Best 2 ( FULL )
186 stories
Isteri Ekspres Tengku Raiz by dayahnur
dayahnur
  • WpView
    Reads 1,349,317
  • WpVote
    Votes 37,401
  • WpPart
    Parts 53
Tengku Asyraf Raiz atau dikenali sebagai Tengku Raiz seorang lelaki yang terkenal pada usia mudanya disebabkan oleh kekayaan yang dimiliki olehnya Walaupun kelihatan sempurna pada mata orang lain namun dia adalah seorang duda dengan seorang anak perempuan yang baru berusia 3 tahun , selepas kematian isterinya dia bertekad untuk tidak berkahwin lagi namun disebabkan anaknya yang sangat sayang pada pembantu rumah mereka yang baru mula berkerja itu dia turuti juga keinginan anaknya untuk beribukan wanita itu Tapi yang menjadi masalahnya adalah pembantu rumahnya itu seorang gadis yang berumur 18 tahun yang baru mendapat sijil kelulusan SPM "Kenapa masih panggil saya bos , mulai saat ni saya suami awak jadi panggil saya abang dan kalau mengikut pangkat juga saya lebih tua dari awak kan" -Tengku Raiz "Awak terima saya sebab Jannah atau sebab awak suka saya?" -Aisyah Raihana "Sini la kita mandi sekali sayang..."-Tengku Raiz "gila ke apa awak ni...ei...tak nak lah saya"-Aisyah Raihana lama kelamaan hubungan mereka semakin erat Tengku Raiz ternyata sudah lama menyimpan rasa terhadap Aisyah namun dia menafikannya disebabkan oleh umur Aisyah yang begitu muda Aisyah pula mula menyayangi Tengku Raiz setelah dia melihat betapa sayangnya Tengku Raiz terhadap anaknya namun mana mungkin hubungan mereka sentiasa aman kan pasti ada yang akan mengganggu hubungan mereka dengan munculnya kehadiran Tengku Hafizzudin dan Amirul Mukmin telah membuatkan kedudukan Tengku Raiz dihati Aisyah tergugat
MY 'RUDE' WIFE by ByCikNorCinta
ByCikNorCinta
  • WpView
    Reads 2,520,146
  • WpVote
    Votes 28,588
  • WpPart
    Parts 44
SUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur mungkin menyintai,namun dia bersembunyi. Firdaus mungkin menyayangi,namun dia tidak menyedari. "Yelah,papa minta Melur kahwin dengan abang tapi abi paksa abang kahwin dengan Melur. Tu je bezanya." "Abi tak paksa la. Dia pun minta abang kahwin dengan Melur." jawab Firdaus mendatar. "Habis tu yang hari-hari cakap terpaksa kahwin tu kenapa? Takkan drama semata-mata kot?" "Dah tak nak,memanglah rasa terpaksa." jawab Firdaus perlahan. Melur senyum. "Tup-tup dapat bini cun. Perghh! Dalam hati cakap 'nasib baik aku terima. Kalau tak,melepas. Lawa tu...mana nak cari.' Kan?" kata Melur sambil mengangkat-angkat keningnya. Firdaus menahan senyum melihat riak wajah Melur yang nakal itu. "Perasan." Memang Melur selamba dan selamba itulah yang membuatkan Firdaus marah. Tapi,marah acah-acah dan sombong pun acah-acah. " Abang tak payahlah nak jadikan kisah kita ni klise macam novel yang diadaptasikan ke drama TV tu. Buang masa je." kata Melur memulakan. Firdaus menoleh. "Maksud awak?" "Tengoklah kisah-kisah novel sekarang. Kahwin paksa. Mula-mula tak nak,marah-marah,gaduh-gaduh. Tidur asing-asing. Cakap awak-saya. Lepas tu perlahan-lahan suka dan jatuh cinta. Very cliche. Bersepah kat kedai buku cerita gitu. Kita ni pun dah nak jadi macam tu jugalah. Watak utamanya abanglah. Temanya,kena kahwin paksa." Mampukah isteri yang RUDE itu mematahkan ego seorang lelaki yang bergelar suami? Ya,kekadang Melur dapat merasai kasih Firdaus membaluti hatinya,namun kekadang ianya bagai bayu yang berhembus dan berlalu pergi dari sisinya. Kekadang dirasakan tangannya bersatu dengan tangan Firdaus lalu menerbitkan bunyi tanda mereka saling menyayangi. Namun kekadang dirasakan tangannya terbiar sepi dan bertepuk sendiri. Ya,ianya berbunyi tetapi hanya mimpi. Di mana dan ke mana kasihnya Firdaus pergi? Adakah masih utuh untuk Dee atau sudah berputik untuknya yang setia menanti?
Kerana Aku Isteri Bidaan by tulip_ungu
tulip_ungu
  • WpView
    Reads 235,408
  • WpVote
    Votes 700
  • WpPart
    Parts 21
Karya keempat Tulip Ungu ini berkisarkan mengenai Raina yang terperangkap dalam dunia GRO gara-gara percaya dengan janji kekasih hati yang membawanya lari dari dunia kampung dan dunia Farel. Hari pertama bertugas, dia bertemu Emad dan mengikat kontrak untuk kekal sebagai teman mesra Emad di kelab. Raina yang dahulunya degil, liar, melawan, menambah perangai lagi. Manja, seksi, gedik demi tuntutan tugas dan keselamatannya. Suatu hari Farel muncul di depannya. lelaki yang difitnahnya dan ditinggalkan pula pada malam pernikahan mereka namun lelaki itu juga yang membidanya dari TTF. Rumah tangga mereka ada pasang surut. Ada rentak 3S - seksa, seksi dan syurga. Disangka matahari hingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Rupanya rumah tangga mereka cukup rentak, memporak-perandakan hati dan tragis juga. Apakah yang berlaku dan tindakan Farel seterusnya tatkala Raina masih sukar mengubah cara hidup GROnya? ************ Novel ini tercalon dalam Anugerah Pilihan Pembaca 2016. Boleh dibeli secara online di FB Intens Idea Fauziah Ashari ataupun di mana-mana kedai buku berhampiran.
Cinta Tanpa Prejudis by Annesnadia
Annesnadia
  • WpView
    Reads 559,280
  • WpVote
    Votes 12,316
  • WpPart
    Parts 40
Tengku Aeris Naufal Tengku Hisham. Lelaki kacukan inggeris yang sering menjadi dambaan para wanita. Dalam erti kata lain jejaka terhangat di pasaran yang menjadi CEO di empayar syarikat bapanya tersendiri. Manakala Aleesya farhanah hanya seorang gadis kampung yang jelas jauh panggang daripada api jika mahu dibandingkan dengan Tengku Aeris Naufal. Kegagalan dalam percintaan terdahulu telah mengukuhkan lagi tembok egois dan prejudis Tengku Aeris Naufal.Baginya,cinta hanya berunsurkan materialistik semata mata dan Tengku Aeris juga berjanji pada dirinya bahawa dia tidak akan mudah tunduk pada cinta yang hanya palsu.Mampukah Aleesya Farhanah gadis bersederhana bangkit untuk meruntuhkan tembok ego Tengku Aeris Naufal yang sekukuh dan setinggi tembok cina? " Mungkin lelaki lain diluar sana mampu kau tundukkan tapi hati aku tak semurah diri kau untuk kau tawan dan kau tundukkan ! " " Izinkan Ana untuk memanggil awak dengan panggilan abang walaupun perkahwinan ini hanya satu paksaan"
LARA SOFEA  by SyuhadaRozali
SyuhadaRozali
  • WpView
    Reads 938,187
  • WpVote
    Votes 35,368
  • WpPart
    Parts 90
Izznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
Suamiku Abang Tiriku by atikahika02
atikahika02
  • WpView
    Reads 1,628,726
  • WpVote
    Votes 49,090
  • WpPart
    Parts 88
#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi semakin haru biru apabila Azrif Ayril mengambil keputusan untuk menikahi adik tirinya. "No!I don't want!" Ayla Ayuni "Ayla,aku dah janji dengan papa yang aku akan jaga kau.." Azrif Ayril
Abangku, Suamiku!   by safikah_rohiman
safikah_rohiman
  • WpView
    Reads 1,538,309
  • WpVote
    Votes 33,254
  • WpPart
    Parts 74
Cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang bernama Puteri Alisya binti Megat Idrus. Dia seorang yang comel,cantik,ceria,peramah dan pandai. Tetapi dia telah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya. Lelaki itu adalah Irfan. Satu rahsia yang tidak pernah diketahuinya menyebabkan hatinya terseksa. Di sebabkan rahsia itu juga,dia terpaksa berkahwin dengan Irfan. Lama-kelamaan,Alisya telah jatuh cinta terhadap Irfan. Sikap Irfan yang sentiasa mengambil berat terhadapnya dan sentiasa mengusiknya menyebabkan hati dia tertarik dengan Irfan. " Hai sayang,masak apa tu?" -Alif Irfan " Masak kari kepala Irfan," -Puteri Alisya Siapa Irfan sebenarnya? Adakah irfan juga mencintai Alisya? Adakah mereka akan kekal selamanya ataupun sebaliknya? Kalau nak tahu Abangku, Suamiku! ada jawapannya.
Setia Bersamaku (Completed) by teaqahm
teaqahm
  • WpView
    Reads 570,791
  • WpVote
    Votes 10,675
  • WpPart
    Parts 46
Tengku Afran adalah seorang lelaki yang hidup penuh kemewahan dan suka berfoya-foya. Perangainya itu sungguh merungsingkan Dato Aydan dan Datin Rapiah yang akhirnya tekad mahu menjodohkan anak mereka dengan seorang perempuan bernama Zulaika. Zulaika, orangnya tidak cantik dipandang. Kurus pun tidak. Seksi pun tidak. Yang dipandang Tengku Afran adalah seorang perempuan gemuk yang terhegeh-hegeh mahu kahwin dengannya. Zulaika mempunyai hati dan niat yang baik. Hati murninya seringkali digores tapi satu sahaja dia mahu tolonglah setia bersamanya.
Demi Sebuah Rasa by mieamie_
mieamie_
  • WpView
    Reads 151,753
  • WpVote
    Votes 6,630
  • WpPart
    Parts 57
Cover by :: @MrsSufi Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang semuanya... hanya kerana satu tragedi. "Dyan pilih, kami atau budak tu." -Datuk Umar. Kewujudan Daryna Haira sangat menguji kekuatan seorang Dyan Uqasha. Papa dan mama membuangnya dari hidup. Namun dia cuba tabah dengan pilihan yang telah dibuat. "Kalau nak kemaafan dari kami, terima anak Tan Sri Dawud." -Datin Delaila. Demi sebuah kemaafan, Dyan Uqasha akur dengan kehendak takdir. Kehadiran Daim Luqman cuba diterima setulus hati. "Dyan, I bukan nak kahwin dengan you. Tapi, dengan Daryna, mama dan papa you, Mak Cik Leha you... I nak sayang semua yang you sayang, tahu tak?" -Daim Luqman Saat hati mula terbuka untuk menerima Daim Luqman, muncul Faid Harraz menuntut pengertian. "Lama aku cari kau. Bertahun Dyan! Kenapa kau pergi macam tu je?"- Faid Harraz. "Kau dan aku sama-sama tak bersalah. Lupakan semua! "-Dyan Uqasha. Demi Sebuah Rasa, menyingkap rasa seorang Dyan Uqasha.
WANITA KESAYANGAN TENGKU ( TERBIT) by syaff_eyka_21
syaff_eyka_21
  • WpView
    Reads 3,676,816
  • WpVote
    Votes 35,113
  • WpPart
    Parts 28
Farah Husna, dirinya seringkali digambarkan sebagai watak antogonist oleh orang yang tidak mengenali dirinya. Berbekalkan wajah yang rupawan, mudah sekali untuk dia mendapat lelaki yang dia mahu. Tidak kira muda ataupun tua, semua lelaki tertarik untuk mendekati dirinya. Kecuaian yang dilakukan oleh Farah Husna menyebabkan dirinya terikat dengan seorang Tengku yang sombong dan angkuh. "Kenapa kau senyum? Betulkan apa yang aku cakap? Perempuan sundal macam kau ni, sanggup lakukan apa saja untuk pikat lelaki kaya walaupun maruah diri terpaksa dicampak dalam loji najis." TENGKU ADAM. "Betullah tu, memang aku ni perempuan sundal, tapi untuk pengetahuan kau, aku tak bodoh yang bodoh tu kau. Tengok perempuan ni dapat siapa? Tengku. Tengku ni dapat siapa? Sundal." FARAH HUSNA. Sayangnya apabila mereka mula cuba untuk memahami satu sama lain, muncul Sheila Shaqilla yang nekad untuk merebut cinta hatinya semula. "Aku just nak bagi warning dekat kau, Am tu milik aku. Kau jangan fikir kau ada peluang nak ambik hak aku." SHEILA SHAQILLA. "Eh kalau kau nak kau ambil. Ambil sekarang! Kau ingat aku kisah? Pasal lelaki pun lebih-lebih." FARAH HUSNA. Kisah cinta bak cerita dongeng itu akhirnya hancur jua apabila fitnah dilemparkan dan kepercayaan yang mula goyah. Ketika kebenaran perlahan-lahan terungkai untuk mereka membetulkan semula keadaan, muncul pula jejaka-jejaka dari masa lampau yang ingin mengubati luka di hati Farah Husna. "Aku masih sayang kau Una." TENGKU ADAM. "Dengan izin Allah Una, saya tetap akan tunggu awak." MOHAMMAD IRFAN. "Kau doakan lah aku bahagia dengan Una." MEGAT FARID. Jadi siapakah yang akan Farah Husna pilih sebagai teman sehidup semati? Tengku Adam, bekas suaminya, Mohamad Irfan, teman baiknya sejak kecil atau Megat Farid yang merupakan pujaan hatinya sejak di Universiti.