Endless happiness💙
64 stories
0KM by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 19,824
  • WpVote
    Votes 2,089
  • WpPart
    Parts 50
"Bukan beza negara tetapi beza perasaan" Jejaka itu muncul hanya sekali saja dalam hidup Nur Naziha (Jia) tetapi itu cukup untuk membuatkan Jia jatuh cinta. Sejak pertemuan kali pertama mereka ketika dia berusia 17 tahun, Jia nekad dan berjanji dia akan mencari semula pemilik sapu tangan yang dia simpan sehingga angka umurnya berganjak ke 22 tahun, tahun di mana takdir mereka bersilang buat kali kedua. Kini, dia dan Hazer bertentangan mata dengan jarak 0KM tetapi untuk menggapai jejaka itu, terasa sangat mustahil kerana ternyata, diri Hazer yang sebenar terlalu berbeza jika dibandingkan dengan jejaka yang menjadi inspirasi untuk watak utama setiap komik yang dilukis oleh Jia. Jauh berbeza dengan jejaka yang pernah Jia temui di zaman remajanya. Selain itu, tahu apalagi yang berbeza? Perasaan mereka.
Oxytocin by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 51,306
  • WpVote
    Votes 6,072
  • WpPart
    Parts 46
Sekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menjadi gadis yang ingin dimiliki oleh jejaka. Sayangnya, dia tersilap memilih masa. Tiga tahun kemudian, dia juga mengembang menjadi bunga yang seindah namanya. Nama Emilia Rose meniti di bibir para jejaka. Ramai yang cuba mendekati, tetapi dia terlalu naif untuk memahami. Hanif Ayman, pelajar bidang farmasi yang berada di tahun terakhirnya muncul di hidup Emilia. Jejaka Melayu yang sukar didekati itu malahan berminat untuk berteman dengannya. "Saya kata saya tak berminat nak bercinta. Tak bermaksud saya tak nak berkawan dengan awak." - Hanif Ayman Bukan Emilia tidak sudi berteman. Cuma... dia takut. Takut mengulangi kesilapan yang sama.
Untuk Sekali lagi ©️ by ashafarmin
ashafarmin
  • WpView
    Reads 1,571,059
  • WpVote
    Votes 58,533
  • WpPart
    Parts 51
Dia sentiasa mengejar cinta lelaki itu. Baginya lelaki itu adalah anugerah cinta yang sangat berharga untuknya. Tapi sampai bila? Hati lelaki itu terlampau beku. Seribu kali dia cuba meraih..seribu kali cara lelaki itu menolaknya. " It was a lied when you told me that you love me." - Sufi Irdina Puas dia menolak. Tapi wanita itu masih terus cuba untuk meraih cintanya. Akhirnya dia akur. Dalam hatinya sudah terselit nama itu sejak dahulu lagi cuma dia ego! Terusan berdalih sehingga melukakan hati orang yang dia cintai. " Jangan pernah berhenti berharap. Please, comeback! I want you back!" - Thakif Zulkarnain
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,311,990
  • WpVote
    Votes 328,351
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
Sepet Ikat Tepi! ✔️ by RealStarlight
RealStarlight
  • WpView
    Reads 358,471
  • WpVote
    Votes 26,293
  • WpPart
    Parts 48
Tajuk pun rempit. Ah kisah pulak aku. Baca jelah Alang aku tak boleh tidur. Yang Benar, RealStarlight
Isteri Bukan Pilihan by AiniMursid
AiniMursid
  • WpView
    Reads 981,779
  • WpVote
    Votes 24,379
  • WpPart
    Parts 39
Cuba bagitahu sikit, isteri mana yang nak biarkan suaminya dengan perempuan lain? Okay, mungkin ada isteri orang lain yang baik hati tapi yang pastinya bukan aku! Bukan Ainan Syafeya! Sebagai isteri, aku memang akan gunakan pelbagai cara supaya dia pandang aku seorang saja. Memang aku akan goda dia habis-habislah senang cerita! Namun, siapa yang lebih pintar dalam menggoda? Siapa lagi kalau bukan Dalila, kekasih hati yang seharusnya berkahwin dengan Syafzan namun tak direstui oleh keluarga. "Sayang, you pilih. You nak isteri you atau you nak I? Kalau you nak I, you kena ceraikan dia. Now!" -Dalila "Eh, ewah-ewah suka hati nenek moyang awak je suruh Syafzan ceraikan saya. Dia suami saya, saya isteri dia, tak adanya dia tergamak nak ceraikan saya!" -Ainan Syafeya "Sayang... mana you pilih?" -Dalila "Ainan Syafeya binti Abdul Rashid." -Syafzan Fawaz "Haa... aku dah kata, suami aku mesti pilih aku punya..." -Ainan Syafeya "Aku ceraikan kau dengan talak satu. Kau tinggal je dalam rumah ni, biar aku yang pergi." -Syafzan Fawaz Aku tergamam. Begitu mudah Syafzan menjatuhkan talak? Benarkah Syafzan tak cintakan aku? Jika begitu, apa makna sayang dan cinta yang selama ini dia selalu ucapkan?
Kawan Sampai Kahwin! by IrraFasra
IrraFasra
  • WpView
    Reads 650,078
  • WpVote
    Votes 24,634
  • WpPart
    Parts 39
"Kita kawan sampai bila-bila" -Nadine Sophia "Tak. Kita kawan sampai kahwin" -Naqiuddin Ahmad
Stalker-Ish by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 15,889
  • WpVote
    Votes 2,514
  • WpPart
    Parts 46
Kecantikan dijadikan kayu ukur nilai sesuatu atau seseorang. Semakin indah rupa, semakin tinggi nilainya dan semakin ramai yang mengejar, berfantasi menjadikannya hak milik sendiri. Namun bagi Aina, kecantikan hanyalah satu sumpahan. Aina Arissa, gadis lasak yang berubah 180 darjah setelah bertahun menetap di Kanada. Kepulangannya ke tanah air tidak bersendirian melainkan bersama Afiq, jejaka yang sah bergelar tunangnya kerana hendak membalas budi. Meskipun ada rasa sayang, sifat suka mengongkong Afiq terkadang menyesakkan dada. Kemudian kesalahfahaman pula membawa Aina lebih dekat kepada Daenish Reazal, jejaka yang 'dicop' stalker olehnya. Ketika bersama Daenish, Aina dapat menunjukkan warna sebenarnya. Keselesaan ditambah pula dengan kebaikan hati Daenish, membuatkan dia terpaut tetapi dia sedar dia masih bergelar tunang kepada Afiq. Tatkala dia cuba menjauhkan diri, Daenish pula menyatakan perasaannya. Dinding yang Aina bina untuk menjaga hati Afiq runtuh begitu saja. Akhirnya, siapa yang menjadi dambaan hati? Afiq yang serba ada atau Daenish yang menerima seadanya?
C | Cuddle by oddishh
oddishh
  • WpView
    Reads 2,684,780
  • WpVote
    Votes 189,446
  • WpPart
    Parts 93
💍 the everyday life of aku dan suami aku yang introvert. note: cerita ini sequel 'flirt', tapi boleh baca sebagai standalone. (:D) ‼️ mature readers only! please do not copy my ideas and polish it up into your own writing... by doing so, you lack originality and creativity. being proud and receiving recognition from something that was not crafted by you is embarassing really. why would you be proud of something that's stolen? :/ © oddishh 2018. all rights reserved.
Crush Terlajak Sombong! ✔ by RealStarlight
RealStarlight
  • WpView
    Reads 1,086,935
  • WpVote
    Votes 75,856
  • WpPart
    Parts 56
Kalau kau mempunyai crush yang selalu senyum dan selalu buat lawak bodoh, kau beruntung walaupun crush kau langsung tidak suka kau. Aku anggap kau kena friendzone tahap pertama aje. Crush aku lagi teruk. Dahlah tak suka aku, sombong pulak tu. Aku rasa ni friendzone tahap paling teruk. Kau rasa?