendiri. Setiap suruhannya, tanpa bersalah diingkari. Setiap yang dia kata, semudah itu dipatahkan. Dia yang bukan seorang penyabar, disatukan dengan gadis yang sering menguji kesabaran. Tak boleh bertentang mata, ada saja yang mahu ditelagah. "I don't tolerate with disobedience. Don't provoke me." -F.I "Semakin you larang, semakin I akan buat. I loves disobedience." -J.A
Pengantin Buat Nelayan - Terbit PBAKL 2026  by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 311,363
  • WpVote
    Votes 750
  • WpPart
    Parts 2
Pengantin Series: Book 1 Blurb: "Apa ni! Gelinya! Kau buta ke! Tak nampak ke aku tengah jalan!" -Mellisa Dayana Pertemuan pertama yang mencetuskan persepsi Mellisa Dayana, seorang artis terkenal terhadap Athif Najmi, nelayan kampung yang tiba-tiba muncul bersama tong ikan. Tanpa disangka, mereka bertemu lagi di perkampungan nelayan buat kesekian kalinya. Setiap kali bertemu, tentu ada isu yang menyakitkan hati masing-masing. Sampaikan suatu hari, kerana satu kejadian, hati Athif mula berbisik cinta. "Cik Mellisa tengah shooting ke? Cik berlakon sebagai duyung?" - Athif Najmi "Ya, encik nelayan. Kau dah rosakkan aku punya scene...." - Mellisa Dayana Antara artis terkenal dan nelayan, ada jurang yang sangat besar. Dengan status Mellisa yang telah bertunang, Athif tidak mampu berangan tinggi. Takdir atau ujian? Mellisa ditinggalkan di hari perkahwinan kerana fitnah di mana Mellisa ada hubungan sulit dengan Athif. Kerana sekeping gambar, segala yang Mellisa kecapi hilang begitu sahaja. Athif sanggup menggalas tanggungjawab dan menikahi Mellisa. Cuma, kebahagiaan tidak semudah yang disangka. Masih jauh perjalanan mereka.
Perfect Sky (Complete) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 235,934
  • WpVote
    Votes 10,908
  • WpPart
    Parts 50
Love Seasons: Book 3 Orkid Wardina ialah wanita yang mempunyai segalanya kecuali cinta. Saat orang lain menemui bahagia, Orkid masih sendirian. Bagi Orkid, jodoh bukan segalanya. Sekiranya dia sendirian sehingga ke hari tua, dia redha. Apatah lagi dia sedang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada Nawra, anak abang tercinta setelah Ghazi meninggal dalam kemalangan jalan raya. Kerana kejayaannya, Orkid digilai Ridhwan. Seorang lelaki yang sanggup menceraikan isteri sendiri kerana mahukan Orkid. Hanya satu sahaja cara untuk menyelamatkan diri daripada lelaki itu. Orkid perlu segera berkahwin. Kemunculan Elhan, jiran sebelah rumah merangkap pak cik saudara kepada Nawra dilihat sebagai satu peluang besar kepada Orkid. Saat Elhan berani melamar, Orkid menaruh harap, Elhan kunci penyelesaian untuknya daripada terus dikejar Ridhwan. "Kak Dib ada cakap yang saya perlu berkahwin. Mungkin, Ridhwan takkan berani kacau saya lagi kalau saya dah ada suami. Saya terfikir awak, Elhan......" -Orkid Wardina "Orkid Wardina, sudi tak kahwin dengan saya? Jom kita bercinta selepas kahwin. Boleh?" -Elhan Waqqas- Bagi Elhan Waqqas, Orkid Wardina ialah cinta pertama yang dia yakin, bakal menjadi cinta terakhirnya juga. Tidak kisah apa jua alasan Orkid menerimanya, dia yakin bakal ada cinta di hati Orkid. "Sebagai seorang ayah dan suami, abang janji yang abang akan jaga keluarga kecil kita. Biarlah sebesar mana ujian melanda." - Elhan Waqqas Langit yang indah juga bergulung awan hitam sekali-sekala. Langit yang indah juga menurunkan hujan, simbolik kepada kesedihan. Orkid Dan Elhan diuji. Tatkala Elhan cuba menyelamatkan Orkid, ada sesuatu berlaku kepada Ridhwan sehingga memerangkap Elhan. Jika cinta bersemi di hati Orkid, Elhan akan bertahan. Jika tidak, adakah hukuman dunia pengakhiran perjuangan Elhan buat Orkid Wardina? Elhan masih berdoa langit sempurna yang dia idamkan dapat dipeluk juga.
Yang Tertulis Antara Kita  by kiraes
kiraes
  • WpView
    Reads 24,095
  • WpVote
    Votes 1,486
  • WpPart
    Parts 30
Azan Asar baru sahaja berkumandang. Hanya desiran angin menyelinap masuk ke ruang solat wanita, bersama bunyi serakan kain telekung yang tergesa-gesa dibetulkan. Aisyah Az-Zahra bergegas membetulkan lipatan telekung di bawah dagunya. Belum sempat dia berdiri tegak, suara imam mula kedengaran. Dalam diam, langkahnya terhenti. "Allahu Akbar..." Takbir itu... lembut, tetapi ada ketegasan yang menusuk jauh ke hatinya. Aisyah terpaku. Tangannya yang memegang sejadah sedikit terlepas. "Ya Allah, suara ni..." - Aisyah Az-Zahra Dia segera berdiri lalu beristighfar kecil dalam hati. "Astaghfirullahaldzim Aisyah, jangan fikir bukan-bukan..." - Aisyah Az-Zahra Namun, apabila imam mula membaca surah Al-Fatihah, dada Aisyah kembali bergetar. "Bismillahirrahmanirrahim..." Suara itu mengalun tenang, dengan nada yang sama seperti dahulu iaitu nada yang pernah menenangkan jiwanya, yang selalu membuatnya rasa selamat. Kelopak mata Aisyah mula membasah dan timbul satu soalan di dalam hatinya. "Abi...?" - Aisyah Az-Zahra Dia cuba menahan diri. Namun, setiap kali imam membaca ayat Al-Quran dan bacaan solat, fikirannya tidak tentu arah memikirkan suara itu lalu satu wajah terpampang dalam fikirannya. Akhirnya, air matanya kini jatuh di pipinya. Setiap huruf, setiap getaran suara itu seperti menyentuh hati yang telah lama kosong. Selepas salam terakhir, Aisyah masih duduk di atas sejadahnya. Hatinya berdegup laju, mata tak lepas dari tabir pemisah. Fikirannya masih berteka-teki dengan suara imam tersebut. Siapakah sebenarnya di sebalik suara itu, sehingga setiap alunan ayatnya mampu menggoncangkan ketenangan di hati Aisyah Az-Zahra?
Racing Flame by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 879,096
  • WpVote
    Votes 45,494
  • WpPart
    Parts 58
DAREEQ EZRA, seorang pelumba Formula 1 yang terkenal dengan gelaran 'Born Racer'. Seawal umur 18 tahun, dia mula mencipta sejarah sebagai pelumba paling muda yang meraih podium. Namun seiring umurnya meningkat, dia mula rasa tekanan dengan kerjaya dan kejayaan sendiri. Kesilapan sedikit mengundang kecaman orang. Dia mula hilang keyakinan. ZEANISSA, seorang gadis yang langsung tak tahu dengan dunia motorsport. Senang cerita, dia tak berminat. Disebabkan ajakan rakan-rakannya, dia akhirnya jejakkan kaki buat pertama kali di litar lumba. "Aku nak pergi dari sini. Aku tak nak duduk sini. Kau ada caranya?!" - Zeanissa Sakit yang dirasakan tidak terperi apabila dia dibenci dan diperlakukan teruk oleh rakan baik sendiri. Zeanissa benar-benar terluka. "Kau pernah cakap kau tak nak duduk dekat sini. Kau tanya aku caranya, and ini jawapan aku." - Dareeq Ezra Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba dia dilamar oleh si driver Mercedes AMG Petronas yang sangat popular dalam dunia Formula 1. Zeanissa mati akal. Namun memikirkan kesedihan yang sedang ditanggungnya, dia bersetuju. Untuk berkahwin dan ikut Dareeq ke Monaco. Perkahwinan yang pada mulanya hanya sekadar atas dasar kepentingan mereka perlahan-lahan menimbulkan perasaan yang melibatkan hati. Namun hubungan yang baru mekar seperti bunga perlahan-lahan layu. "Apa lagi yang abang tipu Zea? Apa lagi?!" - Zeanissa "Abang minta maaf. That freaking jealousy's eating me up. It's killing me inside." - Dareeq Ezra 📎story ni rekaan semata mata 📎maaf kalau grammar berterabur 📎light conflicts 📎update setiap hari 2 chapter JANJI Start writing : 04/09/2025 Publish : 17/11/2025 End : 15/12/2025
𝐌𝐄𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐇𝐈𝐒 𝐒𝐎𝐔𝐋 [𝑆𝑈] by thxnlya
thxnlya
  • WpView
    Reads 91,147
  • WpVote
    Votes 5,094
  • WpPart
    Parts 19
𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐁𝐎𝐎𝐊♠ [SLOW UPDATE] ♡˚₊✦ᴀɴ ᴏʀɪɢɪɴ ᴏꜰ ᴘᴀɪɴ ✦₊˚♡ 𝘏𝘦 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘢𝘴𝘬𝘦𝘥 𝘧𝘰𝘳 𝘭𝘰𝘷𝘦, 𝘣𝘶𝘵 𝘨𝘰𝘥 𝘴𝘦𝘯𝘵 𝘩𝘪𝘮 𝘱𝘢𝘪𝘯 𝘵𝘰 𝘳𝘦𝘮𝘪𝘯𝘥 𝘩𝘪𝘮 𝘩𝘦'𝘴 𝘴𝘵𝘪𝘭𝘭 𝘢𝘭𝘪𝘷𝘦. Kadang-kadang... hidup ni pelik. Ada orang yang lahir dalam keluarga bahagia dan ada orang macam Raffat, lahir dalam keluarga yang penuh luka. Dia membesar dengan satu prinsip. "Kalau sayang itu menyakitkan... aku tak nak rasa." Tapi dia tidak sedar bahawa dalam hatinya, dia sebenarnya rindu untuk disayangi. Raffat berjaya, dia banyak membantu orang, dengan melakukan perkara yang sedemikian, dia berasa tenang. Sehinggalah Allah menemukannya dengan seseorang yang tak sempurna... tapi cukup untuk menyentuh hatinya yang beku. Perlahan-lahan, dia mula belajar...Allah tak pernah tarik cinta daripada hidup manusia, cuma manusia itu sendiri yang mengunci pintu hatinya. "Aku jahat. Aku tak layak untuk sesiapapun." -Raffat "Awak tak jahat, awak cuma takut untuk tersakiti lagi." -Aryana Dan setiap kali dia rasa nak mengalah, ayat ini selalu berbisik dalam hatinya: "Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (Surah Ash-Sharh: 5-6) Dalam dunia ini, tak ada satu pun manusia yang sempurna. Setiap orang pasti ada titik kelemahan masing-masing. START: 25 OCT 2025 END: ? ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE‼️ ⚠️CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA‼️ 🚫PLAGIAT IS NOT ALLOWED‼️