Suka
17 stories
7 KEMATIAN by SaideeNorAzam
SaideeNorAzam
  • WpView
    Reads 135
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 3
Demi ingin mencapai hasrat yang menggunung, seorang ahli politik sanggup melakukan apa sahaja yang diperlukan, termasuk bersekongkol dengan iblis dan syaitan. Kerana ingin membalas dendam, dia sanggup mengumpul 7 makhluk halus yang bersifat hitam supaya menjadi khadam suruhannya, sekaligus dapat mengalahkan musuh-musuhnya yang terlalu melihat dirinya terungkur jatuh. Datuk Makhtar perlu melengkapkan ketujuh-tujuh kematian yang berlainan sifat dan kekuatannya. Namun begitu Datuk Makhtar tidak menyedari dirinya bakal membangkitkan satu makhluk yang amat jahat dan kejam ke atas dunia ini. Pertumpahan darah yang amat dahsyat bakal berlaku sekiranya makhluk hitam itu kembali dihidupkan semula!
TOPENG BERDARAH by SaideeNorAzam
SaideeNorAzam
  • WpView
    Reads 3,958
  • WpVote
    Votes 140
  • WpPart
    Parts 18
SEJARAH hidupnya cukup tragis. Dia melihat dengan sendirinya di hadapan mata, bagaimana bapa kesayangannya mati dibunuh. Ibunya berzina dengan lelaki lain, kasih dan sayangnya terabai. Sejak itu dia mulai kenal apa itu erti kecurangan. Dendam mula menjadi raja di dalam hati. Buat kali pertama di dalam hidupnya, ibunya sendiri menjadi mangsa! Genre : Thriller Mistik/Psiko Thriller Tarikh pembikinan : 2013 Klasifikasi : Kejam, Tragis, Dendam, Psiko Tagline : Manusia, Semuanya Bertopeng!
SIRI SERAM SNA by SaideeNorAzam
SaideeNorAzam
  • WpView
    Reads 42
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 3
Siri Seram Sna (Saidee Nor Azam) adalah kompilasi kisah seram pendek novelis Seram Thriller Buku Prima di alam sosial Facebook miliknya. Kisah yang diceduk dari kisah benar dan pengalaman Saidee Nor Azam sendiri.
Cerita Lawak! by The_Blank
The_Blank
  • WpView
    Reads 131,615
  • WpVote
    Votes 7,011
  • WpPart
    Parts 14
“Random” -Lawak kerakar bin lucu gilak- silakan! tak yah nak segan or malas hahaha... lom baca lom taukan? so bacalah! tak perlu d undang, maen masuk tak ketuk pintupun boleh lol.
KOLEKSI KISAH BENAR 2 by sweetseptember9
sweetseptember9
  • WpView
    Reads 85,971
  • WpVote
    Votes 5,097
  • WpPart
    Parts 76
Hai! Assalamualaikum. Koleksi kisah benar Kali ini adalah sambungan daripada koleksi kisah benar yang pertama. Stay tuned
Malam Ogos by SyasyaDeLuna
SyasyaDeLuna
  • WpView
    Reads 11,673
  • WpVote
    Votes 364
  • WpPart
    Parts 5
Reunion yang diadakan di sebuah rumah agam yang dibina di sebuah kawasan pedalaman di tengah-tengah hutan menjadi saksi tragedi berdarah, Seorang demi seorang perserta alumni tersebut ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan. Apa sebenarnya yang berlaku? Siapakah dalang di sebalik tragedi itu? Kau janji yang kau takkan cerita pasal aku?" - PERMAINAN MAUT Demi memenuhi tuntutan nafsu dan mengejar kekayaan dunia, perjanjian dengan 'nenek' dimeteri dan nyawa keturunan menjadi galang gantinya. Waris keturunan diganggu kerana melanggar perjanjian. Selama manakah waris-waris yang tinggal hidup dengan tenang? Perlukah perjanjian silam diteruskan hanya untuk meraih kebahagiaan dunia? "Kau perlu pilih satu sahaja antara banyak pilihan."- NENEK, TOLONG KELUAR! Vila Amira Syakila yang aman kini kembali berpuaka akibat dendam lama yang tidak terurai. Apabila darah merah pekat mengalir keluar, dia dengan rakusnya menjilat darah itu sehingga menggelikan Farra Fauzana yang masih tersandar pada dinding. Puaka apakah yang menghantui Vila Amira Syakila? Mampukah Farra Fauzana menanganinya? "Aku takkan lepaskan pena. Aku akan guna kau sehingga selesai misi aku."- PENA Kronologi peristiwa sangat rumit. Di sebalik kebenaran yang bercampur pelbagai fakta serta penipuan menyelit di antara sejarah sebenar, wujud watak yang mencipta pewaris dendam. Di sebalik latar kisah penuh renjatan emosi, si pemuja ilmu hitam memainkan peranan. "Kami datang atas jemputan." - MALAM OGOS
Projek Seram: ISTANA by SyasyaDeLuna
SyasyaDeLuna
  • WpView
    Reads 481
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 1
Pabila mentari pucat-pasi, terbukalah kunci! / GUNDIK UYANG, MARIA KAJIWA Fenomena jerebu yang melanda negara merisaukan hati Tok Isa. Sumpahan Gundik Uyang terlerai. Keturunan Sultan Sulaiman dan Pawang Taib menjadi buruan. Dia berusaha menentang sebelum lebih ramai yang menjadi mangsa. Namun segala apa yang dicuba ternyata sia-sia; sehinggalah dia kembali ke Hutan Tangga Tujuh menjejak Istana Pelambangan. Apakah rahsia istana itu? Siapakah sebenarnya Gundik Uyang? Jika aku merupakan sebuah kesilapan, kau juga tidak boleh wujud / WUJUD, SYASYA BELLYNA Catatan sejarah ketika permulaan zaman Sultan Pertama pada tahun 1913 terpadam satu per satu dari rekod negara sehingga mengubah peristiwa tulen menyebabkan Wangi terpaksa kembali ke zaman lampau untuk memperbetulkan kesilapannya yang mengakibatkan kewujudan si 'puaka'. Bangunlah wahai Cempakasari dari 1000 darah perawan sunti / PURBAKALA, HELMI EFFENDI Siapa sangka ekpedisi Profesor Eqbal dan kumpulannya ke pendalaman Kedah membawanya kepada sebuah kota dan istana lama yang dibina pada zaman purba yang menyimpan seribu misteri dan angker untuk dibongkarkan. Jika sudah masuk ke dunianya, korban pengakhirannya / KORBAN GANGREN, NAIM TAMDJIS Azhael seorang kontraktor telah mendapat kontrak pemuliharaan Istana Seri Menanti. Walau bagaimanapun apabila Azhael mahu pulang melalui jalan lama Bukit Putus bersama teman sekerja Ismet, keretanya telah rosak di tengah jalan. Azhael telah ternampak sebuah istana lama di atas Bukit Putus. Azhael cuba meminta bantuan dan akhirnya dia terperangkap di dalam istana. Berjayakah Azhael dan Ismet melepaskan diri daripada menjadi korban upacara ritual membangkitkan Raja Gangren.
Projek Thriller Vape by SyasyaDeLuna
SyasyaDeLuna
  • WpView
    Reads 103
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 2
Sinopsis Definisi Rokok elektronik atau vape terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut serta e-liquid. Kemunculan semula vape menimbulkan satu fenomena baru dalam industri rokok. Wujud tanda tanya dalam kalangan masyarakat akan keselamatan, kesihatan seterusnya menyebabkan gejala sosial berleluasa tanpa sekatan. Namun begitu, kesahihan mengenai kesan vape ini masih lagi menjadi persoalan sehingga wujud pelbagai spekulasi di dunia vape itu sendiri. 1 ) Nyamuk Seekor nyamuk ingin melawan seekor naga? Mampukah? Kata-kata itu terus berlegar dalam kotak fikirannya. Wirna menarik nafas panjang. Ya... tak mungkin seekor nyamuk mampu melawan seekor naga.- Zaifuzaman Ahmad 2) Pendekar "Jadi, kau ialah pendekar yang cuba berlagak hero tu ya? Budak mentah yang fikir dengan kuasa dia seorang, boleh mengubah Rajawali jadi tempat yang dia impikan ya?" Lelaki yang berkot labuh dan bercerut itu melangkah sambil diapit dua orang lelaki bersenjata yang kelihatan seperti pegawal peribadinya.- Helmi Effendy 3) Alfian dan Dunia Misterius "Dalam Venom ada bahan kimia yang telah ditemui oleh saintis Barat. Teknologi ini telah bocor dan dihasilkan secara lebih murah dan banyak di China." - S.Kausari 4) Kod Dia hanya sebahagian dari 'produk' kami. Kod 1209 berdarah O. Kami dapat hasilkan banyak keluaran baru dengan hanya seorang manusia yang berdarah O. Budak-budak aku bawa dia ke sini semalam. Baru hari ni aku tengok dia."- Syasya Bellyna *Sudah berada di pasaran semenjak JANUARI 2017.
Projek Seram Terowong by SyasyaDeLuna
SyasyaDeLuna
  • WpView
    Reads 443
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 1
SINOPSIS / TEROWONG LRT - A. DARWISY ~luar nampak manusia, tidak semestinya dia manusia~ Azlan, dalam perjalanan balik menggunakan LRT terkandas di terowong bawah tanah bersama sekumpulan penumpang yang lain. Mereka berusaha untuk keluar dan menyelamatkan diri di stesen paling berhampiran. Tetapi mereka tidak sedar di sepanjang terowong itu adalah tempat laluan lintasan makhluk halus yang turut berasimilasi dengan peredaran zaman. Berjayakah Azlan dan lain-lain mengharungi malam yang penuh kegilaan itu? Apakah mungkin pembinaan stesen sekitar tahun 90-an itu menyimpan sejarahnya tersendiri? TUMBAL TEROWONGAN TERAWANGAN - SYASYA BELLYNA ~kau ghaib pendamping berganti~ Selari dengan waktu peristiwa kontrak selang 20 tahun sekali, ia telah membuka episod baru tentang Terawangan iaitu sebuah terowong yang tersembunyi di celah Gunung Kelibut. Terowong alam ghaib yang terbuka itu menghantui enam manusia yang telah ditanda pemilikan oleh qarin masing-masing. Campur tangan para pelajar sekolah agama dari Kalimantan yang dihantar oleh seseorang, membuka tabir rahsia perjanjian dua demensi. Mampukah perhubungan antara penguasa, si raja hitam dengan pewaris pesugihan dihentikan? GHAIB - ZAIFUZAMAN AHMAD ~kebenaran yang kau cari ada di sini~ Detektif Riza diminta untuk menyiasat tentang kehilangan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah lama dan elit. Bagaimanapun dia enggan untuk mempercayai yang sekolah itu berpuaka biarpun cerita itu tersebar luas. Melalui siasatannya dia berasa keliru kerana dihimpit dengan kehilangan misteri yang tidak meninggalkan jejak. Bertambah lagi apabila Jessica, teman rapat Mimie turut hilang. Bagaimanakah Detektif Riza berjaya menyelongkar rahsia di sebalik kejadian ini?
Koc 13 by NaimTamdjis
NaimTamdjis
  • WpView
    Reads 120,913
  • WpVote
    Votes 7,603
  • WpPart
    Parts 39
Siapnya Projek Keretapi Pantai Timur (ECR) menyebabkan beberapa buah stesen yang membelah Banjaran Titiwangsa tidak digunakan lalu ditinggalkan menjadi usang. Stesen Dabong di negeri Kelantan turut menerima tempias dan ditinggalkan begitu sahaja. Raiqal... seorang pengembara seram yang tertarik dengan Urban Legend mengenai Koc 13. Koc yang akan muncul pada pukul 12.59 malam pada setiap tahun ganjil 29 Februari. Pengalaman Pak Hameed melalui catatan blog bab pertama sebelum hilang memotivasikan dirinya yang kebetulan tahun ganjil berlaku pada tahun tersebut. Tanpa sengaja Aiman Aklaken seorang novelis best seller bertaraf dunia datang ke stesen. Kawannya yang berjanji untuk menemaninya seperti biasa tidak muncul. Aiman Aklaken ingin menarik diri tetapi tiket bertulisan jawi dijumpai di kaunter telah memberi amaran "Naik... atau nyawa gantimu" menyebabkan Aiman Aklaken terpaksa menaiki Koc 13. Dan tidak tahu sama ada mereka bernasib baik atau malang, Koc 13 muncul tepat pada pukul 12.59 malam!