KupaKerdil's Reading List
7 kuwento
Menggunung (Completed) ni HelmiEffendy
Menggunung (Completed)
HelmiEffendy
  • MGA BUMASA 213,803
  • Mga Boto 13,790
  • Mga Parte 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
KODUDUO(ON GOING) ni HaNaTang3
KODUDUO(ON GOING)
HaNaTang3
  • MGA BUMASA 48,417
  • Mga Boto 6,310
  • Mga Parte 42
Best Ranks : #Paranormal #2 #Ghost #2 #Sabahanstory #3 #Horror #5 Mabell dan empat orang kawan sekerjanya telah ditugaskan untuk membuat liputan mengenai pembangunan di Daerah P. Sebuah daerah yang terletak jauh terpencil dipedalaman. Ketika dalam perjalanan ke sana mereka telah tesesat dala. sebuah hutan yang tidak wujud pun di dalam peta tempat itu. Pelbagai kejadian menakutkan dan menyeramkan berlaku kepada mereka. Mampukah mereka keluar dari hutan itu dengan selamat?? Apakah sebenarnya misteri yang tersembunyi disebalik kejadian mereka tersesat dalam hutan itu?? Ikuti jawapannya dalam kisah ini. Written in Sabahan bahasa + English Pls vote and comment after read😘
LINTAH ni Ilyawriter
LINTAH
Ilyawriter
  • MGA BUMASA 47,382
  • Mga Boto 2,731
  • Mga Parte 27
RM 28.00 OFF 15% RM 23.80 (Harga tidak termasuk postage) Link Website: https://mall.karangkraf.com/lintah.html Whatsapp: 019-229 7227 Bila hati termakan hasutan syaitan, yang tidak berdosa menjadi mangsa...
Mas Ayu ni Ilyawriter
Mas Ayu
Ilyawriter
  • MGA BUMASA 13,529
  • Mga Boto 707
  • Mga Parte 11
Bangkitnya hanya kerana dendam! Sinopsis Kematian Bidan Senah menarik perhatian seorang wartawan muda, Benjy. Dia sanggup meredah kampung itu untuk mendapatkan cerita. "Siapa perempuan cantik itu, tok?" "Namanya Mas Ayu." Mas Ayu, kehadirannya ke kampung itu sangat tidak disenangi orang kampung, terutamanya Mak Puteh dan Melati. Ini kerana suami Melati, Musa, tergila-gilakan Mas Ayu. Mereka berpakat untuk membunuh Mas Ayu. "Manalah saya tahu siapa yang bunuh dia." "Habis macam mana boleh kamu kata yang Mas Ayu itu langsuir? Kamu pernah nampak dia bertukar jadi langsuir?" Dapatkan nove Mas Ayu di kedai buku Dear Novels atau di kedai-kedai buku berhampiran anda.
Koc 13 ni NaimTamdjis
Koc 13
NaimTamdjis
  • MGA BUMASA 120,558
  • Mga Boto 7,603
  • Mga Parte 39
Siapnya Projek Keretapi Pantai Timur (ECR) menyebabkan beberapa buah stesen yang membelah Banjaran Titiwangsa tidak digunakan lalu ditinggalkan menjadi usang. Stesen Dabong di negeri Kelantan turut menerima tempias dan ditinggalkan begitu sahaja. Raiqal... seorang pengembara seram yang tertarik dengan Urban Legend mengenai Koc 13. Koc yang akan muncul pada pukul 12.59 malam pada setiap tahun ganjil 29 Februari. Pengalaman Pak Hameed melalui catatan blog bab pertama sebelum hilang memotivasikan dirinya yang kebetulan tahun ganjil berlaku pada tahun tersebut. Tanpa sengaja Aiman Aklaken seorang novelis best seller bertaraf dunia datang ke stesen. Kawannya yang berjanji untuk menemaninya seperti biasa tidak muncul. Aiman Aklaken ingin menarik diri tetapi tiket bertulisan jawi dijumpai di kaunter telah memberi amaran "Naik... atau nyawa gantimu" menyebabkan Aiman Aklaken terpaksa menaiki Koc 13. Dan tidak tahu sama ada mereka bernasib baik atau malang, Koc 13 muncul tepat pada pukul 12.59 malam!
Akak Kemboja ni NaimTamdjis
Akak Kemboja
NaimTamdjis
  • MGA BUMASA 20,787
  • Mga Boto 904
  • Mga Parte 9
Siti adalah seorang ibu tunggal telah dihalau oleh emak mertua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bersama anaknya Johari yang berusia 7 tahun, mereka terpaksa berpindah ke sebuah flat di Bandar Baru Bangi kerana dia bekerja di salah satu kilang di situ. Memandangkan emaknya sering mengambil kerja lebih masa setiap malam minggu, maka tinggallah Johari seorang diri di rumah. Setiap kali tinggal seorang diri di rumah, Johari sentiasa terdengar bunyi bunyi aneh dan gangguan samada dari dalam atau luar rumahnya. Satu hari Johari menyiasat dari mana datang bunyi dan terserempak dengan Akak Kemboja. Mereka berdua menjadi 'kawan' sejak hari itu dan Akak Kemboja berjanji akan melindunginya.
LITTLE SECRET (COMPLETED) ni PlainHeyoka
LITTLE SECRET (COMPLETED)
PlainHeyoka
  • MGA BUMASA 58,417
  • Mga Boto 5,006
  • Mga Parte 53
PERTEMBUNGAN dua perwatakan yang sama sekali berbeza... ALEXA DUNCAN, si gadis pisau cukur yang mengikat tali pertunangan kontrak dengan seorang waris keluarga berada demi mencapai matlamat hidupnya untuk mengecapi kesenangan. ANDRE BJORN-FITZGERALD, seorang pemuda gay yang terdesak ingin menyembunyikan homoseksualitinya di mata umum demi menjaga maruah serta nama gah keluarga kayanya. SEBUAH akademi swasta yang berprestij tempat di mana salah faham, peras ugut dan pertunangan kontrak berleluasa. Disusuli dengan komedi. A STORY of self-discovery and coming of age, rojak Sabahan style by Plain Heyoka (MWO). °Ini adalah karya fiksyen. Nama, watak-watak, bisnes, nama-nama tempat, peristiwa dan tempat kejadian sama ada produk imaginasi penulis ataupun rekaan semata-mata. Sebarang persamaan dengan orang sebenar, hidup atau mati, atau peristiwa sebenar cumalah kebetulan.°