izanor's Reading List
2 stories
Senaskhah Hidup by bukukarangkraf
bukukarangkraf
  • WpView
    Reads 430
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 4
Senaskhah Hidup ialah karya kedua dalam genre K-LIT, karya Azzah AR. Kisah berlatarbelakangkan warga Sarang Publishing House dan manusia di sekitar mereka. SINOPSIS: Seorang CEO rumah penerbitan yang kehilangan cinta. Seorang novelis terkenal yang kehilangan nama. Seorang lelaki sederhana yang kehilangan norma. "Gelandangan lebih hebat daripada aku. Sekurang-kurangnya, mereka berani buat pilihan yang besar dalam hidup. Mereka memilih untuk keluar ataupun lari daripada sesuatu, yang mungkin terlalu mengusutkan. Walaupun pilihan itu salah pada pandangan masyarakat yang mengaku normal. Tapi aku, masih berada dalam kekusutan tu. Dan orang pandang aku sebagai manusia normal." - Fidel. "Kita terlalu takut berdepan dengan ketakutan, hingga akhirnya kita jadi bertambah takut. Sedangkan hakikatnya, tanpa rasa takut, kita tak mampu jadi berani." - Helmi. "Hakikatnya, aku tak sama macam yang aku sendiri perjuangkan dalam novel." - Zara.
Syarat Menantu Mak Haji by AzzahAbdulRahman
AzzahAbdulRahman
  • WpView
    Reads 3,645
  • WpVote
    Votes 27
  • WpPart
    Parts 1
"Pertama, dia mestilah lebih tua daripada kamu. Perempuan lebih matang daripada lelaki. Takut kamu akan sentiasa nampak lebih tua pula daripada dia." Ain diam. "Kedua, pelajaran dia mestilah lebih tinggi ataupun sekurang-kurangnya setara dengan kamu. Kalau kamu ada diploma, dia mesti ada ijazah, sarjana, ataupun sama-sama diploma. Takut nanti apa-apa hal, kamu lebih pintar daripada dia. Dan takut timbul isu gaji kamu lebih banyak daripada dia." Ain diam lagi. "Ketiga, dia mestilah lelaki bujang. Suami orang tidak boleh. Duda juga tidak boleh, kerana kita tidak tahu apa sebab dia bercerai dan kalau isterinya masih hidup, pasti timbul masalah." Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak. Kata-kata Mak Haji bagaikan ditelan udara.