💓 Romance 💓
35 stories
AISARA: KETIKA WAKTU BERBICARA (E-BOOK)  by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 24,987
  • WpVote
    Votes 975
  • WpPart
    Parts 17
"Bukan dia dah mati ke?" - Nur Inara Di saat Inara masih dalam proses menyembuhkan hatinya dengan pemergian Aisar Mumtaz, takdir berkata lain tatkala pemuda itu tiba-tiba muncul. Sesuatu yang paling mengejutkan tatkala Aisar muncul di hari pernikahannya dan Zulfan! Malahan, sekelip mata saja status dua sahabat itu berubah menjadi pasangan suami isteri. Zulfan undur diri. Aisar pula mara ke hadapan. Membibitkan beribu persoalan di benak fikiran Inara. Manakan tidak, semuanya berlaku dalam masa yang begitu singkat! Mahu membuat keputusan saja Inara kesuntukan waktu. Namun, itulah realitinya. "Kenapalah aku boleh terkahwin..."- Nur Inara "Mudah! Sebab... kita berdua saling mencintai. Bila dua hati saling bersatu, maka ikatan cinta pun boleh terbina."- Aisar Mumtaz Itu jawapan Aisar setiap kali Inara mempersoalkan takdir buat mereka. Bila Inara menidakkan perasaannya, Aisar pula menyedarkan. Maka, bermulalah kehidupan baharu di antara AISARA. Bukan lagi hubungan persahabatan melainkan ikatan suami isteri. Hari demi hari, Inara belajar menerima takdir yang tertulis buatnya. Hingga akhirnya, baik Aisar mahupun Inara, keduanya bahagia tatkala melayari bahtera perkahwinan. Namun, siapa sangka di sebalik kematian palsu Aisar, ada sesuatu yang disembunyikan oleh pemuda itu. Bukan mudah untuk Aisar menjelaskan hal yang sebenar kepada Inara. Ada nyawa yang menjadi cagaran di sebalik kematian palsunya! Bahkan, menjadi pengawal peribadi Datuk Sri Lee seakan-akan menjadi 'sumpahan' buat Aisar. "Pilihan ada di tangan kau. Sama ada bersekutu dengan aku atau kau akan terima jenazah isteri kau depan pintu rumah." Tatkala musuh menjadi perantaraan di antara AISARA, Aisar turut mengeluarkan taringnya. Sudah masanya dia kembali beraksi demi melindungi pengarang jantungnya! Akankah kisah AISARA berakhir dengan sebuah kebahagiaan yang didambakan oleh dua insan yang saling mencintai?
CINTA SANG LAKSAMANA by AnnSelasih
AnnSelasih
  • WpView
    Reads 68,944
  • WpVote
    Votes 1,879
  • WpPart
    Parts 17
Cinta itu telah pergi. Lalu ia datang kembali. Dalam suratan takdir yang aneh. Cinta itu tak pernah ada Ia hadir tanpa undangan Dalam suratan takdir nan indah Adakah takdir yang indah ini akan berkekalan di dalam suratan takdir yang aneh ini? Sungguh! Mereka tak pernah berhenti mengharap.
Lockdown Moment (TERBIT) by ayeshahamani_19
ayeshahamani_19
  • WpView
    Reads 192,381
  • WpVote
    Votes 2,094
  • WpPart
    Parts 23
KAPTEN LUTH ASYRAF | HAIRA SOFIA Terbitan : Fajar Pakeer Semesta memberi isyarat setiap orang yang kita temui dalam hidup, pasti hadir membawa perasaan atau pergi menyerah dek kenyataan. Seakan-akan segala kebetulan yang terjadi bagaikan mimpi. Siapa sangka, pertemuan seorang jururawat bernama Haira Sofia bersama seorang kapten tentera bernama Luth Asyraf membuka satu riwayat baharu dalam hidupnya. Namun, disebabkan kisah silam Luth Asyraf, Haira Sofia juga turut menjadi sasaran kepada pihak yang ingin membalas dendam. "Cantik perempuan tu. Sama macam dulu. Bukan dia dah mati ke, hurm?" - HAIDER Menerima ketentuan, tidak mudah bagi Haira Sofia. Siapa sahaja yang sanggup menelan hakikat yang perit itu? Mengapa dia juga turut terpalit dengan misteri hidup lelaki bernama Luth Asyraf? "Tell me, kenapa mereka kenal saya? Juga kata saya dah lama mati." - HAIRA SOFIA "Aku. Tak. Nak. Kau. Tahu." - LUTH ASYRAF Bibit rindu mula berputik menyatukan dua insan yang berbeza latar belakang. Tetapi, disebabkan tugas dan amanah, mereka terpisah. Memenuhi tanggungjawab kepada tanah air. Menjadi petugas barisan hadapan untuk menyelamatkan nyawa. Sebegitu mahalkah harga kebahagian perlu dibayar sehingga perlu mengorbankan jiwa dan raga? Luth Asyraf... Haira Sofia, mereka insan terpilih yang dipaksa masuk ke dalam permainan jiwa yang bermandi luka. Ada lara yang merusuh, ada darah yang menjadi saksi pertaruhan. Sanggupkah Haira Sofia bangkit setelah ditikam dengan sandiwara dan mengejar kembali nadi cintanya? Persoalannya, kepada siapa kemenangan itu berpihak? Kepada pihak seteru atau mereka berdua? Jika momen terkunci itu mengajar 1001 erti kehidupan, izinkan secebis bahagia terselit bersama untuk melenyapkan air mata yang jatuh tanpa bicara.
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,520,391
  • WpVote
    Votes 140,120
  • WpPart
    Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
Mrs. Aidan: My Little Bride by thefatiha__
thefatiha__
  • WpView
    Reads 6,153,979
  • WpVote
    Votes 140,579
  • WpPart
    Parts 27
(COMPLETED) AIDAN HARIZ "Janji adik akan tunggu abang?" NUR TASNIM "Adik janji" 🌼🌼🌼 Dua insan, Satu janji. Dan disini, kisah Tasnim bermula. "Bila abang panggil, menyahut! Bila abang cakap pandang mata abang!" Aidan menguatkan cengkamannya pada lengan Tasnim. Berkerut muka Tasnim menahan sakit. "Sekarang pandang mata abang. Tell me why are you doing this?" Mata Tasnim berkaca. Bibir diketap menahan sebak. "I love you abang..."Tasnim menunduk. Cincin di jari manis Aidan direnung. "But you are not mine." Tangisan pecah. Aidan terkedu. Silapnyakah? 🌼🌼🌼 A promise meant to be broken. Apabila janji tersebut dimungkiri, siapakah yang harus dipersalahkan? "Something told me i'm gonna love you forever"
Doaku Untukmu Sayang by mrssakeena
mrssakeena
  • WpView
    Reads 17,775
  • WpVote
    Votes 5,511
  • WpPart
    Parts 57
~ Your happiness is my happiness, Bunga.~ Cinta, Naz Hans percayakan cinta. Namun dia tahu, mencintai juga tidak semestinya harus memiliki. Bagi dia, biarlah dia memendam rasa kasih, sayang, cinta terhadap gadis yang dicintai daripada gadis itu terus-menerus sakit kerananya. Dia tidak layak untuk mencapai kebahagiaan bersama Qaireen kerana Hans tahu, satu hari nanti pasti dia terpaksa meninggalkan gadis itu bersama insan yang lebih menyayanginya nanti. " Aku sayangkan kau dunia akhirat, Bunga." - Naz Hans. " Sayang? Ini yang kau panggil sayang? I'm hurt so much, Hans." - Puteri Qaireen Nisrina. Puteri Qaireen Nisrina mencintai Hans, namun dia tidak berani ingin meluahkan kerana dia tahu, lelaki itu tidak menganggap dia lebih daripada seorang kawan baik sejak dari kecil lagi. Mana mungkin Hans mencintai dirinya seperti mana dia mencintai lelaki itu. Pertemuan dia bersama Tengku Qarizh Arsyad menimbulkan perasaan yang tidak enak dalam hatinya. " Yahh!!! Buta ke apa? Habis kotor baju aku lah, gila!" - Puteri Qaireen Nisrina. " Oops, sorry mak cik. Tapi aku rasa ini bukan salah aku, kan? Dah kau tu yang buta tak nampak!" -Tengku Qarizh Arsyad. Pertemuan demi pertemuan, akhirnya menjerat perasaan di hati masing-masing. Qaireen buntu. Siapakah yang layak bersamanya? " Tuhan, aku sayangkan dia. Tapi jika inilah takdir aku dan dia, aku redha. Biarlah dia bahagia bersama orang yang selayaknya dengan dia." - Naz Hans. " Aku cintakan dia. Tetapi dalam masa yang sama, hati dan perasaan aku mulai berubah dengan mencintai orang yang mencintai aku. Adakah aku patut berhenti mencintai orang yang tak mencintai aku?" - Qaireen Nisrina. " Kalau itu lah yang engkau pilih, kebahagiaan yang kau cari, aku sanggup berundur demi kebahagiaan orang yang aku cintai." - Qarizh Arsyad. Apakah masalah besar yang Hans perlu hadapi? Siapakah pilihan terbaik buat Qaireen? Biarlah langit yang memutuskan~ cover by Dreamy_Sakura.❤️
MGIMH(COMPLETE)(dah Terbit Feb2021)/TUNGGU PITCH TV3  by aisyfifi
aisyfifi
  • WpView
    Reads 26,420
  • WpVote
    Votes 1,049
  • WpPart
    Parts 27
Telah diunpub 21-bab akhir utk cetakan. Hnya tggl 1- 20 bab je. HANIS AYUNI, dia seorang gadis yang polos dan anak yatim piatu yang berjaya melarikan diri dari sangkar neraka keluarga angkatnya. Dia diselamatkan oleh keluarga baru berhati mulia dari terus terperangkap di dalam dunia kesengsaraan Hanis iaitu keluarga Nina Azureen. Suatu hari, Nina Azureen yang bekerja sebagai penjaga peribadi nenek kepada usahawan terkenal meminta Hanis menggantikan tempatnya sementara kerana ayah Nina yang tiba-tiba jatuh sakit. Zafril Ashraff, dia seorang pewaris tunggal legasi syarikat Jebat corporation yang tegas. Dia juga mengalami Ophidiophobia iaitu fobia pada haiwan dan gynophobia iaitu fobia pada wanita. Namun adakah fobianya terlentur tatkala bertemu dengan seorang gadis yang telah menghantui hidupnya saban hari di rumahnya sendiri. Sudahlah dia runsing neneknya asyik mendesak dia untuk berkahwin dengan alasan untuk menghapuskan fobianya terhadap kaum hawa. Adakah pertemuan tanpa diduga itu adalah sebuah perjodohan yang tak dijangka yang datangnya dari Allah? Apakah keputusan Hanis apabila nenek meminta pertolongannya untuk pulihkan fobia Zafril dengan sebuah perkahwinan? Sedangkan dihatinya hanya terukir indah sepenggal nama iaitu Nazrin. Siapakah? "Abang doakan Hanis bahagia."Nazrin Dan suatu ketika pula, Hanis didatangi oleh keluarga kandungnya yang selama ini dia menganggap dirinya anak yatim piatu dan tak pernah tahu asal-usul setelah dia sedar dari koma akibat kemalangan jalan raya bersama Zafril. Apakah puncanya? Semuanya ada kaitan dengan Nadia Izara. Siapa Nadia Izara? "Assalamualaikum, my hubby."-Hanis. "Wa'alai...wa'alai...hub...by?"-Zafril. Buk! Pengsan. Apa jadi?Jawapannya ada di dalam MR.GYNOPHOBIA IS MY HUBBY. #startwriting2Mei2020-11jul2020
SUPER MAMA  by nrlfarahinn
nrlfarahinn
  • WpView
    Reads 2,215,214
  • WpVote
    Votes 119,134
  • WpPart
    Parts 76
Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan . Pada pandangan orang kaya , tiga ribu tu apalah sangat . Tapi pada aku ..tiga ribu tu besar ya bapak bapak ibu ibu! Anak dia bukan satu , bukan dua tetapi tiga ! Perangai anak-anak encik duda, Isyraf Ayriel ternyata sukar dijangka. Seorang sepesies dingin macam baru keluar dari peti ais, seorang lagi kadang baik kadang hmm malaslah nak cakap. Dan seorang lagi nakal tapi tak nakal. Ah entahlah! " " Nanny, keciknya kereta ni! Tak macam kereta papa pun, kereta papa besar. Kereta papa gajah masuk pun boleh muat. Kereta kecik ni? Hmm, semut masuk belum tentu lepas. " " Kotex tu apa, Kak Liya? " " Atakk uka urokk ( kakak muka buruk ) ! " Bila dah jaga anak duda ni , lama-lama datanglah penyakit miang aku . Aku bukan miang dengan sesiapa pun . Miang dengan crush aku je , bapak budak tiga orang tu . Caturan Ilahi sangat indah. Siapa sangka status aku yang pada awalnya pengasuh kepada anak-anaknya, kini diangkat darjatnya menjadi isteri kepada Isyraf Ayriel. Ah bahagianya! Sayangnya bahagia aku cuma sekejap apabila munculnya sang antagonis tanpa diundang cuba meruntuhkan tiang arasy yang kami bina. Jika orang lain aku masih boleh terima, tetapi mengapa mesti Bella Eryana, bekas isteri Ayriel? Ayriel yang sekarang bukan lagi yang dulu. Yang sayangkan aku, yang cintakan aku. Dia berubah. Jauh berubah sehingga sanggup percayakan orang luar berbanding aku. Aku ni siapa pada dia? Isteri atau teman sebilik semata-mata? Saat diriku rapuh tidak mampu berdiri lagi, si kecil datang menyalurkan semangat. " Kenapa Ayad nak ikut mama? Mama tak kaya macam papa. Mama tak boleh beri mainan yang banyak macam papa. Mama tak ada duit, sayang. " " Ayad tak nak mainan. Ayad cuma nak selalu dekat dengan mama. I love you, mama.. " 90% MALAY 10% ENGLISH
She's Mine[C] by AishaaDina
AishaaDina
  • WpView
    Reads 93,740
  • WpVote
    Votes 6,582
  • WpPart
    Parts 41
بسم الله الرحمن الرهيم... Karya sulung @MissRose___ 🔅🔅🔅🔅🔅🔅 "Kau ni mental ke hah? Ada wayar yang putus eh kat otak kau?" - Zayn Khayrie "Aah, sebab tu lah awak kena bagitau nama awak dekat saya supaya wayar yang putus tu bersambung balik. Dan hati kita pun boleh bersatu...cia cia cia, " - Airis Qaireena "Kau bagitau sesiapa pasal rahsia aku.. siap kau! " - Zayn Khayrie "Apa ganjaran saya dapat kalau rahsiakan benda ni? " - Airis Qaireena Sekeras-keras kerak nasi pun boleh dilembutkan inikan pulak hati manusia. Zayn yang begitu bencikan perempuan akhirnya goyah dengan gelagat Airis Qaireena. "Don't ever you try to close to her... cause she's mine!" Saat hati sudah terpaut, ada yang datang menagih cinta dahulu.... Kala cinta ingin disatukan, terjadinya satu kemalangan yang merenggangkan hubungan Zayn dan Airis. Zayn terpaksa menagih cintanya kembali. "You and me are meant to be. For me you are still my old Airis..." Apa yang terjadi pada Airis? Dapatkah cinta mereka disatukan? Bagaimana caranya Zayn menagih cintanya kembali? Cover yg gojes tu by.... @nabellagrande ʕ•ﻌ•ʔ Start: 1/7/2020 End:27/12/2020 💞💞
(HIATUS) P U R P L E : 520 (我愛你) by theshapwriter
theshapwriter
  • WpView
    Reads 365
  • WpVote
    Votes 90
  • WpPart
    Parts 8
Ahyar Nur muncul ditengah kegusaran seorang lelaki yang bernama Ghibran Firdaus. Dalam sekelip mata hubungannya itu seperti ada sesuatu. Clicked! Tidak ada pertalian tetapi kasih dan sayang itu tercipta tanpa diduga. Melepaskan? Mungkin ianya amat sulit untuk dibicarakan. Edlyn Haidar, punyai nama yang hebat dan personalitinya juga sehebat namanya. Kekuatannya bila dia berbicara dan mempunyai kepribadian yang menarik serta mempunyai rahsia yang mendalam dan terpendam. Baginya, tiada apa yang boleh melumpuhkan kekuatannya jika dia terus memandang kehadapan walaupun dia jatuh tersungkur mencium bumi. Realiti kehidupan tidak seindah cerita rekaan, dan ini, kisah yang menyatukan. Santai dan jangan panik. Kisah ini mungkin tidak semanis madu tetapi ia cukup memberikan kemanisan dalam kepahitan. Yang kemungkinan kekal itu, mungkin juga tidak terlepas dari sementara. Ada apa dengan ungu? Satu warna yang memberikan segalanya, membentuk satu kekuatan dan energi yang berbeza. _ Genre: ROM-COM Tarikh terbit: 27.12.2020 Tarikh akhir: Tidak diketahui _ Most Impressive Rank #1 SMA