R34D!
32 histoires
KIRIMKAN RINDU par hanifazuha
KIRIMKAN RINDU
hanifazuha
  • LECTURES 62,848
  • Votes 1,408
  • Parties 11
Kenapa dia? Itu yang selalu Khayra tanya tapi Tuan Assad tak pernah mahu memberi jawapan yang tepat. Kenyataannya, mereka berkahwin kerana Tuan Assad yang memaksa tapi adakah selamanya Khayra akan rasa terpaksa?
ASALKAN DIA BAHAGIA 2019 par hanifazuha
ASALKAN DIA BAHAGIA 2019
hanifazuha
  • LECTURES 57,310
  • Votes 855
  • Parties 13
Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira. Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia 'harus' mengahwini Haris Aryan demi 'membawa pulang' Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu perlu atas nama membalas budi. Situasi menjadi lebih payah apabila orang yang dia anggap abang itu rupanya mencintai dirinya. Tapi, jalan untuk berundur ke belakang sudah tiada. "Dira isteri aku, Ikmal." Suara Haris tegang. "Dan dia juga adik aku," Balas Ikmal, juga dengan suara tegang. "Kau tak perlu jadikan alasan adik untuk menjadi orang ketiga dalam rumah tangga kami." Haris hantar pandangan penuh makna pada si isteri. Payahnya hubungan mereka apabila perkataan 'orang ketiga' sering mengundang curiga. Dan lebih payah apabila antara mereka suka percaya pada telahan hati sendiri.
Dialah Di Hati (CERPEN) par akuorgbiasa
Dialah Di Hati (CERPEN)
akuorgbiasa
  • LECTURES 11,885
  • Votes 467
  • Parties 1
Adha, my childhood admirer. Bertahun lamanya, kita terpisah. Aku dengan jalan aku, engkau dengan jalan engkau. Hari ini kita bertemu, masih kah aku di hati mu?
MERAH CINTA DIA par hanifazuha
MERAH CINTA DIA
hanifazuha
  • LECTURES 33,429
  • Votes 616
  • Parties 8
Nikah kahwin bukan perkara main-main. Dan Riana serius bila dia kata sudah bersedia menerima Arif sebagai imamnya. "Kalau nak nikah senyap-senyap, kena nikah kat Siam." Arif menduga. "Okey! saya tak kisah." Mudah Riana bersetuju. Arif berfikir sejenak. Riana ni betul-betul atau saja nak main-main? "Tapi kalau nikah senyap-senyap pun, saya tak nak pandang aje. Dah sah, mesti nak sentuh-sentuh." Arif angkat-angkat kening. Yang sebenarnya, Arif masih ragu-ragu walau selepas ijab dan kabul. Meragui keihklasan Riana dan keraguan itulah yang membuka jalan kehancuran. Dia lupa, dunia sudah akhir zaman. Fitnah sudah terbiasa menjadi hidangan. Segalanya hancur bila dia meninggalkan si isteri belum sampai sebulan mereka hidup bersama tanpa sebarang ucapan. Dan apabila tersedar, segalanya sudah terlewat. "Kau carilah dia, Rif. Yang aku tahu, dia perempuan baik-baik yang tak akan pandang lelaki lain selain dari kau." - Dani Menjejak Riana bukan sesuatu yang mudah. Lebih payah apabila bertemu kembali, Riana bukan lagi seperti yang ditinggalkan dulu. Riana sudah menjadi orang baru dan Riana yang baru ini makin buatkan hati Arif haru biru. "Empat tahun Arif. Kalau pokok pun, dah lama mati tanpa air." - Riana. Makin menjadi payah apabila Riana sudah ada 'orang baru' yang 'menjaganya' dan orang itu ialah kawannya sendiri, Rizal Iman. Payah jadi berganda apabila Riana tahu sepanjang empat tahun itu, dia sudah terikat sebagai tunangan Eviana. Pilihan yang Arif ada cuma 3 :- 1. Menggunakan kuasa veto sebagai suami 2. Melepaskan Riana ke tangan Rizal Iman 3. Melupakan Riana dan belajar menerima Eviana Tapi kenapa Arif rasa 3 pilihan itu semuanya akan melukakan hati sendiri? Menggunakan kuasa veto, dia pasti akan menang. Tapi dia yakin, Riana akan mengalah sebab terpaksa dan keterpaksaan itu akan sangat melukakan.
SAKITNYA TUH DI SINI par hanifazuha
SAKITNYA TUH DI SINI
hanifazuha
  • LECTURES 62,338
  • Votes 1,039
  • Parties 12
Tenangnya perkahwinan mereka buat Aleeya tidak percaya wujudnya orang ketiga yang memusnahkan segalanya dalam sekelip mata. "Tolong jujur dengan Leeya, bang." ~ Aleeya Irdina "Kami sudah terlanjur..." ~ Zariel Ikhwan Berpisah! Itu yang Aleeya pinta. Tapi, bila talak itu di tangan lelaki, bukan mudah untuk meminta. Tatkala dia hampir mahu mengalah, ada tangan yang menghulur. Benar, takdir itu tidak kejam. Yang kejam adalah manusia di dalam takdir tersebut. "Kalau I berjaya pujuk dia lepaskan you, I boleh dapat apa-apa rewards tak?"~ Hariz Ilham "You nak apa?"~ Aleeya Irdina "I nak you." ~Hariz Ilham. Persoalannya, masih adakah ruang di hati Aleeya untuk yang lain selepas Zariel? "I pernah minta satu bilik di hati you, yang belum pernah 'dia' jejak. Tapi malam ni I dah tahu, semua ruang yang ada di hati you memang ada jejak 'dia'." ~ Hariz ilham. "Hariz, I minta maaf..." ~ Aleeya Irdina. "Tolong bersihkan semua jejak tu dan kosongkan dulu semua ruang di hati you, baru I akan masuk"~ Hariz Ilham. Mampukah Aleeya lakukan seperti yang diminta Hariz? Jika tidak, adakah dia akan kembali pada Zariel yang telah insaf akan khilafnya? Atau... terima lelaki yang bernama Zafri untuk membalas rasa sakit di hatinya.
JANGAN SIMPAN SEMUANYA - ZINE (Cerita Pendek) par hanifazuha
JANGAN SIMPAN SEMUANYA - ZINE (Cerita Pendek)
hanifazuha
  • LECTURES 12,052
  • Votes 163
  • Parties 5
Khayra dan Tuan Assad, mereka bertemu bukan dengan cara yang baik. Tapi waktu pertemuan itu, Khayra sangat-sangat perlukan pertolongan dan Tuan Assad hulurkan bantuan dengan syarat, kahwini dia. Bagaimana mahu mengahwini Tuan Assad sedangkan dia sudah bertunang dengan Hadi? Dia pun bukan kenal Tuan Assad. Yang kenalkan mereka ialah Zaeem. Tapi sebab dia sangat-sangat perlukan pertolongan dan dia sudah tak boleh fikir cara apa lagi, Khayra angguk setuju. Apa akan jadi bila Khayra rasa perkahwinan mereka seolah meletakkan dia sebagai seorang perempuan simpanan buat Tuan Assad? **** Sudah siap dicetak. Boleh dibeli melalui facebook penerbitan idea kreatif atau dm IG ideakreatif atau wasap 0123129793
LELAKI PILIHAN TERAKHIR par hanifazuha
LELAKI PILIHAN TERAKHIR
hanifazuha
  • LECTURES 86,950
  • Votes 1,907
  • Parties 12
Cinta buat Airis Safiya satu kepastian, bukan kepalsuan. Tapi, kenapa Aakif Hudzairi tak pernah mahu faham? Kenapa Adif Hakimi tak pernah mahu mengerti? Dan kenapa Farid Adam juga tidak mahu menerima kenyataan? Bukankah jodoh itu rahsia DIA? Ada dalam setiap lipatan takdir manusia. Tapi kenapa mahu bersengketa sesama sendiri hanya kerana tiada jodoh yang tertulis antara mereka? Hud yang beku. Adif yang gentlemant dan Farid yang suka bertindak di luar jangkaan. Ada ikatan persaudaraan sesama mereka dan kebetulannya, mereka suka wanita yang sama. "She's mine." "Aku peduli apa." Mata bertentang mata. Ada api yang marak membara. "Touch her and I'll kill you." Nada biasa-biasa tapi ayat amaran yang diberikan lelaki itu cukup berbisa. Kerana seorang Airis Safiya, semuanya berantakan. Pertalian darah bukan lagi satu keutamaan. Yang penting cinta di hati harus menang. "Abah serahkan Airis pada kamu. Satu-satunya harta dunia yang abah ada. Selepas ini, tanggungjawab sudah tergalas di bahu kamu dan abah harap kamu ambil anak abah untuk letak di hati, bukan sebagai alas kaki." Pesanan abah untuk sang suami buat air mataku tumpah lagi. Kenapa aku rasakan abah bagai sedang menyampaikan sesuatu yang mungkin akan terjadi dalam hidupku? Siapakah lelaki yang menjadi pilihan terakhir bagi menggalas tanggungjawab mengambil Airis untuk diletakkan dalam hati?
ASALKAN DIA BAHAGIA par hanifazuha
ASALKAN DIA BAHAGIA
hanifazuha
  • LECTURES 334,260
  • Votes 1,937
  • Parties 14
Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira. Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia 'harus' mengahwini Haris Aryan demi 'membawa pulang' Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu perlu atas nama membalas budi. Ikmal itu abangnya dan Haris itu sahabat Ikmal. Masalahnya, antara dia dan Haris tidak pernah wujud perkataan cinta. Lebih bermasalah bila tiba-tiba orang yang dia anggap abang itu sebenarnya menyintai dirinya. "Abang cuma nak tunggu dua tahun lagi, sehingga Dira habis belajar dan abang akan pulang minta mama satukan kita. Tapi...mama dah salah faham."- Ikmal. Payahnya apabila dia sudah tidak ada jalan untuk berundur ke belakang. Lantas, yang ada di depan harus jua ditelan. "Dira isteri aku, Ikmal." Suara Haris tegang. "Dan dia juga adik aku," Balas Ikmal, juga dengan suara tegang. "Kau tak perlu jadikan alasan adik untuk menjadi orang ketiga dalam rumah tangga kami." Haris hantar pandangan penuh makna pada si isteri. Payahnya hubungan mereka apabila perkataan 'orang ketiga' sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris. Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.
AKU YANG TERTEWAS par hanifazuha
AKU YANG TERTEWAS
hanifazuha
  • LECTURES 62,499
  • Votes 1,137
  • Parties 16
Cinta akan lebih berharga jika ia hadir bersama setia. Tapi, jika mahu disebut tentang setia, ramai yang akan gagal dalam bercinta. Kerana hati itu sifatnya berbolak balik.
AKU ORANG KETIGA (TAMAT) par dUkeLawa
AKU ORANG KETIGA (TAMAT)
dUkeLawa
  • LECTURES 695,178
  • Votes 19,377
  • Parties 56
cinta : benar atau nafsu semata? cinta : jujur dari hati atau sekadar mainan rasa? cinta : adakah untuk selamanya? Realiti tak sama seperti yang diimpikan. Beruntunglah jika berjodohan dengan pasangan yang menyintaimu sepenuh hati sehingga mati, tanpa ada sekelumit pun rasa terhadap insan lain. Cinta itu tak menjanjikan kebahagiaan. Mungkin, mungkin untuk sesetengah orang yang beruntung. Ada yang menderita kerna cinta. Ramai.. Kebahagiaan adalah sesuatu yang subjektif. Ramai berkata ia boleh dicapai dengan kerjasama dan doa. Setuju, tapi berapa orang yang rela menjadi wonderpets? Berapa banyak doa doa dikabulkan? Lain orang lain haluan dan impian, beza keinginan. Ada yang jelas inginnya. Ada yang masih kabur. Ada yang terhalang citanya. Ada yang mati sempadannya. Allah memberi apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Maka, nukilan kali ini sedikit berbeza. Usah disoal siapa pemeran utama kerna ini adalah realiti kehidupan di sekitarku. disclaimer: Cerita ini diolah dengan asam garam gula dan pedas mengikut tekak author sendiri. Silalah bergembira dengan penulisan kali ini.?? p.s: penat la dengan wattpad ni. Ni publish kali ke dua setelah masalah hari tu. harapnya tak terjadi lagi.