Suhailasue11's Reading List
16 story
AIM-Akademi Irsul Muta'afif بقلم saif_almasyriq
saif_almasyriq
  • WpView
    مقروء 35,838
  • WpVote
    صوت 4,829
  • WpPart
    أجزاء 74
Dia ialah seorang Saif. Hidupnya penuh berliku angkara musuh yang tak pernah dia tahu. Dikelilingi seribu satu rahsia...diselubungi berjuta persoalan...namun dia tetap tabah mengharungi kehidupan. Dia seorang Furqan. Di depan Saif, dialah sahabat pertama. Yang sentiasa disisi, yang sentiasa memahami. Seorang yang nakal yang sentiasa menceriakan hidup Saif hari-hari. Tetapi di belakang Saif, dia juga punya rahsia yang disimpan kemas dari pengetahuan sahabatnya itu. Dia pula seorang Fathul. Disebalik sikapnya yang ceria dan gila-gila bahasa, hakikatnya dia adalah seorang putera. Setia pada persahabatan. Hobinya adalah menyakat Furqan. Tiga remaja, satu ikatan persahabatan. Kerana Saif, mereka bertiga sentiasa berdepan dengan bahaya. Mampukah mereka bertahan? Atau ada yang berundur di tengah jalan? Atau ada yang membelot dan menikam dari belakang? Segalanya di sini...AIM.
Akademi Dary : Sihir dan Jampi بقلم Merci_Misha
Merci_Misha
  • WpView
    مقروء 96,067
  • WpVote
    صوت 7,943
  • WpPart
    أجزاء 42
Akademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehingga suatu hari, pelindung yang berada di sekeliling bangunan akademi tersebut kehilangan cahayanya. Ini bermaksud, akademi tersebut telah diceroboh! Sejak itu, pelajar-pelajar dari akademi tersebut mula hilang, seorang demi seorang. Misteri harus dirungkaikan dengan segera. Namun, hanya terdapat lima orang pelajar terpilih sahaja yang dapat menyelamatkan keadaan tersebut dengan deria keenam masing-masing yang berlainan. Siapakah mereka itu? •━━━━━━━༺༻━━━━━━━ Ditulis pada tahun : 2018 Best achivement : Wattys 2018 Winner (The Change Maker) 🌸🌸 Beautiful cover by @sevennie 🌸🌸 ♡ Sumber : Wattpad ♡ Penulis : Merci_Misha/Haninay
Muzika Melodia بقلم Merci_Misha
Merci_Misha
  • WpView
    مقروء 512,293
  • WpVote
    صوت 41,849
  • WpPart
    أجزاء 95
Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik. Alat muzik? Semua orang boleh latih diri untuk main. Eh, tapi bukan untuk sekolah ini. Ochestra World. Setiap penghuni dunia ini pasti akan dilahirkan dengan satu tanda lahir di mana-mana bahagian tubuh badan. Tanda lahir yang mana memastikan kelebihan seseorang itu untuk memainkan sejenis alat muzik. Setiap seorang, pasti akan memiliki bakat khas untuk satu alatan muzik. Tapi tidak bagi Hailey, seorang gadis Perancis yang dilahirkan dalam keluarga Chanson. Keluarga yang mempunyai kelebihan untuk memainkan semua alatan muzik. Namun, keluarga inilah yang diburu dari zaman dahulu kala oleh sesebuah pihak. Bersembunyi di sebalik bayangan magis piano, Hailey memencilkan diri. Tibanya surat diraja buat keluarga mereka, menjunamkan lagi nama keturunannya. Adakah hanya dengan muzik, segalanya bakal terbongkar bagai tidak terusik? "Let the music begin." • ────── ✾ ────── • Best achivement : The Watty Award 2019 Winner #1 in Fantasy #1 in Adventure #7 in Teen Fiction Ditulis pada tahun : 2018 ♡ Sumber : Wattpad ♡ Penulis : Merci_Misha/Haninay
Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi? بقلم Merci_Misha
Merci_Misha
  • WpView
    مقروء 38,631
  • WpVote
    صوت 3,795
  • WpPart
    أجزاء 62
"Sahabatku, hamba rasa hamba telah jatuh cinta!" Zarina, anak dara pingitan Makcik Zakiyah yang diminati ramai jejaka, telah patah hati setelah mendapat tahu watak novel kegemarannya mati di medan peperangan. Sungguh, dari kecil sehingga besar, dia sering menghanyutkan diri dalam dunia novel. Sehinggalah muncul sebuah novel kegemarannya yang mana memaparkan seorang watak yang telah membuatnya jatuh cinta. Namun, dia setia kepada yang tidak nyata walaupun ramai yang telah melamarnya. Walaupun begitu, tiada sesiapa pun yang tahu perwatakannya yang sebenar. Di luar nampak lembut. Di dalam? Wah, siapa tahu. Dalam kesedihan dan keperitan yang dirasainya itu, tanpa disangka perlian sahabatnya menjadi nyata. Seorang jejaka yang berperwatakan sebiji dengan watak kegemarannya, muncul di layar mata! Apakah benar apa yang dia lihat ini? Apakah ini... cinta sejati? "Hamba akan cuba tarik perhatian dia! Tak nak pikat, sebab nanti bahaya!" Tekad Zarina. Tengku Shafhan Iyyad, putera impian para gadis, tidak tahu bahawa dirinya kacak. Malah, dia juga tidak lepas daripada memandang wajah Zarina yang comel dan mulus bak mutiara di laut. "Perasaan apa ni ya?" Soal Shafhan, tidak memahami rasa hatinya itu. Tetapi, suka dan duka bukanlah memenuhi cerita, namun lawak dan jenaka turut ada. Sahabat dan musuh haruslah dimasukkan, jikalau tidak, manakan cerita dapat berjalan? Mari kita lalui kisah si Zarina yang telah jatuh cinta dan Shafhan yang sedikit kureng orangnya. "Apa erti cinta sekiranya status memisahkan kita?" Bermulanya kisah di istana kerajaan negara Angin Putih. Genre :- Teen Fiction-Romance-Classic-Fantasy-Islamic • ────── ✾ ────── • Ditulis pada tahun : 2020 ♡Penulis : Merci_Misha / Haninay ♡Sumber : Wattpad 🌸🌸Lovely cover by @jebatqays_🌸🌸
KOLEKSI KISAH LUCAH 2020 بقلم SHOWHI
SHOWHI
  • WpView
    مقروء 377,469
  • WpVote
    صوت 507
  • WpPart
    أجزاء 5
Slow update. 1 hari mungkin saya akan publish lebih drpd 2 kisah.
BERTEMPUR DENGAN SYAITAN (COMPLETE) بقلم kukilkufiq
kukilkufiq
  • WpView
    مقروء 96,623
  • WpVote
    صوت 6,169
  • WpPart
    أجزاء 7
[ PEMENANG TEMPAT PERTAMA BEST BOOK WATTSITEE AWARD 2018] [ PEMENANG BESTBOOK WATTSITEE COVER AWARD 2018 ] Ranking terbaik setakat ni : 5th in Mystery / Thriller Genre Satu platun unit khas terpilih dari Angkatan Tentera Malaysia telah menerima misi khas menyelamat ke dalam hutan temenggor (OPS JEJAK). Dikhuatiri satu batalion dari unit 5 Melayu telah hilang ketika operasi, maklumat akhir dari radio semboyan adalah 'JEMBALANG' unit khas ini mesti mendapatkan maklumat sekiranya pasukan ini masih hidup atau tidak , tanpa mereka sendiri tidak sedari apa yang menanti mereka jauh di dalam kedalaman hutan ini jauh lebih teruk dari ancaman pihak musuh.
Please, Release Me ✔️ بقلم SailisAneez2308
SailisAneez2308
  • WpView
    مقروء 108,795
  • WpVote
    صوت 2,221
  • WpPart
    أجزاء 28
Aku bukan pemimpi yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai mimpi dan impianku. Aku hanya melalui hidupku apa adanya, berpegang teguh pada takdir tuhan, tanpa pernah menyesalinya. Demi seorang saudara dan sahabat, kuhancurkan masa depanku. Mimpi indahku berakhir pada malam kuserahkan keperawananku kepada lelaki yang seharusnya menikahi Anila, sahabatku yang juga merangkap gadis yang sangat dicintai oleh Aran, abangku. Lalu bermulalah cerita dukaku. ** Untuk pembaca dewasa sahaja. Start : 02. 12. 2019 End : 26. 02. 2020