0rcch1dd's Reading List
5 stories
GENDERUWO by hasrudijawawi
hasrudijawawi
  • WpView
    Reads 2,244
  • WpVote
    Votes 85
  • WpPart
    Parts 15
Sejak Faris kerap ke Pohon Banyan di kaki bukit itu, hidup mereka sekeluarga mula terasa aneh. Ternyata tebakan Aminah mengenai adiknya itu, benar! Adiknya itu telah didampingi 'sesuatu'. 'Sesuatu' yang menyerupai seekor mawas! Bukan satu, tetapi dua makhluk misteri telah menghampiri Faris tanpa mereka sedari. Kelibat budak perempuan yang sering muncul di bilik Faris ternyata ada kaitan dengan tasik bekas lombong yang ada di atas bukit berhampiran rumah mereka. Semakin hari semakin kerap makhluk serupa mawas dan kelibat budak perempuan yang tidak dikenali itu muncul di dalam rumah mereka. Atas bantuan Gunawan, misteri berkaitan dengan dua makhluk itu dapat dibongkar. Makhluk persis mawas yang dikenali sebagai Genderuwo itu muncul kerana mahu menuntut haknya! Manakala budak perempuan yang tidak dikenali itu pula mendekati Faris kerana inginkan pertolongan dari anak kecil itu. Di antara Faris dan Aminah, siapa yang menjadi hak kepada Genderuwo itu? Apa kaitan budak perempuan yang mengaku dirinya sebagai Badarsila itu dengan Faris? # # # # # "Saya takut ada benda cuba dekati Tikah. Yalah, apa yang hilang lapan tahun dulu masih tak dijumpai hingga sekarang, kan? Saya takut ada yang tak tenang." - Latifah "Faris dalam bahaya, bu. Ami yakin, dia kerap ke pokok banyan kat kaki bukit tu bukan sebab tempat tu best untuk dia duduk seorang diri. Ada 'sesuatu' yang dah bawa dia ke sana." ~ Aminah. "Kalau betul makhluk macam mawas tu Genderuwo seperti yang Gunawan katakan semalam, bermakna ada seseorang dah seru makhluk tu." - Syamimi. "Aku rasa mungkin disebabkan adik aku dapat tengok makhluk-makhluk dari alam lain buat dia jadi macam tu." -Aminah "Selagi aku gak tahu, sebab utama mengapa Genderuwo itu menganggu keluarga kamu, selagi itu aku gak tahu solusi terbaik mahu mengusir Genderuwo itu. Aku hanya bimbang, ada dari keluarga kamu sudah memanggil Genderuwo itu dan telah meminta pertolongan darinya." ~ Gunawan.
SMS by Mars_Cheetah
Mars_Cheetah
  • WpView
    Reads 847
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 5
Sekumpulan paranormal menjelajah ke seluruh negara untuk menyiasat tempat-tempat yang terkenal dengan 'penghuninya' yang menyerang para pengunjung. Mereka melakukan penyiasatan berdasarkan sejarah dan membuktikannya dari sudut sains dan paranormal. Namun mereka tidak menyedari mereka telah terlibat dengan makhluk-makhluk tersebut. Yang masih terperangkap dan tidak dapat menembusi ke alam lain. "Sejak-menjak ni, banyak pulak kes orang mati. Eksiden la, bunuh diri la, apala. Dunia... dunia..." - George "Bagus la tu. Rezeki kita tu! Bayangkan kita dapat banyak permintaan untuk siasat tempat tu. Perrgghhhh!! Bertingkek-tingkek la duit kita" - Andy "Aku tak percaya hantu-hantu ni. Aku percaya pada sains" - Jack
Warning: This content might be your next nightmare. by nazzgarcia
nazzgarcia
  • WpView
    Reads 20,555
  • WpVote
    Votes 1,291
  • WpPart
    Parts 11
Sebelum anda membaca cerita ini anda perlu memulakan dengan ummul kitab Al-Fatihah supaya roh-roh diluar sana itu semuanya tenang. Dan jauhkanlah semua daripada kita dari pengakhiran hidup yang tidak diingini.
BANGLO SEKSYEN 12 by hasrudijawawi
hasrudijawawi
  • WpView
    Reads 109,412
  • WpVote
    Votes 5,057
  • WpPart
    Parts 37
Tragedi pembunuhan enam remaja di banglo terbengkalai itu 15 tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang. Hal itu membuatkan Fazlie, Amir dan Farina yang telah menubuhkan kumpulan penerjah aktiviti paranomal dengan nama Ghost To Ghost bersama tiga lagi ahli jemputan khas mereka telah memilih banglo itu sebagai lokasi mereka yang seterusnya untuk merakam aktiviti paranormal yang ada di sana. Namun, saat mereka cuba merakam aktiviti paranormal yang ada di banglo lama dan terbengkalai itu, satu tragedi yang hampir sama seperti tragedi pembunuhan 15 tahun lalu kembali berulang! Apa sebenarnya telah berlaku? Adakah banglo itu benar-benar angker seperti yang dihebohkan di internet? Siapakah dalang yang sebenarnya di antara mereka berenam? Mampukan Inspektor Hairy dan Saleha menyelesaikan kes misteri ini? "Saya tak tahu. Keadaan gelap gelita, kami tak nampak apa yang berlaku. Saya cuma dengar suara aje. Perkara tu berlaku bila semua lampu tiba-tiba terpadam." ~ Fahmi "Penjelasan apa lagi? Rakaman video yang saya dapat tu dah membuktikan yang dia bersalah kerana membunuh mangsa yang bernama Riena. Video tu boleh dijadikan bahan bukti untuk dakwa dia di mahkamah. Nyawa yang dia dah bunuh bukan seorang tau? Tapi empat orang!" ~ Inspektor Hairy "Makhluk tu macam tak bagi kita merungkai misteri yang ada di sebalik kes ni. 'Dia' macam tak bagi kita bertemu dengan Encik Ismail," ~ Saleha Terbit: NOVEMBER 2016 Penerbit: BUKU PRIMA Harga: RM26 (Semenanjung) | RM29 (Sabah/Sarawak)
APARTMENT 666 by shantijeevathas
shantijeevathas
  • WpView
    Reads 28,321
  • WpVote
    Votes 1,372
  • WpPart
    Parts 16
Perhatian :- Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika ada persamaan nama tempat dan watak dengan dunia sebenar, itu adalah kebetulan sahaja. Ini adalah cerita rekaan milik Shanti Jeevathas. No copy. 100% imagination. WARNING. There will be many typo. Ayah Serena memerhatikan Hazim dari jauh dan menyedari bahawa Hazim sangat menyayangi mendiang anak perempuannya itu. "I will never forget you, you will last in my memories forever. I will take good care of mimi our cat that we've found at the street. She missed you so much. My heart, it bleeds in pain after knowing that you're gone forever. But you will stay in my heart forever and no one will replace you Serena. See you on the other side my love." kata hazim lalu mengalirkan air mata lalu mencium batu nisan Serena. Dia memegang erat rantai milik Serena yang telah dihadiahi olehnya kepada Serena sewaktu penerbangan mereka lalu meletakkannya bersebelahan dgn batu nisan milik Serena. Dia menyeluk poketnya lalu mengeluarkan sesuatu. Dia menangis sambil memeluk keychain sepasang beruang teddy yang melambangkan percintaan mereka berdua yang telah dihadiahi oleh mendiang Serena kepadanya. Keychain itu dilumuri oleh air mata hazim dan ia mengingati tentang bagaimana mereka bertemu dan merindui setiap gelagat manja Serena. Dia berdiri lalu menoleh ke belakang. Angin bertiup kencang, Dengan mata yang berair, Dia melihat lembaga Serena berdiri di hadapan sebuah pokok yang menyeramkan. Lembaga itu melihat Hazim lalu tersenyum. Ia menunjukkan bahawa roh Serena sudah tenang di alam sana. Hazim membalas senyuman itu.