ainRAZAK_34's Reading List
12 stories
Bicara Hati 2 by Damya_Hanna
Bicara Hati 2
Damya_Hanna
  • Reads 959
  • Votes 13
  • Parts 1
BICARA HATI 2 adalah novel ke-10 Damya Hanna yang telah diterbitkan pada tahun 2014 oleh Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. Novel ini adalah kesinambungan dari novel berjudul Bicara Hati yang telah diterbitkan pada tahun 2003. __________ SINOPSIS "SETIA ke akhir hayat!" Itulah ikrar Zahlia dan Tengku Syahran sejak mereka jatuh cinta selepas nikah. Setiap saat, mereka berdoa agar kasih sayang itu terus mekar. Namun, setelah hampir lima tahun menyulam bahagia, rumah tangga Tengku Syahran dan Zahlia diuji lagi. Badai yang melanda melukakan dua hati. Zahlia menderita. Tengku Syahran pula merana. Biarpun pahit untuk ditelan, mereka pasrah menerima segala yang telah tersurat. Bagi Zahlia, sungguhpun mengaku reda, hatinya tak pernah ikhlas. Dia sering menyalahkan diri sendiri. Lantaran itu, rumah tangganya mulai goyah. Warna-warna ceria yang selama ini menghiasi hidupnya, sekelip mata menjadi suram. Tengku Syahran memendam rasa. Gelisah di jiwanya tiada siapa yang mengerti. Sebagai suami, salahkah jika dia mahu meminta hak dan perhatian daripada seorang isteri?
Undi Cerpen: Aku dan Malaysia by kelabhikaridea
Undi Cerpen: Aku dan Malaysia
kelabhikaridea
  • Reads 1,742
  • Votes 292
  • Parts 12
Pertandingan Menulis Cerpen bertemakan Aku dan Malaysia. Sebanyak 10 cerpen daripada 10 orang penulis. Jemput baca dan komen. Tempoh komen: Sehingga 7 September 2021
CHOSHA AWARD 2021 by kelabhikaridea
CHOSHA AWARD 2021
kelabhikaridea
  • Reads 2,813
  • Votes 375
  • Parts 12
C H O S H A AWARD 2021 Merupakan sebuah anugerah anjuran KELAB HIKARIDEA untuk memberi peluang kepada semua Chosha (著者) Malaysia mengetengahkan cerita dan bakat masing-masing. Mari ambil cabaran dari Kelab Hkaridea dan buktikan kemampuan anda sebagai seorang penulis •‿•
Drama Queen untuk Introvert *Ebook*  by syaz_sufiy
Drama Queen untuk Introvert *Ebook*
syaz_sufiy
  • Reads 40,679
  • Votes 1,933
  • Parts 31
Cintakan orang yang tak cintakan kita? Eh? Kisah? Memang tiada rasa suka pun pada si introvert itu pada awalnya. Hanya sekadar mahu mencabar diri. Lebih lagi si introvert itu bila saat bersamanya sahaja, mulut bukan main laser lagi! Tetapi itulah... Kalau hati sudah berkenan, dia tetap nak juga. Biar orang gelar dia drama queen janji dia berjaya tarik perhatian yang dipuja oleh hati. "I tengah dating dengan manusia atau seulas bawang? Stop making me cry!" - Felicia Bella. Si penawan hati pula, kalau boleh mahu hidup sendiri. Lebih bahagia! Sebab... Kisah hidupnya yang membuatkan dia fikir, lebih baik jangan ada yang mahu masuk ke dalam dunianya kalau tidak mahu ikut rasa apa yang dia rasa. Tetapi. Dunia tenangnya habis hancur ranap bila munculnya... Dia! Spoil brat! Drama queen! Makhluk yang mulut tak pernah berhenti bercakap itu! "Kau cakap aku introvert? Habis kau tu? Elok sangat ke perangai kecoh nak mampus kau yang suka nak tarik perhatian orang tu? Perasan semua orang suka kau?" - Eshal Izz. Perhatian yang melebih-lebih diberikan oleh si drama queen kepadanya sungguhlah buat dia hidup macam dalam neraka dunia! Bila si drama queen bertemu introvert. Pesan awal-awal *slow update.* Start : 01052021 End :
Koleksi Puisi Hikaridea by kelabhikaridea
Koleksi Puisi Hikaridea
kelabhikaridea
  • Reads 1,168
  • Votes 271
  • Parts 19
Koleksi Puisi Islamik: Koleksi puisi Hikaridea ini merupakan gabungan daripada penulis-penulis kelab hikaridea. Antologi puisi ini rasmi diterbitkan pada 13 April 2021 bersamaan 1 Ramadan 1442H. Semoga dengan terlahirnya bingkisan puisi daripada kami (ahli Hikaridea) dapat memberi mesej yang positif sempena bulan Ramadan ini.
KHIDR-RELLA by Chrystnoob
KHIDR-RELLA
Chrystnoob
  • Reads 3,698
  • Votes 530
  • Parts 26
Hidup seorang Tuan Khidr umpama cerita cinderella. Dia punya keluarga tiri. Ibu kandungnya sudah meninggal dunia dan dia berada sepenuhnya dibawah jagaan ayah tiri dan juga adik beradik tiri. Tuan Khidr. Hanya dia sahaja yang tinggal untuk mewarisi keturunan bangsawan itu. Sekalipun ayah dan abang tirinya tidak berhak untuk membawa nama 'tuan'. Tetapi! Dia cinderella lelaki. Kalau Cinderella perempuan selalu dikerah buat kerja rumah, dibuli dan dihina. Dia Khidrella. Lelaki yang berkuasa atas seisi rumah. Dia tak kisah apa yang ayah dan abang-abang tirinya mahukan. Duit? Dia boleh beri. Pangkat? Lihat saja abang-abang tirinya. Mana ada yang kerja cikai-cikai. "Aku mahu princess charming bawa aku keluar dari rumah kaca ini." Itu impiannya. Kalau Cinderella mahu prince charming datang bawa dia keluar dari rumah buruk dan miskin, dia Khidrella mahu princess charming bawa dia keluar dari rumah kaca yang mewah! "Kau ni gila lah! Mana nak cari princess charming wei!" Pedulilah! Dia tetap mahu princess charming jemput dia! Dia sanggup pertaruhkan segalanya demi jumpa princess charming. Tuan Khidr.. Waris satu-satunya daripada keturunan tersohor dunia melayu - Mampukah dia kecapi impian pertamanya? Mahukan Princess Charming.. Mata Hazel? rambut separas bahu? Pedang tersarung di pinggang? serta mahkota terletak sedikit senget di atas kepala? Dia sudah membayangkan betapa indahnya kisah cintanya. Ki....
G H A Z I by Chrystnoob
G H A Z I
Chrystnoob
  • Reads 2,510
  • Votes 265
  • Parts 27
Amir Ghazi ... Lelaki bernama Ghazi ini punya kebolehan istimewa. Tangannya penuh magis. Silapnya Ghazi tergoda dengan kekuatan dan kuasa, itu kata Tok Guru mereka. Sejak kejadian itu juga Ghazi digelar, si Penakhluk! Tanpa sebab yang kukuh, tiba-tiba sahaja dia dihalau keluar dari singgahsananya lalu membawa diri ke Kuala Lumpur dengan pertolongan sahabat karib. Pertemuan dengan Nuha Irdina memberi Ghazi kisah baru. Nuha Irdina gadis yang liar dan nakal, tetapi entah kenapa hatinya tidak boleh dikawal dengan baik ketika bersama Nuha. Ada sesuatu mengenai Nuha yang sering bikin dia mudah panas hati dan juga sejuk hati silih berganti. Seorang lelaki kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur, apakah kesudahannya? *** CERITA INI PERNAH DINAIKKAN DI DALAM APLIKASI NOVELPLUS. NAMUN, VERSI "GHAZI" DI PLATFORM WATTPAD ADALAH SEDIKIT BERLAINAN DARI SEGI PLOT CERITA DAN JUGA OLAHAN AYAT PENULISAN UNTUK MENJADIKAN CERITA INI LEBIH SANTAI DAN TIDAK BEGITU MELERET. Cerita GHAZI mungkin ada persamaan dengan apa yang anda pernah baca di NovelPlus (Chryst) dan mungkin ada perbezaan dari apa yang anda pernah baca. (Status: Dikemaskini) Berbaloi atau tidak untuk explore cerita 'GHAZI' sekali lagi dari awal? Ya. Berbaloi. Versi NP lebih banyak terselit kisah cinta dan kasih sayang. Manakala, versi Wattpad .. akan diperbanyakkan lagi babak menerokai misteri Ghazi. *** #CABARAN60HARI1NOVEL
CINTA SANG LAKSAMANA by AnnSelasih
CINTA SANG LAKSAMANA
AnnSelasih
  • Reads 68,678
  • Votes 1,863
  • Parts 17
Cinta itu telah pergi. Lalu ia datang kembali. Dalam suratan takdir yang aneh. Cinta itu tak pernah ada Ia hadir tanpa undangan Dalam suratan takdir nan indah Adakah takdir yang indah ini akan berkekalan di dalam suratan takdir yang aneh ini? Sungguh! Mereka tak pernah berhenti mengharap.
KEKWAKU sayang  by SisBulan
KEKWAKU sayang
SisBulan
  • Reads 196
  • Votes 6
  • Parts 12
Cinta itu buta. Begitulah yang terjadi pada diri Azuan sehingga lupa segala-galanya bila bersama dengan Kekwa. Dia lupa siapa sahabatnya. Bagaimana kah berakhirnya percintaan Azuan dan Kekwa? Semuanya terjawab di dalam cerpen ini. Ada 2 versi endingnya. Enjoy gais😊