We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
1
170 stories
ZEYÄAD by nainr4writes
nainr4writes
  • WpView
    Reads 88,379
  • WpVote
    Votes 3,629
  • WpPart
    Parts 62
🦋 AHMAD QALEEF ZEYAAD | ANNAYLA ARDEA . ✿✿✿ ⚠️ plagiarism is prohibited.
+12 more
𝐇𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐑𝐒𝐇𝐌𝐀𝐋𝐋𝐎𝐖 by whosliyaaa_
whosliyaaa_
  • WpView
    Reads 5,343
  • WpVote
    Votes 145
  • WpPart
    Parts 43
Dr. Seth Zayyan Ezra Azraq, doktor bedah terkenal dengan kepakaran yang luar biasa, dikenal ramai kerana tatapan dingin dan layanan yang menakutkan. Tidak seorang pun pernah melihat Ezra tersenyum, dan cinta seolah-olah bukan untuknya. Dia hidup dalam dunia kerja yang sibuk, menolak sebarang usaha keluarga untuk memperkenalkannya kepada wanita. "Ez boleh uruskan diri Ez, ma. Tak perlu isteri pun," itulah kata-katanya yang sering diberikan apabila mamanya menyuruh dirinya mendirikan rumah tangga. Hanna Inara, adalah lambang kehalusan dan ketenangan. Kehidupannya penuh kehilangan ibu meninggal ketika melahirkannya, ayah pula maut akibat kemalangan sewaktu dirinya berumur sembilan tahun. Tinggal bersama neneknya di kampung, Inara dibesarkan dengan kasih sayang sederhana tetapi penuh cabaran. Matangnya Inara tidak disertai kemewahan; penampilan selekeh menutupi jiwa yang penuh empati dan tabah. Pertemuan mereka terjadi ketika nenek Inara jatuh sakit akibat kanser paru-paru tahap akhir. Dunia Inara gelap, tiada siapa mampu menyelamatkan nenek kesayangannya sehingga Dr. Ezra hadir. Dari ketakutan, dingin, dan kesedihan, Ezra dan Nara mula menyelami hati masing-masing. Ikatan mereka perlahan menjadi manis, lembut, dan tidak disangka-sangka, seperti marshmallow. Dalam perjuangan menyelamatkan insan yang mereka sayangi, mereka belajar bahawa cinta kadang hadir dari tempat yang paling tidak dijangka, membawa kehangatan kepada hati yang paling beku.
Aydeen's Untold Heart (Completed) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 440,126
  • WpVote
    Votes 30,501
  • WpPart
    Parts 51
NEXT GENERATION (HEART SERIES 1) Tengku Aydeen Iskandar x Raja Khayra START: 20/11/2025 END: 8/7/2026
[C] Cinta Terakhir by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 102,989
  • WpVote
    Votes 8,769
  • WpPart
    Parts 33
[SECOND BOOK] - PREKUEL HER ANGEL Genre: Family Drama + Healing Romance Qalish Amsyar x Zuheyr Iman + Zahra Imani 🤍 Pertemuan Qalish Amsyar dengan seorang budak lelaki bernama Zuheyr Iman di wad pediatrik berjaya mencuri sekeping hatinya. Kasihnya tumpah tanpa dia sedari. Jiwa kosongnya terisi dengan kehadiran budak itu. Pelbagai usaha dilakukan untuk menambat hati si kecil comel itu. Di kala lelaki sebayanya sibuk mengejar perempuan untuk dijadikan isteri, dia pula sibuk mengejar adik orang. Bila hati terlampau sayang, dia tidak sanggup berjauhan. Dia mahukan budak itu sentiasa dengannya. Oleh itu, keputusan drastik dibuat. Demi si kecil comel itu, lamaran diberi kepada kakak sulungnya. "Kahwin dengan saya. Saya nak jaga awak, Zahra." -Qalish Amsyar- Zahra Imani sebagai anak sulung, menggalas tanggungjawab untuk melindungi adiknya. Masa lalu mengajar Zahra untuk lebih berjaga-jaga apa lagi melibatkan adik bongsunya. Kehadiran Qalish sebagai watak baru dalam hidup mereka membuatkannya tidak senang. Apatah lagi bila si adik mula bergantung dengan 'orang luar' tersebut. Maka satu keputusan dibuat. Si kecil menjadi taruhan. Antara keluarga dan orang baru. Antara cinta dan kasih sayang. Yang manakah pemenangnya? Start: 4/1/2026 End: Highest Rank: #1 Wattpad Malaysia #1 Siblings #1 Healing #1 Love #1 Cute #1 Healing Romance #2 Malay #3 Trauma #3 Keluarga #4 Family #5 Sayang #9 Malay
Racing King by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 414,248
  • WpVote
    Votes 28,708
  • WpPart
    Parts 60
Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25
Setulus Jänji. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 404,135
  • WpVote
    Votes 16,336
  • WpPart
    Parts 62
Thareq Aiman Al-Haq | Camellia Airis. [Unedited] Thareq Aiman Al-Haq dan Camellia Airis. Kedua mereka punya kisah bersama. Tapi itu dulu, sebelum Thareq pilih untuk putuskan hubungan mereka dan berlalu pergi tanpa sebarang pamitan. "Mummy teringin nak tengok achik kahwin dengan Mel." Akur dengan permintaan si ibu. Thareq pilih untuk melamar Airis sebagai isteri. Namun, bukan cuma lamaran biasa. Lamaran itu bersulam janji. "Kita kahwin. Dan aku janji aku tak akan halang hubungan kau dengan Izz atau dengan siapa siapa saja yang kau nak. Aku tak akan tuntut apa apa hak sebagai seorang suami." - THAREQ. Mengenali Thareq, Airis tahu lelaki itu seorang yang berpegang pada janji. Dan akhirnya dia setuju dengan permintaan Thareq. Saban hari, perkahwinan yang pada mulanya cuma terbina kerana sebuah janji mula membuahkan rasa ganjil di relung hati Airis. "Kau ada hati pada Airis ke, Thareq? Maksud aku, cinta. Kau masih cintakan Airis?" - IZZ. Namun, semuanya tidak sebegitu mudah. Tambahan dengan hubungan keruh di antara Thareq dan Izz. Sejak dulu, hubungan itu penuh dendam dan benci! Dan Airis juga tidak mampu untuk menafi perasaan yang kain menggebu buat lelaki itu. Hakikatnya, dia sudah jatuh sayang pada Thareq. Tapi bagaimana dengan Thareq sendiri? "Mencintai tak seharusnya memiliki."
C| Raden's Queen by umyhaise
umyhaise
  • WpView
    Reads 2,210,913
  • WpVote
    Votes 65,742
  • WpPart
    Parts 52
[ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 2] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐝𝐞𝐧 𝐈𝐥𝐡𝐚𝐦 <> 𝐄𝐫𝐲𝐧𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚☽︎ Eryna Amanda, seorang gadis yang tidak diketahui dari mana asal usulnya. Namun, nasibya menjadi baik dengan adanya sebuah keluarga yang sudi mengambilnya sebagai 'anak angkat' sejak lahir. Dapat jua dia merasa mempunyai ibu bapa serta seorang kakak yang penyayang. Kewujudan Raden Ilham sebagai tunang kakaknya, Erina Khaisarah membuatkan dia gembira. Gembira kerana lelaki itu berjaya membahagiakan kakaknya. Lelaki itu juga sudah dianggap seperti abang kandungnya sendiri walaupun lelaki itu agak menakutkan baginya. Hari demi hari, kegembiraan dan kebahagiaan yang ada terasa bagai ditarik. Apatah lagi dengan kehadiran lelaki bernama Kasyah yang muncul secara tiba-tiba. Lelaki itu mula mengganggu hidupnya. Gangguan yang pada mulanya sedikit, semakin lama semakin menjadi-jadi bila Eryna Amanda kehilangan kedua ibu bapanya. Siapa sangka lelaki yang dianggap abang sendiri itu terpaksa diterima olehnya sebagai seorang suami? Hanya kerana satu sebab. Sebab yang memberi kesan terhadap diri Amanda hingga mati. Nasibnya sudah berubah sekarang, dia sudah tidak punya apa-apa. Yang ada hanyalah suami yang masih mengharapkan kakaknya. "Diam, Amanda. Kau dan aku. Kita ni sama je, entah dari mana, tiba-tiba muncul dalam hidup orang," -Kasyah "Jangan buat macam ni. Manda cuma ada kakak seorang je sekarang," -Eryna Amanda "Sudah, Amanda. Kau hanya seorang adik bagi aku dan tak lebih dari tu," -Raden Ilham Namun, walau apa pun lelaki itu tetap menjadi pelindung dan tempat dia bergantung. "𝐵𝑒 𝑚𝑦 𝑞𝑢𝑒𝑒𝑛 𝑡𝑖𝑙𝑙 𝑦𝑜𝑢𝑟 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑏𝑟𝑒𝑎𝑡ℎ" started: 31/12/22 ended:01/01/24 ⚠️content warning⚠️ - harsh words - abused content - umyhaise
LEFTENAN RAIF ERSHAAD (C) by Zqhsara
Zqhsara
  • WpView
    Reads 23,459
  • WpVote
    Votes 916
  • WpPart
    Parts 36
"Manda panggil abang sebab Manda hormat abang sebagai suami. Tapi kalau abang rasa hormat Manda tu satu gangguan... esok bawa Manda pergi mahkamah. Lepaskan Manda. "Bagi Leftenan (U) Raif Ershaad, Amanda Raisya hanyalah satu 'mandat' yang terpaksa dipikul demi memenuhi janji dua keluarga. Walaupun bergelar isteri, Amanda tetap dianggap orang asing yang mengganggu hubungannya dengan Natasha Yasmin. Amanda, pelajar perubatan tahun akhir yang sarat dengan beban tugas, memilih untuk terus bersabar. Namun, apabila ego mengatasi segala-galanya, kedinginan Raif akhirnya memecahkan benteng kesabaran Amanda. Satu pengkhianatan terbongkar, dan satu insiden berdarah di tangga fakulti mengubah segalanya. Saat 'Abang' tidak lagi meniti di bibir Amanda, Raif sedar-dia bukan sekadar mengabaikan amanah sang Jeneral, tetapi dia sedang kehilangan dunianya sendiri. Berjayakah Raif memintas semula hati yang sudah mendingin? Atau adakah 'intersepsi' kali ini sudah terlambat?
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,835,966
  • WpVote
    Votes 65,416
  • WpPart
    Parts 81
[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai? beautiful cover: @pplyoumayknow