nureudheea
- Reads 1,075
- Votes 204
- Parts 18
Iman Syafeeyyah seorang gadis yang cantik, namun bersifat sedikit kasar. Dari kecil bersifat begitu namun tidak pernah menderhakai mama dan papanya yang tercinta itu.
Sepanjang di sekolah baharunya, dia tiada seorang pun kawan. Tiada seorang perempuan pun yang mahu berkawan atau mendekat dengannya kerana dia berpewatakan seperti ganster. Yang ada pula hanyalah lelaki yang mahu menggatal.
Suatu hari, setelah seminggu dia bersekolah di situ, ada seorang lelaki nerd datang ke sekolah tersebut pula. Rupa - rupanya itu seorang budak baru di sekolah tersebut. Sekelas pula dengan Iman Syafeeyyah.
Dia pula berpakaian dengan baju yang sedikit senget dan berkaca mata segi empat. Kelihatan bedak putih pula menghiasi wajah bersihnya.
Nama pun budak nerd, semestinya selalu dikacau, ejek dan buli kan ? Ya, itulah yang terjadi pada si budak nerd, Iman Syareezyan.
Apabila budak nerd tersebut dibuli, Iman Syafeeyyah merupakan penyelamatnya.Dia menggunakan ilmu taekwandonya bagi mempertahankan dirinya atau menolong orang yang tidak bersalah.
Iman Syafeeyyah sebenarnya pernah belajar taekwando sejak dibangku sekolah rendah lagi. Sejak berumur 7 tahun. Sehingga dapat 'red belt'.
Tetapi setelah di bangku sekolah menengah, dia berhenti kerana ditegah oleh bonda dan ayahandanya kerana dia telah kelihatan seperti seorang yang kasar. Jadi, dia tak sempat sampai tahap 'black belt'.
"Kenapa kau nak tolong aku eh ? Aku ni dah la bele (blur). Lepastu nerd pulak tu. Tak smart lagi. Kau cantik." - Iman Syareezyan.
"Hmm boleh tak aku nak ubah perwatakan kau ? Aku rasa kau ni smart je. Takdela teruk sangat." - Iman Syafeeyyah.
Mereka berkawan setelah Iman Syareezyan terima untuk berkawan dengan Iman Syafeeyyah. Namun selepas dianggap kawan, terjadi pula gelaran sahabat. Dan setelah itu ? Terbitnya sesuatu perasaan.
Bagaimana pengakhiran kisah Iman Syafeeyyah dan Iman Syareezyan ?
Berakhir hanya sebagai sahabat ?
Atau sebagai sepasang kekasih halal ?
start : 24 Mei 2021
finish :