ejart14's Reading List
9 stories
SAYAP LUKA [TERBIT] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 10,155
  • WpVote
    Votes 78
  • WpPart
    Parts 9
﷽ - SYUHADAH 1st BOOK TAJUK ASAL: DIARI HATI ALIF TAJUK BARU: SAYAP LUKA ISBN: ISBN 978-967-0078-87-8 HARGA SM: RM25 HARGA SS: RM28 TERBITAN: MUST READ SDN BHD "Arif tak nak. Arif tak nak abang sakit sebab Arif. Tak payah ibu, ayah. Jangan benarkan pembedahan itu." - Arif "Dia kata dia nak tengok kita semua bahagia... tapi dia sendiri yang menderita seorang diri." - Aqil Alif selalu jadi yang kedua-dalam keluarga, dalam cinta, dalam hidupnya sendiri. Sejak kecil, perhatian ibu ayahnya lebih tertumpu kepada adik kesayangan, Arif, yang sakit tenat. Alif sanggup korbankan impiannya demi menjaga adik, tapi semuanya musnah bila Arif pergi dahulu. Hidup diteruskan, tapi ujian tak pernah berhenti. Cinta hatinya, Naura, dikahwinkan dengan Rizal pembuli zaman sekolah yang masih berdendam. Bila dituduh mencuri, Alif dihalau oleh keluarganya sendiri. Terpaksa membawa diri ke Kuala Lumpur, Alif temui harapan baharu di sebuah rumah anak yatim. Tapi tubuhnya pula mula sakit-dan diagnosisnya bukan berita baik. Saat dia cuba bangkit semula, hadir pula adik kembarnya, Aqil, yang membuatkan dia terasa semakin terpinggir. Alif hanya mahu disayangi. Tapi bila dunia terus menolak, adakah cinta dan keluarga itu masih berbaloi untuk diperjuangkan? Sayap Luka ialah kisah tentang kasih yang dipinggirkan, tentang luka yang tidak berdarah dan tentang seorang lelaki yang cuba mencari makna wujudnya dia sebelum dia benar-benar hilang dari dunia yang tidak pernah memilihnya. Boleh beli di TikTok Must Read SDN. BHD. ✨
IRTIHAL by IrseMayra
IrseMayra
  • WpView
    Reads 21,001
  • WpVote
    Votes 2,206
  • WpPart
    Parts 37
Tiga lelaki. Satu ikrar. Tanah Syam yang berdarah. Bagi Aslan, Zelimkhan, dan Israfil, Syria bukanlah sekadar peta. Ia adalah medan janji yang diikat, di mana setiap debu di udara adalah saksi kepada perjuangan dan setiap hari adalah pertaruhan nyawa. Nota: Karya ini hanyalah sebuah fiksyen semata, kecuali beberapa fakta sejarah sedia ada seperti perang saudara Syria, pengeboman Beslan, dan sejarah perang Chechen pertama dan kedua.
Miss Prodigy : Pahlawan Emelda (Terbit ✅️) by Merci_Misha
Merci_Misha
  • WpView
    Reads 298
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 3
"Pewaris Zailyrosam akan muncul bersama penjaganya. Fariha, awak harus sentiasa bersedia." Seorang gadis yang lemah-lembut dan bersopan-santun. Itulah Fariha, gadis bijak yang disenangi ramai dan digemari para guru di sekolah. Sehinggalah satu hari, pelajaran terpaksa ditinggalkan. Dalam keterpaksaan, dia dipanggil untuk menghadap datuknya Tok Mali di sebuah perkampungan yang sangat asing baginya. Tanpa diduga, dia telah diarahkan untuk menjadi seorang pahlawan di kampung tersebut yang dikenali sebagai perkampungan Emelda. Sebatang pena sakti yang dipanggil 'Pena Zailyrosam', bakal bertemu dengan pemiliknya, menjadi faktor utama arahan tersebut dipertanggungjawabkan ke atasnya. Oleh itu, fenomena misteri yang terjadi ini memaksanya untuk menjadi seseorang yang berlainan. Mampukah dia, seorang yang lemah-lembut menjadi seorang yang lasak dan mahir bermain pedang?
Projek Athena [ZERO]: Melawan Kematian by SyahiraHozami
SyahiraHozami
  • WpView
    Reads 289
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 13
[Prekuel kepada novel Projek Athena] Dr Aria - seorang saintis yang terlalu obses dengan kerja-kerjanya sampai prioriti keluarganya sering terabai, hinggalah musibah menimpanya. Tenggelam dalam kekesalan yang tak berkesudahan, Dr Aria sekali lagi diberikan peluang melalui khidmat buat kali terakhir - sekiranya genetik manusia bisa diubahsuai hingga mampu menyelamatkan orang yang tersayang daripada mati, adakah Dr Aria sanggup melawan takdir kejadian ini? Tanpa Dr Aria ketahui, pilihan yang dia ada ialah pilihan yang bakal menentukan nasib banyak nyawa; benarkah ini satu-satunya jalan untuk menebus kekesalan, atau hanya ilusi sebuah pembalasan?
Buih di Awangan ✓ by hanzerry
hanzerry
  • WpView
    Reads 7,300
  • WpVote
    Votes 1,112
  • WpPart
    Parts 70
𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘉𝘋𝘈, 2022 "Sumpah... kalau nak masuk aliran Sains tulen, kau kena kuat mental dan fizikal. Kena kuat struggle, kena kuat dengar cikgu pressure kau sebab duduk kelas depan dan yang paling penting kena banyak berkorban kalau nak berjaya." - Ainiy Nadia Segalanya bermula sejak Adma, seorang mamat dari kelas KAA yang bijak math pindah masuk Tingkatan 4 Sains 1. Bertemu dengannya, sedikit demi sedikit menarik Ainiy untuk minat subjek kira-kira itu. "Math mesti lulus. Kalau Math dah gagal, then how could you cope with Add Maths?" - Adma Betul... menjadi seorang budak Sains kena banyak berkorban. Itulah yang patut dilakukan oleh Ainiy. Lagi parah apabila gadis ini tiba-tiba menerima sekeping surat dari junior yang confess kat dia. "Akak ada crush tak?" - Rafiq "Perlu ke nak tahu." - Ainiy Lipatan surat itu dibuka. Sekaligus membuatkan Ainiy terasa dipermainkan. Apakah isi surat itu? Dan dapatkah Ainiy terus fokus dalam pelajaran walaupun selalu diganggu oleh budak yang buat confession itu? Genres : Slice of Life, Romance, Teenfiction Started : 24 September 2022 Ended : 9 June 2023 Highest Rankings ✎ #3 cintamonyet ✎ #4 novelmalay ✎ #5 teenfiction ✎ #6 highschool ✎ #12 sliceoflife
Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 6,940
  • WpVote
    Votes 113
  • WpPart
    Parts 7
Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan - Enam bulan telah berlalu selepas tragedi di Wagangada. Enam bulan juga Ariki dan rakan-rakannya berkampung di Hutan Maut bersama Ibu Umeira. Enam bulanlah juga Ishmakil tidak pulang-pulang kepada mereka. Ibu Umeira telah memutuskan untuk menghantar Ariki dan rakan-rakan mengembara ke Negara-Negara Timur, mencari Ishmakil. Destinasi pertama mereka ialah Mastazadi, sebuah negara yang dipimpin seorang budak bernama Arata. Di sana, mereka akan teruji dengan konflik demi konflik, yang menjemput 1001 persoalan terhadap perjuangan mereka, persahabatan dan masa hadapan antara mereka! Pada masa yang sama, deklarasi Ariki di Wagangada telah menginspirasikan pemberontakan di Mukan'Aja. Kini mereka berkumpul di Masjid Al-Aqsa yang terletak di LikuWaku. Keadaan itu memaksa Lutello turun ke sana untuk berhadapan dengan mereka, tanpa mengetahui ada kejutan sedang menanti dirinya. Sambungan Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru ini pastinya penuh dengan debaran!
Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 13,135
  • WpVote
    Votes 290
  • WpPart
    Parts 7
Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru - Novel ini kisah seorang pemuda bernama Ariki. Dia ini anak angkat kepada Maharaja Lutello, yang sedang menguasai hampir 2/3 dunia. Satu hari, sebab nak cuba bantu orang yang dizalimi, Ariki sudah terbunuh Wirawan ayahandanya. Takut kena hukum, sebab ayahanda dia memang zalim gila, Ariki lari. Di tengah pelarian, dia ditakdirkan bertemu seorang srikandi bernama Aifer, yang kemudian memperkenalkan Ariki kepada bapanya yang bernama Kabeer. Kabeer arahkan Ariki bekerja dan buat beberapa rutin aneh, tetapi rupa-rupanya Kabeer telah melatih Ariki menjadi seorang satria. Ketika itulah baru Ariki tahu, Kabeer ialah salah seorang dari kumpulan Satria-Satria Sejati yang pernah menentang ayahandanya satu masa dahulu. Bermulalah perjalanan Ariki yang penuh mehnah dan tribulasi, menggalas tanggungjawab untuk menumbangkan kerajaan ayahandanya sendiri.
Nirnama by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 40,781
  • WpVote
    Votes 791
  • WpPart
    Parts 6
Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama. Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih? Siapakah sebenarnya Nirnama?
Empires of Faith by Le_Muslim_MAN
Le_Muslim_MAN
  • WpView
    Reads 25,492
  • WpVote
    Votes 2,566
  • WpPart
    Parts 41
The year was 1663 A.H. An evil emperor named Kwaade threatened the freedom to believe and sought to erase religion from the face of the Earth, bringing the world to its knees. Alas, there remained those who would be steadfast in bowing only to God. Read and discover the tales of their battles and struggles against oppression in a world of empires. Empires, of faith... _______________ Copyright © 2013- by Abdullah Muhammad All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other noncommercial uses permitted by copyright law. Legal charges may be filed against anyone found in violation of this copyright.