myfawahdzal's Reading List
140 stories
Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku [C] by qstnadamia
qstnadamia
  • WpView
    Reads 78,766
  • WpVote
    Votes 2,503
  • WpPart
    Parts 87
Satu kejadian yang berlaku membuatkan kedua-dua insan itu bertemu. Nur Maisarah Azzahra seorang wanita yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan sedang mencari pekerjaan. Dirinya yang dianggap serba tidak guna dan dibesarkan dengan penuh kebencian oleh darah daging sendiri. Kematian ibubapa diusia yang muda membuatkan Zahra membesar tanpa mengetahui apa itu rasa disayangi atau dicintai. Dirinya mengunci pintu hati bagi mengelakkan dari terluka. Tengku Mikhail Al-Fateh, seorang jejaka yang mengambil alih syarikat keluarganya setelah pulang dari negara itali. Dikelilingi oleh orang yang tersayang membuatkan dirinya menjadi seorang yang disenangi oleh ramai orang. Hidupnya yang dikelilingi oleh lelaki selain ibunya membuatkan Fateh menjadi kekok apabila bertemu dengan mana-mana wanita. Lebih mementingkan keluarga serta kerjayanya berbanding orang luar yang tiada kaitan dalam kehidupannya. Hadirnya Zahra dalam kehidupannya membuatkan jejaka itu menjadi tidak keruan. Tembok yang didirikan Zahra membuatkan Fateh ingin mengenali wanita itu dengan lebih lagi. "Jurang antara kita terlalu besar encik, bukan saya yang sepatutnya encik berikan kata-kata tersebut..." - Zahra "Awak takkan dapat ubah apa yang saya rasa zahra, hanya awak untuk saya..." - Fateh Takdir telah menemukan mereka semula dibawah satu ikatan. Fateh berusaha untuk meruntuhkan dinding yang berada diantara mereka. "Zahra taknak kecewakan abang, izinkan Zahra untuk berundur diri sebelum abang terluka..." - Zahra "Biarkan abang masuk dalam hati sayang, biar abang leraikan rantai yang membelit hati awak supaya abang dapat tunjuk yang hanya Nur Maisarah Azzahra akan menjadi bidadari syurga abang..." - Fateh Adakah takdir telah tertulis buat mereka? Apakah yang akan berlaku? Bolehkah Fateh membuka pintu hati Nur Maisarah Azzahra untuk mengenali apa itu cinta? Start: 24 September 2024 End: 1 September 2025
Di Bawah Langit Yang Sama. by misseshaa
misseshaa
  • WpView
    Reads 42,113
  • WpVote
    Votes 2,098
  • WpPart
    Parts 66
HAIKAL AMRIN | MAYA KEHLANI If it never hurts, was it ever love? Haikal Amrin tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana kehadiran seorang wanita. Luka daripada hubungan silam membuatkan dia trauma untuk membuka hati kepada mana-mana perempuan. Namun, apabila usianya semakin menghampiri angka 30-an, keinginan untuk memiliki sebuah keluarga mula memenuhi ruang hatinya yang sekian lama kosong. Segalanya berubah apabila Maya hadir dalam hidupnya. Mahligai yang dibina atas nama cinta bersama wanita itu terasa sempurna. Maya Kehlani bukan sekadar pekerja di kafe miliknya, malah seseorang yang rupanya telah lama bertapak di sudut hatinya tanpa disedari. Pertemuan pertama mereka empat tahun lalu masih kekal segar dalam ingatan Haikal, seolah-olah takdir telah lama menulis nama mereka pada helaian yang sama. Hubungan mereka berdiri utuh. Bagaikan bulan dan bintang, Haikal dan Maya saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap tawa, setiap janji, dan setiap bicara terasa seperti rumah yang akhirnya ditemui setelah sekian lama mencari arah. Namun, tidak semua kebahagiaan ditakdirkan untuk bertahan selamanya. Apabila satu persatu kebenaran terungkap mampukah mereka pertahankan mahligai yang dibina bersama? Atau sebenarnya, takdir mereka sememangnya ditulis untuk saling menyakiti sejak awal lagi?
THE REVENGE BEGINS © by _niahara_
_niahara_
  • WpView
    Reads 1,092,428
  • WpVote
    Votes 34,922
  • WpPart
    Parts 88
TUNKU ZAYN QAISER | DINDA ANAYLA "Kenapa aku?! Kenapa mesti aku yang kena tanggung semuanya?" "Salah kau cuma satu. Sebab kau berkongsi darah yang sama dengan dia." Dinda Anayla, kelahirannya hanya untuk dibenci. Dianggap pembawa malang, dipersalahkan atas kematian ibu kandungnya dan akhirnya kehilangan satu-satunya tempat untuk dia berlindung. Hidupnya tidak lebih dari bayang-bayang yang tidak pernah diingini sesiapa. Malam itu, dia dijual oleh darah daging sendiri. Terhumban ke kancah kegelapan, di sebuah kelab malam yang sepatutnya menjadi noktah segalanya. Namun, di saat dia hampir tenggelam, seseorang menariknya keluar. Dia diselamatkan. Itulah yang dia sangka. Namun, hakikatnya penyelamat yang dianggap malaikat itu adalah pemilik neraka yang lebih gelap. Di sebuah pulau terpencil, dia dikurung, diseksa dan dijadikan boneka dalam permainan dendam yang dia sendiri tidak mengerti. "Sejak kau bawa aku ke sini, hanya jasad aku je yang bernyawa." "Dan kau tak boleh mati, selagi aku tak izinkan." Bagaimana dia harus bertahan bila setiap jalan keluar telah tertutup? Bila hatinya mula goyah dengan musuh yang sepatutnya dia benci? Adakah dia mangsa... atau sekadar bidak dalam permainan ini? ⚠️ TRIGGER WARNING & MATURE CONTENT ⚠️ Cerita ini mengandungi unsur emosi berat, keganasan serta adegan yang mungkin mengganggu sesetengah pembaca. Tidak sesuai untuk pembaca di bawah umur atau mereka yang mudah terpengaruh dengan kandungan sebegini. 📌 Baca atas risiko sendiri! 📌 Jika tidak selesa, sila skip atau berhenti membaca. 📌 Author tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan emosi yang mungkin timbul. You've been warned! 🚨
Harith Zayn: the Adorable Husband[Completed] by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 270,941
  • WpVote
    Votes 8,817
  • WpPart
    Parts 70
[2nd story] HARITH ZAYN x ZENYA AURORA Jatuh cinta pada sepupu sendiri, itulah apa yang Harith khawatirkan. Pengalaman lampau mengajarkan dia untuk menjadi seorang yang berani. Mempertahankan perasaan hati tanpa berasa gentar. Kerana dahulunya, dia pernah memilih untuk melukai insan yang telah berjaya mencuri hatinya, gadis bernama Zenya Aurora. Dalam satu pergaduhan yang penuh hinaan, Zenya memilih untuk mengundur diri setelah bertahun- tahun lamanya mengejar sesuatu yang tidak pasti. Sakit didada telah membawa Zenya pergi jauh dari hidup lelaki itu. Tahun berganti tahun, dia kembali lagi memunculkan diri di hadapan Harith dengan satu azam yang baru. Peluang di mata, takkan mungkin Harith sia- siakan lagi. Jika sebelum ini Zenya sentiasa menggunakan helahnya untuk kekal berdampingan dengan Harith. Kali ini, Harith lakukan serangan balas. Menggunakan helahnya pula untuk menambat Zenya dengan satu ikatan yang sah. "Bohong! Kau suka aku peluk kan? Baik mengaku." HARITH ZAYN "Harith... merepek apa ni?!" ZENYA AURORA Meskipun ikatan perkahwinan terjalin, mereka tetap bergaduh. Dan dalam masa yang sama, satu per satu rahsia mulai terbongkar. "Siapa cakap? Aku pernah tapi aku pilih untuk buang perasaan tu." HARITH ZAYN "Awak hampir buat saya jatuh cinta Zenya." MATEEN Siapakah Mateen? Rahsia apa yang disimpan oleh Zenya sehingga boleh berkenalan dengan lelaki itu?
Coincidence Destiny  by thianaara
thianaara
  • WpView
    Reads 28,912
  • WpVote
    Votes 1,263
  • WpPart
    Parts 62
Pertemuan yang tidak dijangka antara mereka sehingga berlakunya pergaduhan mulut setiap kali mereka bertembung. "Terima kasi-" "Awak!" Adakah pertemuan mereka dirancang oleh seseorang atau ianya benar sekadar kebetulan? "Sorry, aku tak sengaja." - Qays Riyadh "Awak gila ke minta maaf tengah panas ni, nak kena lempang ke apa!" - Aurora Medina Lama kelamaan hubungan mereka menjadi semakin dingin hanya disebabkan sesuatu yang berlaku dan mereka terpaksa bersatu demi suruhan keluarga mereka. Setuju ataupun tidak itu bukanlah penting kerana pada akhirnya mereka akan tetap bersatu walaupun dalam keadaan memaksa. Pada masa yang akan datang, bolehkah mereka menempuh segala masalah yang timbul? Adakah ikatan yang mereka bina akan terus menjadi kuat atau ianya sekadar dalam mimpi semata? Kalau dah dinamakan manusia, mereka akan mudah lemah dengan perubahan hati dalam setiap hubungan yang diikat dengan sempurna.
Patient Zero: Her © by Celestique_lunara
Celestique_lunara
  • WpView
    Reads 201,839
  • WpVote
    Votes 5,517
  • WpPart
    Parts 71
1st Black Talons Series Tengku Ziyyan Louise. Seorang jejaka kacukan Melayu - Perancis. Pemilik empayar hartanah Maison D'or Heights dan juga Vita D'or Medical Institute. Wajahnya yang memukau dan gayanya yang memikat membuatnya menjadi gilaan para gadis. Mereka sanggup beratur hanya untuk bertentang mata dengannya. Di sebalik wajah tenang dan imej yang sempurna, tersembunyi satu sisi gelap. Siapa sangka? Jejaka ini menyimpan cinta dan obsesi yang gila. Nadra Inara. Seorang doktor pakar bedah di Vita D'or. Cantik, bijak, dan penuh dengan prinsip. Wajahnya yang menawan dan dirinya yang ber ' attitude ' membuatkan ramai lelaki tergoda namun tidak semua berani untuk mendekatinya. --- Nadra menjadi satu-satunya wanita yang mampu buat jantung Ziyyan berdegup lebih laju. Dia jatuh cinta. Tapi bukan cinta biasa-ini cinta yang gila, yang gelap, yang tak waras. Melihat Nadra bersama lelaki lain? Membuatkan darahnya mendidih. Hatinya terbakar. Fikirannya kabur. Dia mahu Nadra Inara sebagai miliknya. Kekasihnya. Isterinya sehingga mati. Ini bukan cinta. Ini adalah obsesi. "Awak ni kenapa? Gila ke?" - Nadra Inara - "Yes. Aku gila. You are mine! You heard me? You belong to me. All of you!" - Tengku Ziyyan - Adakah Ziyyan merupakan satu ancaman? Atau tidak? --- "Saya cakap saya tak nak, tak nak lah!" - Nadra Inara - "Raise your voice once again, and tonight... I'll make sure you lose it. You understand me, little one? " - Tengku Ziyyan - Apakah rahsia hitam yang disimpan Ziyyan? Dan apakah nasib Nadra, gadis yang terperangkap dalam cinta seorang lelaki yang terlalu obses? "She was my peace. So, I destroyed everything else."
DARREN ZAYYAN: HER MR PILOT | HIATUS by Raeyvva
Raeyvva
  • WpView
    Reads 199,035
  • WpVote
    Votes 10,851
  • WpPart
    Parts 52
[READ DESCRIPTION FIRST!!] 𝗛𝗲𝗿 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 | 𝖡𝗈𝗈𝗄 1 "𝐖𝐡𝐞𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐜𝐨𝐥𝐝 𝐡𝐞𝐚𝐫𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐦𝐞𝐞𝐭 𝐭𝐡𝐞 𝐡𝐲𝐩𝐞𝐫 𝐠𝐢𝐫𝐥." DARREN ZAYYAN | IRDYNA DAHLIA "Handsome la, awak ni. Macam oppa!" - 𝗜𝗥𝗗𝗬𝗡𝗔 𝗗𝗔𝗛𝗟𝗜𝗔 Bermula dengan pertemuan di lapangan terbang, Irdyna Dahlia jatuh cinta dengan seorang jejaka yang digelarnya 'Mr Pilot'. "Demam eh?" - 𝗗𝗔𝗥𝗥𝗘𝗡 𝗭𝗔𝗬𝗬𝗔𝗡 Si jejaka pula berhati batu. Kata-katanya pula macam anak panah yang menusuk ke kalbu! Apa yang keluar dari mulutnya, semua bernas dan menyakitkan hati. Tapi itu bukanlah penghalang untuk Irdyna Dahlia sukakan jejaka tersebut. "Umi, kenapa Dyna nampak Mr Pilot dekat sebelah rumah kita?" - IRDYNA DAHLIA "Lah.. Dyna tak tahu ke? Darren tu kan anak Aunty Danina." - PUAN WARDAH "Yalah.. kenapa Dyna tak perasan?" - IRDYNA DAHLIA Walaupun bukan mudah untuknya mengambil hati Mr Pilot, Irdyna Dahlia tak akan mudah putus asa! Mampukah dia menakluki hati yang dah lama bertukar menjadi batu? ⚠️ Cringe❗ ⚠️ Heroin gatal, jadi kalau rasa tak suka watak over macam Irdyna Dahlia better JANGAN BACA. ⚠️ Be nice guys, books ni banyak cacat cela.. janganlah kasi hate comment pula, kitonyo manjo hmm 🥹 (masa sy pub book ni pun bnyk main je, tk fikir panjang dulu.) Sy nk unpub pun macam ada yang suka dengan book ni jadi tknklah mengecewakan diaorang pula 🥹 korang tak suka jangan baca awal² tau? Terima kasih 🥹🫰🏻 ⚠️ Read at your own risk❗ ⚠️ Hero redflag tapi sedikit green❗ ⚠️ Dilarang plagiat❗ Start : 18 September 2023 End :
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 1,030,530
  • WpVote
    Votes 42,658
  • WpPart
    Parts 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula ditepikan. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026