Fav♥♡
6 stories
Beautiful Path ✔ by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 1,555,351
  • WpVote
    Votes 81,421
  • WpPart
    Parts 55
4th Romance by CikMardiah Cover by @_Aisywa NUREEN DAMIA. Dia ingatkan perkahwinan yang terbina atas dasar cinta itu akan kekal bahagia sampai bila-bila. Tapi salah. Takdir Tuhan siapa tahu, bukan ? Disaat dia sendiri berbadan dua, si suami curang. "Apa salah saya dekat awak, Ziyyad ? Apa dosa saya?" NUREEN DAMIA. "Memang tepat keputusan aku ceraikan kau. Memang betul apa yang mama cakap, kau bukan perempuan baik. Buktinya, lepas je aku ceraikan kau.. kau gugur. Nampak sangat kau sengaja gugurkan anak tu. Kenapa? Takut sangat nanti anak tak berbapa?" AHMAD ZIYYAD. Allah, sakitnya dituduh gugurkan anak sendiri. Sakitnya difitnah mentua sendiri. "It's okay to cry. You've been strong for too long." DR.FIRHAN REDZA. "Kalau ini jalan yang terbaik, yang Allah sudah tentukan.. aku terima. Aku redha," NUREEN DAMIA. Start Publish : 29/3/2018 End :
Peluang Kedua by somebdy_
somebdy_
  • WpView
    Reads 6,666,530
  • WpVote
    Votes 178,779
  • WpPart
    Parts 94
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khairul. Dari status kawan baik bertukar menjadi suami isteri. Baginya semua ini bagaikan mimpi. Rumahtangga yang dibina tanpa dasar cinta itu akhirnya membuahkan hasil. Mula terbit bibit cinta antara mereka. Namun sayang, bibit bibit cinta yang mula tumbuh terbantut dek kerana orang ketiga. Kebahagiaan mereka selama ni hancur begitu sahaja. Beberapa tahun berlalu, Khairul sedar akan khilafnya. Dia mencari kembali isterinya. Mampukah Syafiha memberikan peluang kedua itu kepada Khairul? Mampukah mereka kembali bahagia? Atau sebaliknya?
Siapa Aku Untukmu? by KmeliaUma
KmeliaUma
  • WpView
    Reads 28
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 1
Setelah masing masing mendapat keputusan SPM Nana ,Mira dan Farah telah berpisah kerana tempat pelajaran yang berbeza.Selama 8 tahun tidak bersua, mereka tidak tahu hal sahabat mereka.Menghabiskan 8 tahun di luar negara untuk menuntut ilmu,Nana tertanya di manakah sahabatnya yang setia bersamanya selama ini?Terjumpa dengan Farah di tempat kerja barunya membuatkan nya gembira tetapi mereka berasa tidak lengkap.Mereka berancang untuk mencari sahabat mereka itu .Apakah yang akan berlaku?Dapatkah mereka mencari Mira?
Egokah Lelaki Itu | ✔ by CikNovello_
CikNovello_
  • WpView
    Reads 278,952
  • WpVote
    Votes 10,606
  • WpPart
    Parts 44
#Novel Of The Year Besties Awards 2018 #Romance Novaestar Awards 2017 #Shortlist The Wattys Awards 2018 #Nominate In The Wattys Awards 2019 #Participate In The Wattys Awards 2020 Setiap jam, setiap minit dan setiap saat pasti akan terpandang wajahnya. Nak cakap ada tahi lalat? Habuk di muka pun susah jumpa apatah lagi tahi lalat. Tahi lalat lutsinar? Tak Mungkin dan mustahil. Kerja berasingan pun dah tengok sampai tak terlepas pandang. Apa nak kata? Boleh tak, kalau awak tak kacak sehari? Otak saya dah full memory dah sebab penuh dengan wajah awak. Belum termasuk nama awak lagi. Jem otak awak tahu tak? -Raisya Aqira Kau boleh pergi mampus dengan ayat jiwang kau tu. Naik loya aku dengar. And kau boleh pergi daripada hidup aku buat selamanya. Aku tak heranlah. Petik jari, 10 yang datang. -Syed Affan Fawwaz Nak tak nak, terpaksalah aku stalk instagram dia. Mahu taknya, dia dah block FB! -Raisya Aqira Perempuan macam kau ni tak layak hadir dalam hidup aku! Dasar perempuan tak sedar diri! -Syed Affan Fawwaz Sedang melawan masalah, timbul lagi masalah yang tiada punca merumitkan keadaan Syed Affan Fawwaz. Giliran Raisya Aqira tersenyum girang dalam kehairanan. Ini sungguh pelik. Apakah masalah tersebut? Nak tahu? Kenalah baca! Start: 05 Sept 2017 [12:40 a.m] End :05 Dec 2018 [12:00 a.m] Cover by @nshrien
+13 more
Roommate 2 - COMPLETED by AremieroulAkim
AremieroulAkim
  • WpView
    Reads 132,067
  • WpVote
    Votes 8,107
  • WpPart
    Parts 33
Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Namun adakah dengan pemergian Alif merupakan satu pengakhiran kepada kisah persahabatan ini? Atau masih adakah rahsia yang masih disembunyikan oleh Syafiq atau arwah Alif itu sendiri? Segala persoalan yang tidak terjawab, malah segala tanda tanya yang tiada akhirnya di dalam Roommate 1 kini akan terungkai. Segalanya di dalam Roommate 2: Pengakhiran Sebuah Cerita. Terima kasih kepada semua yang sudi baca cerita ni. Jangan lupa komen feedback atau idea ye. Jangan lupa jugak untuk vote dan share cerita ni dengan yang lain. Semoga bermanfaat, InsyaAllah (:
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,190
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!