@K
3 stories
BUNUH ✔ by typo_warrior
typo_warrior
  • WpView
    Reads 3,533
  • WpVote
    Votes 625
  • WpPart
    Parts 28
[KEN SIRI 2] Mengisahkan misteri pembunuhan yang berlaku di dalam Rumah Agam Miss Belle. Ken dan Auf berganding bahu bersama untuk menyelesaikan kes tersebut walhal mereka sedang bercuti bersama ahli keluarga. Telatah aneh dan nakal mereka bukan satu alasan untuk menyelesaikan teka- teki pembunuh. "Cepat Auf! Kita tak boleh buang masa!" -Ken "Aku tau lah!" -Auf "Wah wah wah.. heh! masa memburu!" Topeng tiga suku dipakai Ril sambil bersedia untuk melompat dari menara rumah agam setinggi 10 tingkat. "Tuan muda!! Tunggu!!!!" - Amil. "Mak... mak... ampunkan Akid... ampunkan Akid mak....." -Akid Luqman. "Ken... tolonglah selamat....." -Bella Hidup ini bagaikan merpati terbang di awan biru dan Aku lah si merpati. Credit cover: akira_hiroshi Top Achievement: No 14 in Mystery/Thriller
PENCURI MALAM ✔ by typo_warrior
typo_warrior
  • WpView
    Reads 2,908
  • WpVote
    Votes 506
  • WpPart
    Parts 16
[KEN SIRI 1] "Aku Ril.. Aku tak suka diganggu. Kacau aku? Hehehe... kita tengok kau boleh buka mata tak esok pagi?" "Malam...aku suka malam... " "Wah.... nak kacau aku? Heh.." Pisau belati miliknya diputar-putarkan. Senyuman sinis diberi. Adakah benar jika anda ternampak lelaki memakai topi yang menutupi 3/4 mukanya, anda... berada...dalam.. BAHAYA... Karya ini ditulis agar kita sentiasa beringat. Bahaya tidak boleh diduga. Yang baik dijadikan teladan..yang buruk jangan diikut. [Rekaan semata-mata]
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,227
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!