Fav 👍
3 stories
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,764,010
  • WpVote
    Votes 139,897
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
Gadis PTPTN by izraaziera
izraaziera
  • WpView
    Reads 13,381
  • WpVote
    Votes 511
  • WpPart
    Parts 53
Start : 30 Oct 2017 End : kalau nak diikutkan sekarang ini kebanyakan orang mengambil Pinjaman PTPTN untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang kebih tinggi. Tidak terkecuali bagi Sya Ilyana. Keluarganya bukanlah dari golongan yang berada. Pinjaman PTPTN adalah salah satu jalan untuknya menyambung pelajaran. Zarief Aqasyah terlalu cintakan Qurratun Aini namun cintanya tidak kesampaian bila Qurratun Aini ditangkap bersama sahabatnya sendiri. "Bila kau nak kahwin Sya?" - Fariq Hakimi "Saya sanggup terima sesiapa saja cuma syaratnya bayarkan habis hutang PTPTN Saya." - Sya Ilyana "Aku sanggup bayarkan asalkan kau sanggup jadi isteri aku untuk elak daripada aku kahwin dengan minah gedik yang mak aku cadangkan." - Zarief Aqasyah Dek kerana minah gedik, Zarief memperisterikan Sya. Perkahwinan tanpa cinta dan masing-masing punya tujuan tersendiri. Mampukah perkahwinan Zarief dan Sya bertahan lama.
Dia, PengHafiz Nakal (LENGKAP) by Miszgrapys_
Miszgrapys_
  • WpView
    Reads 1,183,643
  • WpVote
    Votes 66,197
  • WpPart
    Parts 44
STORY NI CRINGE,SERIUS. Belajar mengenal diri dan belajar berdikari,bukan mudah sebenarnya... "Kenapa awak nak kahwin dengan saya sedangkan awak tahu puncanya?"-Elya "Sebab saya tak nak lagi hilang sesuatu yang saya sayang sebelum saya sempat gapainya."-Faris