L O V E ♥
20 stories
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,014,380
  • WpVote
    Votes 295,592
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*
Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT] by AizackMesle
AizackMesle
  • WpView
    Reads 2,016,269
  • WpVote
    Votes 44,305
  • WpPart
    Parts 22
TENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenuhi. Tidak kira apa caranya. Halal atau haram, dia akan dapatkan. Selama 22 tahun bernafas, tidak pernah sedetik pun dia ingat kepada Tuhan. Episod 'gelap' masa yang lalu telah menghumban dia ke dunia kelam. Rahsia yang dia selalu pegang, dia telah 'kunci' rapat hanya untuk dirinya. "Saya cintakan awak!" -Dasha Arluna "Perempuan bodoh macam kau ni...sebut soal cinta? Pergi mampus kaulah!" -Dayren Leo DASHA ARLUNA, tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta. Tetapi saat melihat Leo, hatinya sudah terpaut buat pertama kali. Jatuh cinta itu tidak salah tetapi yang salah bila dia telah jatuh cinta kepada orang yang salah. Lelaki yang dia puja bukan milik dia. Tetapi milik Dahlia. Saat itu, Dasha sedar tiada peluang untuknya. Namun, saat dia cuba menjauh, Leo pula yang seakan tidak mahu 'melepaskannya' pergi. "Tak perlu pergi. Cuma sentiasa berada di samping aku." "Awak dah ada Dahlia!" "Tapi kau dah berjaya goda aku..." Kerana satu malam, Dasha tersungkur di tapak kaki Dayren. Lelaki itu cukup segala rancangan setannya. Membuatkan Dasha tunduk kepadanya. Itu salah satu tujuannya. Tapi tidak disangka-sangka kerana tindakannya yang mengikut hawa nafsu, Dasha semakin jauh daripadanya. Hilang tanpa jejak membawa benihnya yang sudah bercambah. 6 tahun. Jatuh bangun Dasha selama tempoh itu bersama penguat semangatnya. 6 Tahun di Istanbul mengajar Dasha erti cinta sebenar. Cinta kepada yang Maha Esa. Yang Satu. Tatkala pulang ke tanah air, Dasha sekali lagi jatuh tersungkur kerana ulah Dayren. Setan itu ternanti-nantikan 'kepulangannya'. Saat itu, dunia Dasha benar-benar kelam. "Saat aku mencari cinta DIA, Tuhan berikan kau kepada aku." -Bidadari tak bersayap. WARNING: Do not copy any part of this story COVER by AizackMesle
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1 by GirlCrush_Yaya
GirlCrush_Yaya
  • WpView
    Reads 1,247,250
  • WpVote
    Votes 65,419
  • WpPart
    Parts 53
━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku masih Sofia. Tetap Sofia!❞ - Afham Mikhail Ya, atas dasar itulah aku setuju untuk menerima lamaran bonda. Kerana aku tahu dia tidak akan menyentuhku. Maka, rahsia ini akan tersimpan kemas selama-lamanya. Tapi dimanakah silapnya sehingga semua ini terjadi? Namun, satu penemuan mengejutkan membongkar segalanya. Rahsia yang aku simpan kemas satu persatu mula terungkai. Jawapan darinya harus aku tuntut! ❝Am, please admit it. I know, she's not your daughter. Not your biological child! I just wanna know where did you get her?!❞ -Nadiya Kasheqa ❝Wina selamanya anak aku dan Sofia. Sedar diri kau tu cuma ibu tiri dia. Kau tak ada hak nak cakap macam tu! My last warning. Aku haramkan kau sebut lagi benda ni terutamanya depan Wina. Otherwise, kau takkan jumpa dia lagi. Because you know it better, antara kau atau Wina, siapa yang akan aku pilih!❞ Pedihnya sebaris ayat itu terasa menusuk jauh ke dalam hati. Rahsia yang sudah lama terpekung di dalam dadaku kini mulai bangkit menghantui. Ibarat menjerut-jerut tangkai hati. Dan kerana rahsia ini, Wina yang harus menjadi mangsa. Maafkan mama, sayang! Maafkan saya, Am! Sesungguhnya sudah tiada cara lain. Demi Wina, aku rela menjadi galang-gantinya! Ini bukan kisah cinta tiga segi, Bukan juga kisah cinta lama muncul kembali, Jauh sekali kisah tengku-tengki, Ini kisah pembongkaran rahsia si ibu tiri, Senandung penyatuan dua hati ❝comin' back here to you once I figured it out, you were right here all along❞ PART 1: HER GREATEST SECRET (HGS) PART 2: HIS BIGGEST SORROW (HBS) PART 3: OUR DEEPEST LOVE Shortlisted for #Wattys2018 (15 Sept 2018) Mula: 28/07/2018 Tamat: 05/11/2018 Diedit: 07/05/2020 WARNING: COPYCAT WILL BE STRUCKED BY LIGHTNING
Beautiful Path ✔ by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 1,554,123
  • WpVote
    Votes 81,421
  • WpPart
    Parts 55
4th Romance by CikMardiah Cover by @_Aisywa NUREEN DAMIA. Dia ingatkan perkahwinan yang terbina atas dasar cinta itu akan kekal bahagia sampai bila-bila. Tapi salah. Takdir Tuhan siapa tahu, bukan ? Disaat dia sendiri berbadan dua, si suami curang. "Apa salah saya dekat awak, Ziyyad ? Apa dosa saya?" NUREEN DAMIA. "Memang tepat keputusan aku ceraikan kau. Memang betul apa yang mama cakap, kau bukan perempuan baik. Buktinya, lepas je aku ceraikan kau.. kau gugur. Nampak sangat kau sengaja gugurkan anak tu. Kenapa? Takut sangat nanti anak tak berbapa?" AHMAD ZIYYAD. Allah, sakitnya dituduh gugurkan anak sendiri. Sakitnya difitnah mentua sendiri. "It's okay to cry. You've been strong for too long." DR.FIRHAN REDZA. "Kalau ini jalan yang terbaik, yang Allah sudah tentukan.. aku terima. Aku redha," NUREEN DAMIA. Start Publish : 29/3/2018 End :
Datuk or Dato'? by atulaisy_ckk
atulaisy_ckk
  • WpView
    Reads 2,516,310
  • WpVote
    Votes 78,429
  • WpPart
    Parts 61
Siapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi pendamping hidupnya itu mempunyai pelbagai ragam dan karenah yang malas dilayannya. Manakan tidak, suka sangat bongkak dengan harta dan pangkat yang ada. Nasiblah ada dirinya, Xendra Aira mengawal dan mentarbiah lelaki itu. "Setakat jam yang dah habis bateri tu? Buang jelah." - Putera Rayqal "Boleh baiki kot, apa masalah awak?" - Xendra Aira "Baiki? Tolonglah. Harta aku terlampau banyak. Setakat beli lagi satu, ibarat tak sentuh lansung duit dalam akaun aku tu." - Putera Rayqal "Bongkak!" - Xendra Aira
Beautiful Lies  by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 11,624,575
  • WpVote
    Votes 479,810
  • WpPart
    Parts 84
Kisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia
RED GENES: MASA DAN JANJI {SELESAI} by Nur_Aila
Nur_Aila
  • WpView
    Reads 176,170
  • WpVote
    Votes 7,419
  • WpPart
    Parts 42
{Bio-tech thriller & action-romance} ***** "Berambus kau dari sini; jangan datang lagi! Aku takkan terima jejak kau di sini!" - ENCIK FARZLAN. Kerana detik suatu malam, kata keramat itu diludah kepadanya atas sebab yang dia sendiri tidak mengerti. Perit. Namun tetap jua ditelan. Pada malam gerimis, masa hadapannya hampir menjadi kelam sepenuhnya sebelum diselamatkan oleh sebuah keluarga yang dia sendiri tidak menjangka menyirnakan masa lalunya... Semuanya menjadi sempurna bagaikan mimpi. Sungguh dia memang bersyukur. Namun, aturan takdir itu lebih hebat. "Saya serahkan peluang kepada pengarah sekalian untuk berkenalan selengkapnya." - DENNIS EZRAY SCHENAIDER. "Saya Ain... Ain Nancy Humairah." - AIN NANCY HUMAIRAH. Lelaki itu... Tidak pernah terlintas langsung di fikiran Ain kalau dia akan bertemu semula dengan lelaki itu. Lalu, apabila takdir mengatur semula pertemuan di syarikat yang diuruskan oleh lelaki itu, tidak pernah Ain mengabaikan firasat dan deja vu yang berbisik di lubuk hatinya... Kerana 'mata alam' itu yang menjadi saksi pertemuan sebelas tahun dahulu... Ia membawa kepada kisah pengkhianatan, dendam dan tamak yang sudah berlarutan sebelum zaman kanak-kanak itu lagi... Dan ia memberi kesan kepada masa kini. "Dia menghidap selective amnesia... Jadi, saya tak boleh nak jangkakan apa yang akan berlaku bila pesakit sedar nanti." - DOKTOR SARAH. "Kami mahu kamu menikah." - PUAN SYAFIRAH. "Nikah? Kenapa tiba-tiba? Dengan siapa?" - AIN NANCY HUMAIRAH. Jujur, memang Ain buntu. Namun, apabila lelaki itu muncul di depannya... Entah mengapa dia terus bersetuju. "Kenapa abang pilih Ain?" - AIN NANCY HUMAIRAH. "Sebab kau satu dalam sejuta; my Sagittarius." - DENNIS EZRAY SCHENEIDER. Sememangnya apa motif semua ini? ***** ❌ PENAFIAN ❌ - INI ADALAH SINOPSIS BARU DAN HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA. - DILARANG PLAGIAT ATAU ANDA AKAN DIDAKWA KE PIHAK BERKENAAN DI DUNIA WATTPAD INI!
Cinta Untuk MrGarang by jnnh_yhya
jnnh_yhya
  • WpView
    Reads 7,345,899
  • WpVote
    Votes 348,407
  • WpPart
    Parts 77
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah baba kini diatur oleh Suaminya yang baru berusia 17 TAHUN. "Jangan nak menggatal sangat. Kau isteri aku"- Syafiq Hilman "Cuba senyum? Asyik nak marah je. Kan handsome kalau senyum." Nur Elleana Kenapa makngah sangat membenci Elleana? Perkahwinan diduga lagi dengan cinta mati Abang Afi terhadap Elleana yang sudah lama dipendam.
QUERENCIA by atulaisy_ckk
atulaisy_ckk
  • WpView
    Reads 1,082,274
  • WpVote
    Votes 52,153
  • WpPart
    Parts 95
Elisha Natasha atau senang dipanggil Eli seorang gadis yang penakut, clumsy, kelibut. Sebutlah serangga apa pun, muka dia dah mula berkerut. Ibarat kalau ada lipas di bilik dia, dia akan ajak abangnya pindah rumah detik itu juga. Dia dibesarkan hanya dari kasih seorang abang. Ibu bapanya sudah pergi menghadap Ilahi sejak umurnya tiga tahun. Abangnya, Erik Nazmi. Lelaki yang penyayang tapi tegas dan paling menarik sangat-sangat memanjakan adik dia. Pada umurnya 18 tahun, dia sudah ditugaskan menjaga bisnes milik arwah abinya. Mungkin sebabkan ilmu perniagaan itu sudah mengalir dalam dirinya, tugas itu tidaklah terlalu berat bagi dia. Suatu hari, di pagi yang indah. Dua beradik itu sedang menonton kartun Lava. Tiba-tiba, "Eli, abang nak kahwin." "What?!!!" Eli dah mencebik. Air matanya mengalir. "Abang nak kahwin." "Kalau abang kahwin, Eli macam mana?" "Macam ni lah." "Abang, Eli serius ni." "Abang pun serius nak kahwin." "Abang dah tak sayang Eli." Erik dah garu kepala dia yang tidak gatal. "Siapa cakap?" "Hari tu kawan Eli beritahu abang dia kahwin. Lepas tu kan, abang dia dah tak sayang dia. Asyik berkepit dengan bini dia je. Tak ada masa untuk dia. Nanti abang Erik pun macam tu." Tangisan Eli semakin kuat. 'Aku dah cakap banyak kali dengan budak ni, kawan dengan kawan yang sebaya. Ni tak, kawan dengan budak bawah umur. Bila lah adik aku ni nak matang. Eli, Eli.' Desis hati Erik. "Abang, termenung apa? Hah, mesti ingatkan bakal isteri lah tu." Eli menampar bahu abangnya. Pap! Kaki dia melangkah masuk ke bilik, sambil mendendangkan lagu. "Apalah nasibku ini... Abang nak kahwin.... Tinggallah aku sendiri..." Bam! Pintu bilik Eli dihempas kuat sengaja tunjuk protes. Erik di luar terlompat sebab terkejut. Lemah semangat. JEMPUT BACA UNTUK TAHU LEBIH LANJUT CERITA INI. ANDA DILARANG SAMA SEKALI UNTUK MENGKOPI PASTA KARYA INI. HAKMILIK KEKAL ATUL AISY @ CKK.
Kontrak Cinta Kita © by nurulshazliyana
nurulshazliyana
  • WpView
    Reads 1,564,413
  • WpVote
    Votes 37,173
  • WpPart
    Parts 41
Darwinsyah Filza & Tengku Iqram Zikri. Terpaksa bernikah atas untuk menutup malu adik kembarnya, Tengku Iqram Fikri yang lari semasa hari pernikahannya. Walaupun tidak disukai oleh Filza, namun perlu diterima juga. Zikri percaya bahawa cinta yang kedua tidak seteruk pertama, jadi dia membuka peluang untuk filza merebut hatinya kembali melalui ' kontrak cinta ' Berjayakah filza merebut hati suaminya itu ? Apakah makna kontrak cinta itu ? Rank : #34 in Romance by 26 Nov 2017