siti_muslihah's Reading List
2 stories
Let Me Protect You by iamizzahizz
iamizzahizz
  • WpView
    Reads 182,571
  • WpVote
    Votes 9,224
  • WpPart
    Parts 24
Apabila sudah jodoh pasti akan bertemu jua. Tidak kira waktu, tempat dan cara berjumpa dengannya. Jodoh tidak pernah tersalah alamat kerana sudah ditetapkan di Luh Mahfuz. Begitulah kisah antara Adam Rayyan dan Inara Syifa. Pertemuan yang tidak diduga di pantai telah menyebabkan Adam terpaksa memperisterikan Inara Syifa semata-mata untuk menjaga keselamatan perempuan yang baru dikenalinya. Adam Rayyan seorang lelaki yang susah untuk menerima dan mencintai seorang perempuan. Baginya, perempuan hanya inginkan kemewahan yang dimilikinya dan semuanya bermata duitan. Kisah pahit yang dialami sebelum ini, telah menyebabkan dia menjaga Inara Syifa semampu yang mungkin. Kerana kecuaian dahulu, isterinya meninggal dunia dan dirinya diselubungi penyesalan yang tidak terhingga. Inara Syifa pula seorang perempuan yang lembut, naif dan mendengar kata. Tidak pernah melawan kata ibu bapa dan juga suaminya. Dirinya terasa selamat setiap kali bersama Adam Rayyan. Semakin hari semakin bertambah rasa cinta terhadap suaminya menyebabkan dia berusaha untuk meraih cinta si suami. Dapatkah Adam Rayyan menerima Inara Syifa dalam hidupnya sebagai wanita teristimewa selepas kematian isterinya? Atau terus bersama Inara Syifa hanya kerana ingin melindunginya dari bahaya?
R U B I E N A by Mardelll
Mardelll
  • WpView
    Reads 5,255,218
  • WpVote
    Votes 119,927
  • WpPart
    Parts 43
[DITERBITKAN] Rubiena Haiyan Menara merpati berpagar dan tinggi, aku mendengar ada yang menyeru namaku Merpati di atas dunia, bolehkah kau memberitahu kehidupan apa yang aku hadapi? Aku terluka dengan luka kehidupan Terluka sehingga matahari turut menangis bersama Tangan perpisahan bertahun lamanya menghulurkan padaku Terlihat sayap lebar bersama butiran udara Sekiranya perkara itu membawa diriku ke syurga cinta Iringilah aku walau hanya sebentar... Zach Stanislav Salji datang dan pergi, masih aku menunggu kau Tidakkah kau mahu kembali? Aku seru nama kau dalam hujan dengan harapan kau dapat mendengar Bertahun lamanya, baru aku sedar bahawa nama yang di seru bukanlah milik kau Dari perpecahan lembah, udara menerawang ke arah wajahku Oh angin, demi cinta Bawa dia pulang kepadaku semula... RubiZach Ada apa dengan kita? Ada apa dengan kita? Oh sayang, ada apa dengan kita? Kita dulu tinggal bersama Dan sekarang kita sudah berpisah, ada apa dengan kita? Masihkah kita ingat tentang ekspedisi mendaki dan menjelajahi salah satu puncak gunung Himalaya yang telah menemukan kita berdua? Yang membuatkan bait cinta terbit di dalam hati yang keras bak salju gunung Himalaya tanpa kita sedari? Ada apa dengan kita, sebenarnya sayang? Dan matahari masih menangis membawa diri pergi menjauh dari kehidupan mereka, kerna tidak sanggup melihat perpisahan filantropi suci tersebut. "Do you know who the little girl who lives down the lane?" "Rubiena Haiyan." 🍁🍁🍁