farahnotfara
- Reads 2,032
- Votes 397
- Parts 11
Kelahiran Nura Medina menyatukan dua hati yang pernah patah.
Yasmine - wanita yang menjadi mangsa kerakusan manusia. Luka yang ditinggalkan terlalu dalam, namun hadirnya Emirhan bagai cahaya yang menerangi hidupnya semula.
Perkahwinan mereka termeterai bukan kerana cinta, tetapi demi menjaga maruah dan mengelakkan fitnah. Dan dalam tempoh singkat itu, mereka belajar tentang makna kasih yang sebenar.
Namun takdir seolah tidak menyebelahi. Pemergian Yasmine selepas melahirkan bayi kecil itu membuatkan Emirhan terduduk.
Tapi kasihnya pada Nura Medina yang ditinggalkan tidak pernah surut.
Nura Medina, cahaya yang dia genggam walau dunia meragut segalanya.
"Han tahu kan, Han tak ada pertalian darah dengan Nura Medina?" - Puan Baizura
"Kau kena cari ibu susuan untuk anak kau, Han. Biar dia jadi mahram kau. Tapi cepat... sebelum dia cecah dua tahun."
"Mana aku nak cari isteri dalam masa terdekat ni?" - Emirhan
Dan di saat itulah, takdir menemukan dia dengan Laili - seorang wanita yang juga pernah kehilangan cahaya dalam hidupnya.