Minamitakenouchi
Sepandai-pandai seorang perempuan, tempatnya di corok dapur juga akhirnya. Begitulah kata orang tua-tua. Perempuan di sinonimkan dengan kerja di rumah. Bukan bekerja di luar.
Duduknya tidak sama rendah dan berdirinya tak sama tinggi dengan lelaki. Gelojak jiwa Jamilah terkadang membuatnya resah. Dengan kepintaran dan kebolehan yang di anugerah Allah, dia terkurung dalam dunia ' perempuan hanya layak di dapur'. Namun pesan sang ayah membuatkan dia sedar hakikat ketentuan Allah. Dari seorang yang selalu ingin bebas, dia kini mengurung dirinya sendiri dalam dunia 'perempuan yang baik di janji syurga oleh Allah'. Dia ingin seberjaya Siti Khadijah, setabah Siti Maryam dan seteguh Siti Hajar.
Perjalanan demi perjalanan di lakukan bersama sang wali yang akhirnya membawa dia ke dunia ' perempuan itu harus siap menjadi penyokong yang ampuh'. Di lamar beberapa kali namun di tolak kerana yang di tunggu belum tiba, yang di mimpi belum menjelma.
Saat dia merasa bahagia akan kekal selamanya, dia kembali di sedarkan dengan hakikat ' Allah Maha Berkuasa '. Perjalanannya setelah ujian itu bukanlah sesuatu yang mudah. Dia bangkit demi keluarga, demi agama, demi diri sendiri.
Berani hidup berani mati. ~ Jamilah