anothershaaa's Reading List
3 stories
HANYA INGIN KAU TAHU (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 622,076
  • WpVote
    Votes 916
  • WpPart
    Parts 10
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia. Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa. Haris dan Nisrina, Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal. Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu. Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya. Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina? Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka. "Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina "But you are my white rose.." - Haris Wafi
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,935,574
  • WpVote
    Votes 1,985
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | C by ssrhdee
ssrhdee
  • WpView
    Reads 687,687
  • WpVote
    Votes 23,756
  • WpPart
    Parts 39
ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚 "maaf sebab abang tak boleh balas perasaan ryssa" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 Daryssa meluahkan perasaannya kepada lelaki yang sangat dia cintai sejak kecil lagi walaupun pada ketika itu usianya hanyalah 15 tahun manakala lelaki itu berusia 18 tahun. "tapi, boleh ryssa tunggu abang sampai hari lahir ryssa yang ke 18?" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 perjanjian yang dilakukan hanyalah untuk lelaki itu mengelakkan diri daripada bertemu dengan Daryssa lagi. Selama tiga tahun Daryssa sabar menunggu Tengku Qays walaupun perasaan cintanya kepada lelaki itu kian memudar. Kematangannya menyedarkan dia untuk tidak terlalu berharap dengan sesuatu yang bukan milik kita dan kerana itulah dia berjaya untuk menerima kenyataan Tengku Qays mungkin bukan untuknya. Tetapi disebabkan janji yang telah dilakukan 3 tahun dahulu, dia terpaksa tunaikan walaupun sudah tiada lagi harapan dan peluang untuknya. "abang, harini ryssa dah genap 18 tahun, ryssa tunaikan permintaan abang" -𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚 "ryssa maafkan abang. Abang dah bertunang dengan pilihan hati abang" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 apakah kesudahan mereka? adakah takdir akan berpihak kepada mereka? #3-sadromance start: 2/3/2023 end: 8/4/2023