musfirahismail's Reading List
172 stories
Cintakah dia by ZaraLily1001
ZaraLily1001
  • WpView
    Reads 953,723
  • WpVote
    Votes 25,308
  • WpPart
    Parts 46
" I nak you jadi isteri I" Naura Bella terkedu. Fikirnya lelaki itu gila kerana tiba-tiba melamar dia untuk dijadikan isteri walaupun mereka tidak pernah kenal langsung. Tetapi tidak bagi Luth Mikael. Melamar Naura Bella hanyalah satu misi untuk mendapatkan zuriat sebagai pewaris kepada empayar perniagaan yang telah dibina. Tiada istilah cinta dalam hidup seorang yang 'workcholic' seperti Luth Mikael. Bagi gadis naif seperti Naura Bella, lamaran Luth Mikael diterima biarpun dia jelas akan niat sebenar lelaki itu. Matlamatnya tanah yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya perlu ditebus semula. Hidup bersama lelaki 'king control' seperti Luth Mikael menyesakkan dada. Usaha keras mendapatkan zuriat dijalankan biarpun tanpa rasa cinta di hati Luth Mikael. Namun tidak bagi Naura Bella. Rasa itu mulai wujud biarpun bibir terikat dengan janji. Mampukah seorang 'heartless' seperti Luth Mikael berjaya dicairkan oleh si isteri Naura Bella? #cerpen #ceritaromantik
Bukan Yang Sempurna. by mayangisnotmyname
mayangisnotmyname
  • WpView
    Reads 1,205,719
  • WpVote
    Votes 44,859
  • WpPart
    Parts 75
status; C O M P L E T E (24 April 2020). --- Blurb; "Sampai bila awak nak biar Aisha tu tinggal dengan kita? Dia tu adik angkat awak, bukan adik kandung awak!" - Suria. Berderai hati Aisha tatkala mendengar kata-kata Suria. Dia tahu yang dia sekadar menumpang di rumah Farid. Bagi Farid, Aisha merupakan amanah daripada arwah ibu bapanya yang mahu dia menjaga Aisha sebaiknya. Berbekalkan hati yang terluka, Aisha cuba keluar dari rumah Farid, namun dihalang abang angkatnya itu. Lalu, Suria merancang untuk mengahwinkan Aisha dengan kawan baiknya sendiri semata-mata mahu melihat Aisha keluar dari rumahnya. "Kalau Kak Su tak sukakan Aisha sekalipun, Kak Su tak ada hak nak tentukan hidup Aisha!" - Aisha Nadrah. Pertemuan Aisha dengan Abby, si comel di pusat beli belah telah mengubah hidup Aisha. Akhirnya, dia menjadi pengasuh buat Abby. "Abby nampak sukakan awak. Dia susah nak rapat dengan orang yang dia tak kenal." - Raid Haris. Raid Haris; lelaki yang bertanggungjawab menjaga kebajikan Abby semenjak Abby kehilangan ibu bapanya. Dalam diam, Aisha menyimpan perasaan terhadap Raid Haris namun terpaksa dilupakan kerana Raid Haris sudah berpunya. Namun, segalanya berubah tatkala Raid Haris memilih Aisha sebagai suri hati. Lalu, apa yang bakal terjadi? Mampukah Aisha menerima sementelah Raid Haris itu kepunyaan orang? "Saya tak sempurna tapi awak dah sempurnakan hidup saya." - - - - - Start; 17 July 2019. End; 24 April 2020. Jangan tiru dan copy! Im watching you 👀
ASHANDRA by MiszJupiter
MiszJupiter
  • WpView
    Reads 41,297
  • WpVote
    Votes 2,920
  • WpPart
    Parts 10
Ashandra- Tak pernah terfikir dek akal bahawa aku akan dapat 'keistimewaan' ni. Dan aku sendiri tak tahu bagaimana aku boleh dapat benda ni. Jalan aku, mungkin tak sama dengan jalan kau. Dan cerita aku, mungkin tak sama dengan cerita kau. Dan aku pilih untuk jadi orang yang berbeza daripada orang lain. Indra- Cinta itu buta, dan juga boleh membutakan. Dan aku telah hanyutkan diriku dalam kecintaan paling dalam. Untuk dia, aku sanggup redah apa jua. Mungkin aku akan hilang diri aku sendiri, atau mungkin aku akan musnahkan diri aku sendiri. Aku rela. Darius- Terkadang, persahabatan yang terlalu erat mampu menjadi tembok yang terlalu tinggi untuk satu perasaan yang mungkin aku sendiri yang alami. Aku benci persahabatan aku, tapi aku sayangkan dia. Cover by @IvoryCarmia 24/6 #4inparanormal
Isteri Yang Dibeli [ E-BOOK | DIBUKUKAN-TERBITAN APRIL 2022 ]  by AizackMesle
AizackMesle
  • WpView
    Reads 47,274
  • WpVote
    Votes 2,404
  • WpPart
    Parts 14
Kata orang, cinta tidak bisa dijual beli. Tetapi tidak untuk seorang lelaki yang sudah beku hatinya untuk mencintai. Akibat kenangan pahit lalu, dia membesar menjadi seorang yang tidak ada kasih sayang. Prinsipnya hanya satu, tiada seorang perempun pun layak untuk berdampingan dengannya. Sehinggalah ketika ulang tahunnya yang ke-32. Detik itu, mengubah segala-galanya. "Kau tak ada rasa nak kahwin ke? Ada isteri, anak? Sampai bila nak membujang...kau tu bukannya muda lagi. Nanti dah terlambat, baru nak menyesal." -Ku Zaril. Tetapi bukan kahwin yang melekat di otaknya. "Anak? Aku memang nak rasa ada anak. Anak dari benih aku. Pewaris aku. Tapi aku tak akan kahwin." - Ku Qidran. "Eh bengap bin sengal! Kalau tak kahwin, mana nak datang anaknya? Kau fikir anak tu boleh beli dekat shopee ke?" -Ku Zaril. Ada betulnya juga kata-kata Ku Zaril itu. Tapi...ah, persetankan semua itu! Ku Qidran tidak mahu memanjangkan topik itu. Apa yang menjadi keutamaan dia sekarang ini adalah anak. Ku Qidran mahu memiliki seorang anak. Setidaknya boleh menjadi peneman hari tua nanti. Pertembungan dengan seorang gadis malang di sebuah kelab malam yang dikunjunginya membuahkan akal licik di benak Ku Qidran. Mungkin dengan cara ini, dia boleh mendapatkan keinginannya. "Encik tolong saya. Saya tak nak buat kerja ni! Saya dipaksa, encik. Tolong bawa saya keluar dari sini." - Nasuha Zahra. "Betul nak keluar dari sini? Tak nak buat kerja ni?" - Ku Qidran. Bersungguh-sungguh gadis itu mengangguk. Dan akhirnya Ku Qidran bersetuju. Namun, kata orang lagi, there is nothing free in this world. Everything comes with price. She need to 'pay' it. "Aku dah beli kau dengan harga RM500,000. Jangan kecewakan aku, Nasuha Zahra. Beri apa yang aku nak, kau akan selamat dari sini. Deal?" Hendak tidak hendak, Nasuha terpaksa menerima perjanjian Ku Qidran untuk keluar dari tempat itu. Marriage contract, Nasuha dipaksa untuk menandatanganinya. "Until the contract ends, you're still mine."
Mr. Cold Dictator [ TERBIT ] by AizackMesle
AizackMesle
  • WpView
    Reads 638,192
  • WpVote
    Votes 27,308
  • WpPart
    Parts 18
Seperti kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan, tapi ini pekerjaan yang dia pilih. Dalam letih, ada rasa bahagia. Melihat tawa anak-anak kecil itu, cukup melegakan hati kecil dia. "Teacher..." Suara kecil itu menyentakkan dia daripada lamunan. Terasa ada jemari kecil mencuit-cuit lengan dia. Pandangan terus dijatuhkan ke arah punca suara. "Yes honey?" Masih memandang, bibirnya merekah dengan senyuman lebar. Jemari jatuh mengusap kepala anak kecil di bawah dengan lembut. Penuh kasih sayang. Jujur katakan, dia sudah terlanjur sayang. "This is for you..." Terletus tawa kecil saat anak kecil itu malu-malu menyua tiga kuntum bunga kertas yang entah sejak bila dipetik. Disambut dengan senang hati. Turut menurunkan tubuh sedikit. Ingin menyamai paras ketinggian anak kecil itu. Rasa terharu. "Thank you Eshaq!" Puncak kepala anak kecil itu menerima kucupan pantas. Tidak lupa juga, tubuhnya dipeluk erat-erat. "Ehem!" Mendengar suara rendah nan berat itu, tubuh Eshaq dilepaskan. Kembali berdiri tegak di sebelah anak kecil itu dengan kening terjungkit. Sedikit hairan. Mahu bertanya, tapi takut tersalah kata. Jelas dia nampak bingung. Kening yang tidak gatal digaru. "Who are you?" "I'm Eshaq's father. Pleasure to meet you Jelita Elnara." Tegas nadanya membuat seluruh tubuh sang Jelita kejung beku. ⚠️Do not copy any part of this story !
BLD: HAIDAR [ON HOLD] ⚠️ by AizackMesle
AizackMesle
  • WpView
    Reads 39,832
  • WpVote
    Votes 3,874
  • WpPart
    Parts 10
"I'M THE VILLAIN IN MY OWN LOVE STORY."-NH NAHAR HAIDAR, boleh dikatakan lelaki hero jelmaan novel tetapi bukanlah dambaan para gadis. Kerana sikapnya yang panas baran, dingin beku, suka bergaduh dan 'introvert' membuatkan dia digelar The Badboy di sekolah. "Kau nampak tak senior tu? Aku nak kau tegur dia sampai dia berminat untuk bercakap and mungkin berkawan dengan kau. Kalau kau berjaya, aku dengan kawan-kawan aku janji takkan buli kau lagi." DARA ALUNA, hidupnya biasa-biasa saja. Tidak kaya, tidak pula susah. Dia hidup bersederhana dengan ibunya. Ayah dia pula meninggal kerana serangan jantung pada beberapa tahun yang lepas. Kerana satu kejadian yang memilukan, dia terpaksa terjebak dalam kehidupan lelaki itu. Lelaki yang digelar sebagai The Badboy. "Kau dah buat aku tertarik kepada kau, and now kau nak ignore aku macam itu aje? Sekali kau masuk dalam dunia aku, jangan harap aku akan lepaskan kau." -NAHAR HAIDAR Kerana satu pertaruhan untuk menyelamatkan diri, DARA ALUNA terpaksa terjebak dalam dunia Haidar yang penuh misteri. Saat dia berlari, Haidar akan datang mengejar dari semua arah. Sehinggalah ada satu rahsia terbongkar membuatkan Haidar cuba menjauh untuk seketika. Selepas lima tahun mendiamkan diri, Haidar pulang semula untuk mengejar Dara kembali. Tetapi harapannya seolah-olah punah apabila Dara yang dia kejar dulu, sudah menjadi tunangan orang. Tunangan adik dia sendiri. "Dara dah jadi tunang aku, Haidar. Jangan ganggu Dara." -ENGKU RADEN MIKAEL. Haidar bukanlah hero dambaan gadis. Kerana Haidar, he is a villain. disguised as a protagonist. The real villain. "Aku akan dapatkan Dara walaupun aku terpaksa menentang keluarga aku sendiri. Mark my words!" -NAHAR HAIDAR Persoalannya, berjayakah Haidar merebut Dara semula atau dia akan berputih mata melihat Dara bahagia bersama adiknya sendiri? ⚠️Do not copy any part of this story 🕊Cover by AizackMesle
Faiq Evans [C] by tyracaramel
tyracaramel
  • WpView
    Reads 147,768
  • WpVote
    Votes 6,092
  • WpPart
    Parts 55
COMPLETED Evans's Series [#2] Faiq Evans, lelaki yang terkenal dengan sifat misteri pada dirinya. Tiada siapa pun tahu tentang latar belakang keluarganya. Tiada siapa pun yang tahu tentang kebenaran tentang dirinya. Dia hanya dikenali sebagai Faiq, lelaki yang malu dan kurang berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya. Dia hanyalah seorang pelajar kolej pada siang hari. Tetapi malam? Dia seorang buaya darat yang dikenali sebagai Evans di seluruh kelab malam yang terdapat dalam Kuala Lumpur. Dia bukan seorang pelajar yang kelihatan begitu lembab, tetapi dia adalah seorang lelaki yang membawa seribu tanda tanya kepada pelajar-pelajar lain. "Aku suka dia.. Tapi, aku tengok dia terlalu pendiam. Aku pula segan nak tegur dia." Adelia, pelajar perempuan yang menuntut pelajaran di tempat yang sama dengan Faiq. Cuba 1001 cara untuk menegur dan membuat Faiq untuk berbicara dengannya. Perkenalan di antara Faiq dan Adelia yang penuh muslihat. Hanya lelaki itu yang tahu kebenarannya. "Lia! Adelia Qistina! Abang tak izinkan Lia keluar!" - Faiq Evans "Kalau aku tetap nak keluar? Nak buat apa? Nak lafaz cerai ke? Buatlah! Memang itu yang kau nak, kan? Aku mudahkan kerja kau sekarang, Faiq. Take it or leave it. Aku tunggu keputusan kau sekarang." - Adelia Qistina Apabila muslihat Faiq terbongkar, segalanya menkadi huru-hara. Kehidupan Faiq yang senang berubah menjadi huru-hara dalam sekelip mata akibat menganiaya perempuan yang tidak bersalah. "Dendam dan ego abang hanya membei duri pada abang. Lia tak bersalah tapi abang hukum sayang. Abang hukum sayang seperti tiada hari esok. Abang minta maaf, sayang.." - Faiq Evans Dan, Faiq sedar bahawa karma itu ada. •COMPLETED
👑Mr Pilot vs Miss Diva💋[COMPLETED] by Christinelcr01
Christinelcr01
  • WpView
    Reads 241,498
  • WpVote
    Votes 5,682
  • WpPart
    Parts 71
Seorang digilai ramai, Seorang lagi jual mahal Seorang di Utara, seorang di Selatan Segalanya bermula apabila si Miss Diva pulang ke negeri kelahirannya setelah menamatkan pengajian Fashion Design di Milan, Italy. Tujuan kepulangannya kali ini adalah untuk membuka butiknya sendiri bersama kawan baiknya. Lain pula bagi si Mr Pilot. Sudah menjadi rutin buatnya berhijrah ke pelbagai negara setiap kali dia menjalankan tugasnya sebagai seorang 'Pilot'. Pertemuan Miss Diva dan Mr Pilot yang haru biru bermula di sebuah lapangan terbang.... "Cik ni buta ke??? Sampai saya jalan di depan ni cik tak nampak?" |Dilan Mikael| "Awak cakap saya buta! Ke awak yang buta!" |Sereena Arrysa| "Babe!! Dah lah, orang nampak tu!" |Rania| Perwatakan yang menarik membuat si Mr Pilot menaruh hati. Bibir mungil kemerahan, mata bundar, rambut beralun lembut keperangan dan muka yang manis.Namun satu sahaja kelemahannya, setiap perkara yang dikerjakan mestilah sempurna. Sudah tertulis bahawa "Miss Diva" yang inginkan segalanya sempurna ditakdirkan untuk melengkapi kesunyian yang mengisi hati "Mr Pilot" yang kebetulan mencari pengantin hidupnya, ibu kepada bakal anak-anaknya kelak. Ke mana sahaja Miss Diva pergi, dia akan bertembung dengan si Mr Pilot. Pertemuan yang mulanya haru biru telah bertukar menjadi titik permulaan saat-saat cinta berputik. Di saat cinta mulai tersulam, bahagia mulai terasa... sesuatu tragedi hitam telah berlaku dan semestinya pahit buat seorang wanita yang bergelar 'isteri' Nantikan kesudahan cerita ini. ⚠️WARNING⚠️ Ada scene dewasa sedikit tetapi tidak terlalu mendalam ⚠️Scene yang melampau 🔞 dijamin tiada⚠️ ❌ diolah Dari mana-mana cerita. ‼️For those yang tertanya, religion dalam cerita ni adalah pelbagai as well as their race‼️ Rekaan semata-mata. START: 14 OCTOBER 2018 END: FEBRUARY 2023 STATUS: COMPLETED
Sekali Lagi Mencintaimu ✔ by CikVelvet
CikVelvet
  • WpView
    Reads 248,832
  • WpVote
    Votes 8,081
  • WpPart
    Parts 34
Haziq Isyraf,seorang lelaki yang berperwatakan kasar dan ganas.Darah kacukan Melayu -Siam yang mengalir dalam tubuhnya membuatkan dia digilai ramai.Namun dia seorang yang bebas dan suka berfoya bersama rakan-rakannya.Dek kerana itu, dia langsung tidak memikirkan tentang 'perempuan' atau 'kekasih' atau 'isteri' meskipun umurnya sudah mencecah 25 tahun.Apa yang penting,dalam hidupnya perlu ada keseronokan! Bagi Ayra Sophilia,dia memerlukan seorang lelaki untuk dijadikan suami dengan segera!Bukan kerana terdesak tapi sebenarnya dia sudah tidak tahan lagi nak dengar Geng Makcik Bawang bersuara setiap kali dia pulang ke kampung.Dia sedar,angka 30 memang sudah lewat benar untuk berkahwin bagi seorang perempuan.Bukan dia tak fikir tentang kahwin dan sebagainya,tapi mungkin dulu dia terlalu sibuk menguruskan kerjayanya sehingga lupa untuk mencari teman hidup. Pertemuan di antara Ayra Sophilia dan Haziq Isyraf secara tidak sengaja membuatkan Ayra tertarik dengan lelaki itu.Lelaki yang di matanya agak 'cool' dan bersahaja itu membuatkan dirinya mula menyusun strategi untuk mendapatkan sekeping hati milik Haziq Isyraf.Biarlah dikatakan perigi mencari timba sekalipun,dia tak kisah! Apa yang penting,dia perlu memikat Haziq! "Apa kena dengan kau ni? Punyalah banyak kerusi lain,apahal nak duduk sini jugak?" -Haziq Isyraf "Sebab saya nak duduk dengan bakal suami saya" - Ayra Sophilia "Siapa pulak bakal suami kau?" - Haziq Isyraf "Awaklah!" Ayra Sophilia Setelah apa yang dikejari kini sudah berada di depan kata,ternyata Haziq Isyraf bukanlah seperti lelaki yang disangkakan! Indah kho9abar dari rupa,ya benar! Setelah kesetiaan ditaruhkan terhadap perkahwinan mereka,satu persatu rahsia tentang suaminya terbongkar. highest ranking : #18 short story started:29/4