Best story
200 stories
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 526,618
  • WpVote
    Votes 26,908
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance] Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.
Leo's Sweetest Poison [TERBIT]  by itsnicaaaaaa_
itsnicaaaaaa_
  • WpView
    Reads 727,818
  • WpVote
    Votes 6,584
  • WpPart
    Parts 13
Tengku Daniel Rayden, seorang ahli perniagaan yang hebat menempa nama di persada antarabangsa. Perwatakannya yang dingin mampu menggerunkan sesiapa sahaja yang melihat, apatah lagi orang yang mengenalinya sebagai "Leo". Medina Nisa Lyora, seorang gadis jelita yang berperwatakan lembut dan ayu. Senyumannya yang manis mampu mencairkan hati orang sekelilingnya. Sifatnya yang periang, juga mampu menghilangkan gusar pada hati sesiapa sahaja yang mengenalinya. Siapa sangka, di sebalik wajahnya yang ayu dan manis itu, menyimpan seribu satu rahsia yang hanya dia saja ketahui? Dendam yang dibawa perlu dilunaskan. Start : March 17,2024. End : January 5, 2025. ✨
ELENA ERYSHA by balqisjuandy
balqisjuandy
  • WpView
    Reads 477,789
  • WpVote
    Votes 17,716
  • WpPart
    Parts 54
TENGKU ELENA ERYSHA | IFFAT AMSYAR Start: 15/3/2025 End: 30/7/2025 NO PLAGIARISM ALLOWED! ⚠️
APRICITY | C by itstheqiel
itstheqiel
  • WpView
    Reads 91,886
  • WpVote
    Votes 6,162
  • WpPart
    Parts 47
【SERIES 2】 (n.) - The warmth of the sun in a cold winter's day. "Literally a carbon copy of Darwin Naufal, but with Amelda Iris's attitude" Kata-kata itu sudah terlalu biasa buatnya. Senyuman palsu, lensa kamera yang tak pernah berhenti mengekori-semuanya datang tanpa dipinta. Keterkenalan yang wujud hanya kerana dia dilahirkan sebagai anak kepada dua ikon terkenal dunia. Dean Anmir, pewaris sebuah empayar perniagaan dan anak sulung kepada pelakon lagenda, membesar dengan bayangan masa lalu ibunya yang penuh luka. Trauma melihat ibunya bertarung dengan kesempurnaan sekaligus merasakan dirinya adalah beban keluarga, menjadikannya seorang lelaki yang memendam segala rasa dan sentiasa mempersoalkan kelayakannya dalam sesuatu perkara. Perkahwinan tanpa cinta bersama Arabella Erysha bermula atas dasar saling membantu-Dean melunaskan hutang Bella, dan Bella membantunya mencari jalan untuk merawat luka emosinya. Namun, Bella tidak sekadar memenuhi perjanjiannya. Dia membawa kehangatan ke dalam hidup Dean yang dingin, menyentuh hati lelaki itu dengan cara yang tidak pernah Dean jangkakan. Walau begitu, rasa bersalah dan ketakutan terus menghantui. Hinggalah satu tragedi membuka mata Dean, memaksa dia memilih antara terus tenggelam dalam bayangan silam atau berjuang untuk kebahagiaannya bersama Bella. Mampukah Dean melepaskan masa lalu yang membelenggu dan membuka hati kepada peluang baru? Atau adakah dia akan terus membiarkan kebahagiaan itu berlalu begitu sahaja?
Erina Tihani: Bukan Aku Tak Cinta (Terbit) by TyaAzzahra_
TyaAzzahra_
  • WpView
    Reads 791,875
  • WpVote
    Votes 5,243
  • WpPart
    Parts 13
Bila mulut gagal mengatakan namun mata membicarakan segalanya.
Suri Hati Syed Faliq by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 1,077,613
  • WpVote
    Votes 30,716
  • WpPart
    Parts 61
Syed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsung tidak tertarik kepadanya. Bagi Lili, tak penting pun untuk mengenali lelaki yang kononnya hensem. Lagipun, kalau hensem tapi playboy nak buat apa? Itu apa yang aku rasalah. Kawan aku pun terhegeh-hegeh admire si playboy tu. Tak faham aku. Tetapi, selepas Lili kehilangan bapanya dan Syed Umar Faliq kerap kali mengacau dan membahagiakan hidupnya, membuatkan hatinya yang sekeras batu mencair terus. Syed Umar Faliq yang pada mulanya hanya ingin mengenakan Lili sahaja, sering sahaja hatinya mengatakan tidak. Malah dia ingin rapat lagi dengan Lili. Tetapi, apabila masing-masing melanjutkan pelajaran, adakah rasa hati itu masih setia? Adakah Lili masih menunggu Faliq sedangkan Faliq sudah menjadi milik orang?
Kelepet-kelepet cinta (Complete) by lavenderyana
lavenderyana
  • WpView
    Reads 124,194
  • WpVote
    Votes 5,240
  • WpPart
    Parts 42
Kalau crush korang pertama tak berjaya, jangan risau, akan ada pengubat hati lara yang kedua. Shazlin kecewa bila cinta pertamanya ternyata cuma bermain-main dengannya padahal lelaki itu sudah pun mengikat tali pertunangan dengan wanita lain. Bila hati hendak dibuka pada yang kedua pula, isteri crush pertama asyik mengacau crush kedua dengan alasan childhood friend. Gagallah cinta kedua dia dan mereka berpisah. Tapi kalau dah jodoh takkan kemana. Kerja yang kedua diminta dikejutkan bila crush kedua menjadi bossnya. Suka ke Shazlin? Sedih ke Shazlin? Macam mana dengan crush kedua tu pulak? Ternyata di sebalik usikan dia ada kenangan pahit dari keluarganya. Shazlin ingin menolong tapi, mahukah crush menerimanya? Semuanya dalam kelepet-kelepet cinta.
BAARIZ [EBOOK] by ai_laria
ai_laria
  • WpView
    Reads 284,336
  • WpVote
    Votes 3,112
  • WpPart
    Parts 16
Kisah Baariz the beast ❤️ Ti-honey Ashraf Baariz, seorang bekas bodyguard dan setiausaha peribadi, akhirnya pulang ke kampung halamannya setelah 15 tahun mengabaikan asal-usulnya. Dengan masa lalu yang kelam dan tanggungjawab yang tertinggal, dia kembali bukan sahaja untuk menunaikan amanah keluarga tetapi juga untuk memulakan hidup baru. Izara, seorang pereka fesyen ternama, memilih untuk meninggalkan kehidupan bandar dan membina kerjayanya sendiri di kampung. Dia tidak menyangka akan bertemu semula dengan Baariz, lelaki yang pernah mengubah hidupnya. Ashraf Baariz dan Izara Tihani terikat dalam satu ikatan yang tidak diketahui sesiapa-akad yang mereka rahsiakan bahkan daripada keluarga sendiri. Namun, selepas dua tahun ada sesuatu yang berlaku membuatkan Izara memilih untuk pergi. Setelah 3 tahun, mereka bertemu semula di kampung, dalam keadaan masing-masing sudah berubah . Pertemuan pertama selepas perpisahan itu membawa mereka kembali ke memori lama-rindu yang tidak terucap, persoalan yang tidak pernah terjawab, dan penutup yang tergantung tanpa kepastian. Masa telah berlalu, namun kisah mereka masih belum menemui noktahnya. Adakah pertemuan ini memberi mereka ruang untuk menutup kisah lama dengan keikhlasan? Atau takdir sebenarnya mahu memberi mereka peluang untuk memulakan kehidupan baru, kali ini tanpa rahsia yang membelenggu? Kisah yang cliche & tiada konflik berat maybe✨ Maafkan saya, jika ada kesalahan tatabahasa dan grammar 🙏
Taught by Her , Protected by Him (COMPLETE) by atrhyuni
atrhyuni
  • WpView
    Reads 152,230
  • WpVote
    Votes 5,796
  • WpPart
    Parts 56
Ameera Delisha 28tahun.Seorang Guru Bahasa Melayu Yang Berdikari,Petah,Berdedikasi.Tapi Hatinya?Dah Mati Sejak Peristiwa Dia "Diperbodohkan"Oleh Lelaki Yang Dia Cintai.Dia Pernah Setia,Tapi Dibalas Dengan"Aku Sayang Kau Sebagai Kawan Delisha.." Lelaki?Dia Sudah Tidak Berharap,Delisha telah Menanam Dalam Dirinya Prinsip "terlalu banyak kekurangan , untuk menjadi keutamaan" Sementara Itu,Mejar Raja Izz Danial 32tahun,Seorang Pegawai Tentera Yang Tenang Dan Berdisiplin.Sejak Kehilangan Tunangnya Dalam Tragedi 3 Tahun Lepas,Dia Langsung Tak Buka Hati Untuk Sesiapa.Baginya Cinta Itu Melemahkan Tentera. Sampai Satu Hari Mak Ayah Berkeras "Izz Kami Tak Paksa..Tapi Kami Kenal Siapa Delisha,Dia Baik,Mama Dah Lama Berkenan Dengan Dia".Delisha Pun Ditekan Oleh Pihak Keluarga-Bukan Kerana Dipaksa Tapi Kerana Terhutang Budi Dengan Ibu Bapa Mejar Raja Izz Danial Yang Pernah Tolong Keluarganya Waktu Susah. Tanpa Cinta,Tanpa Harapan,Dua Manusia Yang Sama-Sama Patah...Dijodohkan Dalam Satu Ikatan Tapi Siapa Sangka,Dalam Perkahwinan Yang Dibina Atas Permintaan Keluarga.. Ada Perlindungan Ada Luka Yang Sembuh Perlahan Dan Akhirnya..Ada Cinta Yang Tak Diduga