loki_man's Reading List
4 stories
TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C] by MuhdHayatulAkmal
MuhdHayatulAkmal
  • WpView
    Reads 309,099
  • WpVote
    Votes 24,029
  • WpPart
    Parts 84
Dunia, sentiasa berputar menunjukkan bulan dan matahari kepada setiap makhluk bernyawa. Dan selama itu jugalah aku hidup, mencari ketenangan diri dari memori silam. Hidup? Aku dah hidup untuk beratus tahun lamanya. Dah banyak perkara yang aku jumpa. Perang? Dah beribu perang aku ikut. Semua adalah kerana nafsu aku untuk membunuh. Aku tak pernah ada kawan sejati. Ibu bapa? Aku pun tak tahu di mana. Abang? Tak ada. Adik? Juga tak ada. Kembar? Ya, aku ada kembar. Kembar tak seiras. Sama macam aku, dia juga sudah hidup untuk beratus tahun lamanya. Malah, dia adalah kembar yang membesar dengan aku. Walaupun begitu, aku tahu apa tugas aku di muka bumi ini. Mengapa hanya aku dan kembar aku sahaja yang boleh hidup untuk beratus tahun lamanya. Mungkin untuk beribu tahun lamanya. Satu sahaja. Untuk menjaga keamanan dunia. Kau fikir senang? Kau seorang nak jaga satu pelosok dunia. Tapi aku tak kisah. Sebab aku tahu, untuk beratus tahun lamanya aku hidup. Kisah aku mungkin bermula di sini.
Tale Of Young Prince (Chronicles Kaiser Trilogy)>>[ completel ] by LuqmanReezal
LuqmanReezal
  • WpView
    Reads 85,807
  • WpVote
    Votes 5,644
  • WpPart
    Parts 40
Dua tahun selepas berlaku peperangan dunia antara negara-negara dan Black Cobra,dunia menjadi normal seperti biasa dan Reezal ditabalkan menjadi raja generasi keenam. Ikhwan pada asalnya calon paling layak,namun dia menolak cara lembut. Ikhwan pula mempunyai misi lain,iaitu mencari dan menyelamatkan cpu-biology yang melarikan diri dari sisa Black Cobra yang berada di serata dunia. Jadi Luqman mengambil role dalam Tale Of Young Prince,dia memasuki Iron Fist Academy Mentari atas arahan Ikhwan dan bertemu cpu-biology Aila Darweez. Masih ada lagi sisa Black Cobra yang inginkan kuasa seperti Aila,dan menjadi tugas Luqman menghalangnya. Aminudden pula mengikut Ikhwan dan Alisa merantau seluruh negara untuk misi mencari dan menyelamat sehingga mereka bertemu Alia Darweez. Luqman Reezal :putera sulung dan anak kepada Reezal Solleh,bersikap bersahaja dan memiliki kepintaran dalam strategi. Aila Darweez :cpu-biology yang melarikan dari Black Cobra,dan bersembunyi di Iron Fist Academy Mentari. Mampukah Luqman menghadapi ancaman daripada Black Cobra sekali lagi? Semua terjawab dalam Tale Of Young Prince.
Pahlawan Lagenda (Memori hilang) by eyka_aqua
eyka_aqua
  • WpView
    Reads 440,021
  • WpVote
    Votes 27,963
  • WpPart
    Parts 107
Sebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah ditubuhkan bagi mendidik pahlawan-pahlawan atau kesaterian untuk berkhidmat pada pihak diraja. Sekolah ini mendidik mereka yang terpilih dengan ilmu dunia, ilmu sains, ilmu teknologi , ilmu magis dan ilmu pertahanan diri. Sekolah ini menjadi saksi kumpulnya mereka-mereka yang dipenuhi rahsia. Mereka berkawan, ketawa, dan menjalankan misi bersama tanpa mengetahui rahsia tersembunyi. Seseorang yang sedang lena hanya menanti diri membangkitkan semula tubuh. Seseorang yang membantu tanpa ketahui niat hati. Seseorang menghunus senjata demi janji. Seseorang berdarah mahal membunuh darah yang lebih mahal. Mereka hidup sebagai teman! -Cerita fantasi Bahasa Melayu- -Original dari otak penulis eyka_aqua- Cover illustration was credit to owner.
Arc Chemist by KarboniKTales
KarboniKTales
  • WpView
    Reads 87,728
  • WpVote
    Votes 8,198
  • WpPart
    Parts 32
Azim, seorang saintis muda Malaysia yang tidak percayakan unsur magik disahkan mati akibat bebanan kerja. Namun, takdir menentukan segalanya. Dia secara tiba-tiba tersedar semula ke dunia asing berlatarbelakangkan abad ke-17 Eropah. Menambahkan lagi kecelaruan, Azim menyedari bahawa jasad yang diduduki sekarang bukanlah hak miliknya, sebaliknya jasad ini adalah milik seorang pemuda aristokrat Kaukasian yang bernama Kleim Dy Rosso, yang pada masa yang sama telah disambar petir. Arc Chemist, oleh KarboniKTales adalah sebuah karya sains fiksyen yang bertemakan pengetahuan sains (kimia) dan alchemy (alkimia). ++++++++++ -Akan diupdate dan dipinda jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa dan jalan cerita. -Saya mengalu-alukan komen-komen positif dan membina. Juga, kritikan terhadap karya saya juga diterima untuk memperbaiki kesilapan diri. Follow | Comment | Vote| Share Terima kasih!