G_are00's Reading List
2 histoires
Let It Rain (Complete) par saraimani99
Let It Rain (Complete)
saraimani99
  • LECTURES 545,482
  • Votes 17,285
  • Parties 52
~Setelah hujan duka berhenti, kita akan bertemu lagi ~ Lily Khaleeda hanyalah gadis biasa tetapi mempunyai hati serta cinta yang luar biasa. Cinta di hati buat seorang lelaki bernama Khalid Zulkarnain tidak pernah difikirnya akan dibalas. Kerana Allah perancang takdir yang terbaik, tiada siapa menduga jalan cerita. Niat Khalid yang ketika itu ingin membantu Lily disangka perbuatan maksiat oleh orang kampung. "Lily memang cintakan dia, tetapi Lily tak pernah bayangkan untuk memiliki dia, apatah lagi dengan cara terkutuk sebegini." "Keputusan yang saya dah buat, saya dah fikir sedalamnya malam tadi. Saya ikhlas, saya tak dipaksa...." Demi maruah serta tanggungjawab, Khalid jadikan Lily sebagai negara pertama yang perlu dia jaga lebih daripada nyawa sendiri. Seperti Lily yang jatuh cinta kepadanya, Khalid fikir cinta juga akan hadir kemudian nanti. "Lily takkan lupa cara abang pandang Lily." "Tengok betul-betul, kalau abang pakai topeng pun, sayang boleh kenal abang." Apa maknanya cinta serta bahagia tanpa air mata. Kerana dendam orang lain, Lily menjadi mangsa. Betahun-tahun menjalani hidup masing-masing, mereka berdua saling menanggung rindu, sama-sama menunggu tapi, tanpa ikatan seperti sebelumnya. Negara Lubnan menjadi tempat pertemuan kali kedua, membuka helaian pertama diari cinta yang baharu. "Mata Tuan macam mata seseorang yang.....dah lama saya tunggu." "Maaf....ini kali pertama kita berjumpa."
Oxytocin par syaznixon
Oxytocin
syaznixon
  • LECTURES 50,668
  • Votes 6,020
  • Parties 46
Sekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menjadi gadis yang ingin dimiliki oleh jejaka. Sayangnya, dia tersilap memilih masa. Tiga tahun kemudian, dia juga mengembang menjadi bunga yang seindah namanya. Nama Emilia Rose meniti di bibir para jejaka. Ramai yang cuba mendekati, tetapi dia terlalu naif untuk memahami. Hanif Ayman, pelajar bidang farmasi yang berada di tahun terakhirnya muncul di hidup Emilia. Jejaka Melayu yang sukar didekati itu malahan berminat untuk berteman dengannya. "Saya kata saya tak berminat nak bercinta. Tak bermaksud saya tak nak berkawan dengan awak." - Hanif Ayman Bukan Emilia tidak sudi berteman. Cuma... dia takut. Takut mengulangi kesilapan yang sama.