-mahakarya malikha
3 stories
Her Lionhearted Guy [completed] by aylamalikha
Her Lionhearted Guy [completed]
aylamalikha
  • Reads 37,943
  • Votes 5,220
  • Parts 40
ADARA | ZATASYAH "He was destined to be mine." Amaran : Buku ini mengandungi idea fantasi yang merapu tahap gaban. Terlalu cringe dan kesalahan tatabahasa juga bersepah. Baca dan tanggung risikonya sendiri. ----- Ini kisah Sang Harimau, Sang Singa dan sebuah empayar. Dia, Sang Singa. Aku pula Harimau. Siapa kata Singa dan Harimau itu tak bisa bersatu? Buktinya, aku dan dia. Dia, Ubaid Zatasyah Al-Asad. Satu kebenaran tersingkap, menjadi penghalang kepada hati yang meronta mahukan pelengkapnya. Tetapi niat yang baik, pasti akan dimudahkan jalannya. Kami mula membina bahagia. Menyusuri titian yang sarat dengan rasa cinta. Tetapi cuma seketika. "Pengkhianat!" Dua hati yang baru mengenal erti bahagia dirobek begitu sahaja. Gara-gara dendam yang sarat di lubuk hati, kami yang tidak berdosa menjadi korban. "Percayakan saya." Puas mencari punca, akhirnya terbongkar jua gerangan yang menjadi dalang di sebalik semua. Orang yang paling tak disangka, menjadi musuh dalam selimut. Kerana cinta, manusia buta. Kerana takhta, manusia leka. Kerana harta, manusia rasa berkuasa. *** Start : 6/2/21 End : 2/4/21 © Ayla Malikha 2021
Her Imperfect Guy [completed] by aylamalikha
Her Imperfect Guy [completed]
aylamalikha
  • Reads 124,535
  • Votes 9,334
  • Parts 50
YARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspektif manusia, dia sempurna. Punya tampang yang memikat jiwa-jiwa yang memandang, punya pangkat dan kerjaya. Pakej lengkap idaman wanita seMalaya! Namun jauh di sudut jiwanya, dia seratus lapan puluh darjah daripada semua itu. Pertemuan Yara Alayna dengan lelaki itu hanya satu pertemuan klise. Lelaki itu bos, dia pula pekerja. Persis drama di kaca televisyen. Namun begitu, dalam klise itulah yang membuatkan Yara lebih mengenali seorang Hud. Hud yang pada hakikatnya tak pernah segagah yang disangka. Hud yang rapuh. Hud yang masih dibayangi masa silamnya. Kisah lampau yang cukup gelap dan mengerikan. "Saya bukan seperti apa yang mereka fikirkan, Yara. They don't even know who I am, so do you. You know nothing." - Hud Zarrar "In case awak terlupa, tak ada manusia yang sempurna atas dunia ni." - Yara Alayna Benar. Manusia itu sifatnya penuh kepincangan. Sama ada nyata atau tidak, itu semua aturan-Nya. Pada saat hakikat sebenar itu dibongkar, masih adakah ruang buat lelaki itu dalam hidup Yara? *** start : 15/8/21 end : 3/12/21 © Ayla Malikha 2021
Milik Mutlak Malikh [completed] by aylamalikha
Milik Mutlak Malikh [completed]
aylamalikha
  • Reads 8,360
  • Votes 938
  • Parts 24
TANIA | MALIKH "Selamanya, milik mutlak awak. Sampai syurga." TANIA NATASHA - Di usianya yang mencecah 30-an, dia masih tak nampak bayang-bayang bakal jodohnya. Jangan kata batang hidung, bulu hidung pun tak pernah kelihatan. Tapi sebenarnya, dia tak kisah pun. Biar orang sekeliling mendesak macam mana pun, dia tetap dengan pendiriannya. "Tak mati pun tak kahwin!" MALIKH AIDEN. Sebaris nama itu seakan berjaya mengubah seluruh presepsi dan pendiriannya tentang alam perkahwinan. Malikh yang manis, Malikh yang menyenangkan. Pendek kata, hati yang dah mula terasa getaran setiap kali berada berdekatan dengan jejaka itu! Tapi entah di mana silapnya, Malikh hilang tak berjejak. Meninggalkan Tania terkontang-kanting diburu perasaan yang tak pasti bersambut atau tidak. "Saya cuma lindungi apa yang saya sayang." Malikh kata, Malikh sayang. Tapi kenapa, Malikh pilih untuk hilang?