HaizaSyazana's Reading List
2 stories
Cintaku Milik Si Dia by hppyMiracle
hppyMiracle
  • WpView
    Reads 91,469
  • WpVote
    Votes 2,154
  • WpPart
    Parts 29
Kisah seorang lelaki yang lembut bernama Iqbal, yang baru melangkah ke alam Universiti dengan harapan untuk membangkitkan semangatnya. Secara tidak sengaja dia ditempatkan sebilik dengan seorang Pesident MPP, Izzat. Kehadiran Iqbal sebagai rakan sebiliknya tidak disenangi lalu dijadikan Iqbal sebagai budak.Hampir setiap masa akan ada sahaja karenah Izzat untuk membulinya. Dalam diam Izzat mengetahui sejarah silam Iqbal, perasaan benci itu menjadi suka kerana kuat menghadapi cabaran hidup dari kisah silamnya. Kerana kasihankan Iqbal, Izzat cuba menurunkan egonya untuk mendapatkan hati Iqbal dalam diam. Walaupun risikonya akan menjejaskan imej pembulinya itu. Demi Iqbal, Izzat sanggup melindunginya. Adakah merekanakhirnya bersama atau sebaliknya? Apakah drama-drama yang berlaku di dalm kisah ini?..
Makmum Yang Paling Aku Cinta by AiiFariza
AiiFariza
  • WpView
    Reads 72,263
  • WpVote
    Votes 562
  • WpPart
    Parts 29
Dalam Tahajud Nailufar merintih hiba. Sesungguhnya dia keliru menghadapi lamaran Dato' Syed Qassim. Seorang lelaki yang telah beristeri lebih dari seorang. Malah lelaki berumur itu sudi melunaskan hutang keluarganya dengan syarat dia menerima pinangan tersebut. Nailufar tersepit. Bibirnya berat mengungkap persetujuan tetapi ringan untuk berdoa. Lantas sekudus doa bergema pada sepertiga malam. Memohon Tuhan Yang Esa melorongkan sebatang jalan agar dia mampu berlari ke arah itu. Kerana manusia bernafsu binatang, sebuah tragedi berlaku. Mujur tindakan pantas seorang pemuda misteri berjaya menyelamatkannya. Hanya sekejap rasa syukur dirasakan sebelum Nailufar terpalit fitnah lebih dahsyat. Sekali lagi pemuda misteri itu menyelamatkan keadaan. Melamar demi memayungi maruahnya. Begitu mudah lelaki bernama Syed Amru menyatakan hasrat. Apatah lagi menerima dirinya yang banyak kekurangan. Nailufar panar. Namun dia melihat lamaran itu sebagai jalan keluar. Tepatkah tindakannya berlari ke sisi Syed Amru? Adakah itu jawapan Tuhan dalam Tahajudnya? Jika menolak bermakna dia harus mendepani lamaran Dato' Syed Qassim! " Voiceless or not, it doesn't matter. My feelings for you won't ever change. Please have faith in me, little one." ~ Kata salah seorang Syed!