Fav ♥️
19 stories
Untuk Sekali lagi ©️ by ashafarmin
ashafarmin
  • WpView
    Reads 1,572,202
  • WpVote
    Votes 58,586
  • WpPart
    Parts 51
Dia sentiasa mengejar cinta lelaki itu. Baginya lelaki itu adalah anugerah cinta yang sangat berharga untuknya. Tapi sampai bila? Hati lelaki itu terlampau beku. Seribu kali dia cuba meraih..seribu kali cara lelaki itu menolaknya. " It was a lied when you told me that you love me." - Sufi Irdina Puas dia menolak. Tapi wanita itu masih terus cuba untuk meraih cintanya. Akhirnya dia akur. Dalam hatinya sudah terselit nama itu sejak dahulu lagi cuma dia ego! Terusan berdalih sehingga melukakan hati orang yang dia cintai. " Jangan pernah berhenti berharap. Please, comeback! I want you back!" - Thakif Zulkarnain
Ayra Sophia by syyisnn
syyisnn
  • WpView
    Reads 238,276
  • WpVote
    Votes 4,387
  • WpPart
    Parts 42
AYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran orang ketiga makin menggoyahkan rumahtangga mereka. Perubahan Mikha yang mendadak itu mengejutkan Ayra Sophia yang semakin hanyut dalam cinta yang dibina oleh mereka. Ayra semakin jatuh cinta sehinggakan segala kesalahan Mikha dinafikan walaupun dirinya perit melihat si suami berlaku curang di hadapan matanya. Kejutan demi kejutan yang Ayra terpaksa terima termasuk pernikahan kali kedua buat suaminya bersama perempuan lain yang diberi nama Ellyda Zahra. Diberi pelbagai dugaan namun Ayra masih gagah menyelamatkan rumahtangganya yang sudah berantakkan akibat orang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya. Ayra terpaksa menelan segala kepahitan itu dan melangkah maju demi merebut haknya yang sudah dirampas. Dia yakin, cinta tulusnya membawa hasil yang cukup baik walaupun dirinya dimadukan tanpa kerelaan hati. Krisis apa lagi yang bakal ditanggung gadis itu? Mana kasih sayang Danish Mikhail terhadap isterinya yang tulus mencintai dirinya? Mungkinkah kesudahan kisah cinta Ayra hanya berhenti di sini? Apakah kesudahan kisah Ellyda Zahra dan Danish Mikhail? Baca dan hayati rentaian kisah Ayra Sophia yang sentiasa jiwa dan hatinya diseksa hebat. Ikuti kisah ini sehingga penamatnya. Harap masing sama-sama memberi respons yang positif dan sentiasa menyokong karya 'syyisnn'. Start : 29.11.2017 End : 13.04.2020
Suri Hatiku, Cik Fangirl (C) by chocolattedoo
chocolattedoo
  • WpView
    Reads 442,405
  • WpVote
    Votes 24,461
  • WpPart
    Parts 89
Adam Haikal, lelaki berusia 26 tahun terpaksa berkahwin dengan seorang gadis berusia 20 tahun yang terlalu meminati Kpop. Tujuan ibubapa Adam meminta Adam mengahwini Tasneem Humaira adalah kerana permintaan ibubapa Tasneem. Mereka tahu Adam mampu mengubah sikap Tasneem memandangkan Adam seorang jejaka yang sangat tegas,matang dan bertanggungjawab. Adam akur dengan kehendak orang tuanya. Namun, mampukah Adam bertahan dengan sikap kebudak-budakkan Tasneem yang asyik meminta album dan Kpop stuff? "oppa! belikan album BTS untuk saya, please?" -Tasneem "album ni diperbuat daripada apa? emas? apahal mahal sangat? Tak payah! Stream je guna wifi abang!" -Adam "ala! Oppa .. jebal!" -Tasneem Ikuti kisah suka duka Adam Haikal dan Tasneem Humaira.
Rayden Rose by medinarose
medinarose
  • WpView
    Reads 3,167,419
  • WpVote
    Votes 90,431
  • WpPart
    Parts 22
"Rose..." Tangan sasa Rayden mula naik merangkul pinggangku erat. Pandangan matanya tajam. Aku cuba memberanikan diri membalas renungannya itu. Mata biru kehijauan milik Rayden kupandang dalam. Jantungku sudah mula berdetak laju. Aku terus memandang wajah tampan Rayden dengan hati yang berdebar. Rambutnya sedikit kusut dan jatuh berjuntai ke dahi. Aku tahu aku sepatutnya menjauhkan diri daripada Rayden tapi dia seolah-olah mempunyai tarikan magnet kepadaku. Tarikan yang sentiasa menarikku dekat bersamanya. Yang membuatkan aku tidak dapat mengelakkan diri daripadanya. Rayden seperti seorang bad boy. Dia merokok. Dia bertatu. He's tall. He's dark. He's trouble. Dia bukan seperti lelaki lain. He's different; wild dangerous and mysterious. ××× ❝Bad boys ain't no good, but good boys ain't no fun❞ Δ mēdînärøśē Δ ⚠ WARNING: This book will have strong language
Dahlia Mikail by yurafwr
yurafwr
  • WpView
    Reads 13,277,845
  • WpVote
    Votes 562,190
  • WpPart
    Parts 76
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak akan setuju jugak akhirnya untuk kahwin dengan saya," ujar Tengku Farhan. "Macam mana awak tahu?" Orked menyoal. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Kaki Tengku Farhan mula melangkah merapati Orked. Bibirnya mengukir senyuman. "Sebab Mr Tengku hanya untuk Miss Flower." "Excuse me, Encik Tengku Farhan Mikail. Boleh ulang semula ayat gatal awak tu?" Orked buat muka jelek. Tengku Farhan ketawa. Suara tawanya memenuhi bilik itu. "Saya cuma cakap benda betul. So Cik Orked Dahlia, nampaknya mulai sekarang awak kena bersiap sedia untuk pegang title.." matanya memandang tepat ke anak mata Orked. "..Mrs Mikail." -- "Bunga Orkid mungkin akan layu satu hari nanti, tapi cinta saya pada Orked Dahlia akan mekar selamanya," - Tengku Farhan Mikail -- **This is the first time I wrote a story so cut me some slack. Permulaan cerita sedikit childish dan gaya penulisan agak weak but I promise it gets better afterwards please keep on reading you wont regret it, insyaallah** ©yurafwr, 2016 2017
Kerana Adam Iskandar by jojobentelis
jojobentelis
  • WpView
    Reads 2,747,599
  • WpVote
    Votes 89,767
  • WpPart
    Parts 83
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah. ----- Alya pengawas yang ayu. tapi Inside out dia sangatlah lain. Inside dia seperti kucing yang berang apabila ditarik ekornya. ( peribahasa sendiri) akibat itu, Alya dibenci semua pelajar yang pernah terkantoi beberapa kali oleh cikgu semuanya disebabkan Alya. Carta list murid yang benci Alya termasuklah Athirah , kekasih Hariz. ---- Akhirnya dendam Athirah berbalas apabila Alya terjerat dalam perangkapnya. Tetapi jerat itu juga telah memakan dirinya apabila Hariz terbabit.
The Mama [Special]✅ by merlinakhan
merlinakhan
  • WpView
    Reads 335,924
  • WpVote
    Votes 13,130
  • WpPart
    Parts 13
A really short sequel khas untuk semua pembaca The Mama ! Dalam The Mama Special akan diceritakan tentang kehidupan pasangan Adaya Imani dan Ilham Nazariel di usia 'tua' mereka. Para pembaca setia juga akan turut dibawa kenal dengan:- Aidan yang sudah meningkat dewasa menjadi seorang abang long yang disayangi adik-adiknya. Ayra, si kakak tunggal yang garang dan selalu di'nganjing' adik adik. Adrell si lelaki pantang nampak perempuan. Aiden si senget bercita-cita besar. Dan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka ! Written by: @merlinakhan Cover by: @bellofa
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,450,851
  • WpVote
    Votes 90,932
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.
Tanya Sama Hati ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 1,316,091
  • WpVote
    Votes 58,514
  • WpPart
    Parts 59
Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kalau hendak terus jatuh cinta pandang pertama. Memang taklah! Juwita dan Haris ibarat magnet yang berlainan kutub. Sejauh mana Juwita cuba mengelak, selagi itulah Haris makin mendekat. Bagi Haris pula, gadis seunik Juwita perlu didekati. Haris tahu ada sesuatu yang istimewa disebalik seorang Cikgu Juwita. Sesuatu yang istimewa dan tidak patut dilepaskan. Tetapi bagaimana pula jika persaingan untuk mendapatkan Juwita tidak mudah? Mampukah Haris bertahan dengan adanya Khal dan Yusuf yang masing-masing mahu mendapatkan Juwita juga? Ibarat sebuah trofi terulung, siapakah yang bakal memenanginya nanti?