Psycho/Thriller Reading List
2 stories
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐆𝐚𝐦𝐞 (𝐩𝐮𝐛𝐥𝐢𝐬𝐡𝐞𝐝) 𝐮𝐧𝐞𝐝𝐢𝐭𝐞𝐝 by kenhendri
kenhendri
  • WpView
    Reads 13,760
  • WpVote
    Votes 1,004
  • WpPart
    Parts 7
Tanpa sedar, mereka telah memilih untuk bertarung nyawa dalam permainan maut MAFIA GAME demi memenangi wang kemenangan bernilai 10 juta USD. Setiap pemain diberikan peranan masing-masing: Penduduk, Doktor, Polis dan Mafia. Namun, sudah pasti ada yang tidak berpuas hati, menyesal dan ketakutan kerana ianya melibatkan nyawa. "Kita diculik dan dibawa ke sini? Bangunan yang berkunci dan dikelilingi oleh hutan tebal pula. Sudah tidak ada cara lain lagi untuk keluar selain menyelesaikan semua misi." - Yuri. "Penipu! Aku ialah Detektif! Kau mesti Mafia kan?" - Irene. "Bingo! Nampaknya, tikus sudah masuk perangkap." - Mikhail. "Villager atau Non-Villager, aku dah tak kisah. Yang penting, aku akan menang dengan mudah!" - Lutfi "Aku ada jumpa satu mayat di dewan makan dan aku tahu siapa orang terakhir bersama dengan si mati." - Xin. "Aku dah tak sanggup! Aku tak sanggup lagi! Sesiapa! Mafia, bunuh jelah aku!" - Fiqa. "Korang bertengkarlah sampai ke pagi! Aku sudah tahu, salah seorang daripada kalian ialah Mafia!" - Ivan. "Kan bagus kalau korang semua mati. Sudah sah yang aku akan menang." - Eden. "Aku nak menang! Aku nak keluar dari tempat ni dan menang duit tu!" - Harisya.
THE REAPER √ by NAniSya_
NAniSya_
  • WpView
    Reads 11,042
  • WpVote
    Votes 947
  • WpPart
    Parts 38
Kepulangan yang membawa berita gembira tidak kesampaian. Warna merah pekat mencetuskan kesedihan, kemarahan dan dendam. Perbuatan jijik terhadap orang tersayang menimbulkan rasa kasihan dan benci. Trauma yang dihadapi terhenti apabila dalang ditemui. Bermula dari satu tikaman, bertukar menjadi tikaman yang berterusan. Perasaan dahagakan darah mencetuskan gelaran yang membuatkan orang jahat ketakutan. Apabila tiba pesaing,bermulalah pertandingan cari dan sembunyi. Kelicikan, kecekapan dan kebijaksanaan diperlukan dalam pertandingan ini. Daripada sebuah tragedi,dapat mengubah seorang lelaki menjadi seorang yang dahagakan darah. Daripada sebuah tragedi,seorang inspektor terkenal menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan kes. Permainan bermula apabila pertemuan pertama. Pemenang akhir? Seorang yang licik, cekap dan bijaklah pemenangnya. ✅100%my idea ✅rekaan semata-mata ✅tiada kaitan dgn yg hidup dan mati Start, 17/6/18 End, 27/3/19