Miss DUCATI
H4R33z
- Reads 17,932
- Votes 592
- Parts 10
AKAN TERBIT
Pesona penunggang Ducati berwarna merah garang itu telah membuat jiwa raga Amir Luqman bergelora hebat. Sehebat deruman motosikal itu mengaum di litar.
Perfect! - Amir Luqman
Matanya makin tidak mampu dikelipkan tatkala si penunggang Ducati tersebut dibawa menghampirinya.
"Rania."
Saat dirinya diperkenalkan, dalam hati Luqman sudah berkata, 'aku akan takluki Miss Ducati ini'.
Namun, itu adalah pertemuan pertama dan terakhir mereka. Miss Ducati hilang jejak. Luqman mengusung rindu, mengharapkan akan ada pertemuan dengannya lagi. Pantang ditinggalkan tanpa sebarang ucapan selamat tinggal.
Kereta rosak, titik permulaan Luqman bertemu Nabila. Nabila atau Rania, padanya mereka adalah orang yang sama. Miss Ducati yang telah mencipta sejarah bersamanya di litar.
Namun, anak kecil di dalam dakapan Nabila menjadi seribu tanda tanya.
Aqil anak saya? - Amir Luqman
Soalan yang memaksa dia bekerja keras mencari jawapan untuk menjawab persoalan yang lain. Dua tahun tempoh yang singkat tetapi terlalu banyak rahsia yang disimpan rapi oleh Nabila.
Saya bukan Rania yang dulu. Luq. Hidup saya dalam ketakutan. Jika diberi pilihan saya ingin hidup di dalam dunia yang tidak ada siapa mengenali saya - Rania Nabila
Kita kahwin - Amir Luqman
Itu sahaja jalannya, biar Rania Nabila terus disampingnya. Agar segala rahsia dapat dirungkai. Biar Rania Nabila selamat di dalam pelukannya.
Perkahwinan yang sarat dengan kasih dan sayang. Bersulam indah dengan cinta diragut sekelip mata oleh Ahmad Adwa. Parut yang ditinggalkan berdarah kembali.
Pergi. Pergi jauh... itu sahaja yang dapat difikirkan Nabila apabila Adwa berjaya meracun fikiran Datin Norazah seperti mana dia berjaya memperdayakan orang tua Nabila.
Apa yang Luqman lakukan apabila isterinya membawa diri? Adakah dia akur dengan permintaan ibu kesayangannya, Datin Norazah supaya menceraikan Nabila. Atau sebaliknya, menjadi Mr. Ninja kepada Miss Ducati yang malang itu.