catelie's Reading List
4 historias
Encik CEO, ubi kayu satu!(C) por velkysyuh
velkysyuh
  • WpView
    Lecturas 6,122
  • WpVote
    Votos 284
  • WpPart
    Partes 22
Harris Ilham adalah seorang CEO muda yang digelar "Singa Malaya" oleh stafnya sendiri. Dia dingin, tidak bertoleransi dengan kesilapan, dan setiap bicaranya hanyalah tentang KPI dan keuntungan syarikat. Baginya, pejabat adalah medan perang, bukan tempat untuk bermain perasaan. Luna Irdina, seorang staf bahagian kreatif yang ceria, sering menjadi sasaran teguran tajam Harris. Namun, satu kejadian tidak dijangka di pejabat telah mengubah dinamik hubungan mereka dalam sekelip mata. Luna secara tidak sengaja menemui sebuah buku nota rahsia milik Harris yang tersimpan rapi di dalam laci berkunci. Isi di dalam buku itu sangat mengejutkan sehingga Luna tidak percaya ia milik lelaki sedingin Harris. Sejak hari itu, Harris yang biasanya berkuasa mula merasa terancam. Dia tidak punya pilihan selain tunduk kepada "permintaan" Luna semata-mata untuk memastikan rahsia di dalam buku nota itu tidak tersebar ke seluruh pejabat. Dalam pada Luna seronok menyakat dan "membuli" bosnya sendiri, dia mula menyedari ada sisi lain Harris Ilham yang tidak pernah ditunjukkan kepada dunia. Di sebalik ketegasan itu, ada satu rahsia yang Harris cuba lindungi dengan nyawanya sendiri, rahsia yang melibatkan seorang gadis misteri yang sering disebut-sebut secara tersirat. Adakah Luna akan berjaya membongkar siapa pemilik hati Harris? Atau adakah rahsia itu sendiri yang bakal memerangkap hati Luna dalam permainan emosi yang tidak dijangka?
Love Under Control [OG] por UaenaaLee
UaenaaLee
  • WpView
    Lecturas 6,372
  • WpVote
    Votos 410
  • WpPart
    Partes 21
[2nd book] Elyra Kaelyn. Dilahirkan sebagai anak perempuan Armand adalah satu sumpahan kepadanya. Dalam kepercayaan mereka, anak perempuan adalah pembawa malang. Tidak layak menjadi pewaris keluarga, dan akan menyusahkan mereka. Sejak hari dia dilahirkan, Elyra tidak pernah benar-benar diterima. Sehinggalah satu kemalangan... yang bukan hanya merubah hidupnya, tetapi membuatkan dirinya makin dibenci oleh mama dan papanya. "Aku menyesal lahirkan kau Elyra." Di saat hidupnya semakin hancur, muncul seorang lelaki yang menginginkannya-dalam diam. Dato' Leon Veyron Vincent, seorang duda. Seorang lelaki berkuasa. Petik jari saja dia dapat segala yang dia mahukan. Termasuklah Elyra. Dia sanggup berbuat apa saja sehingga gadis itu menjadi miliknya. Di tengah-tengah kesulitan hidup Elyra, dia dipaksa berkahwin dengan Leon, oleh ayahnya sendiri. Adakah kehadiran Leon akan menjadi pelindung... atau penghancur terakhir bagi Elyra Kaelyn? "I'll make you love me, Kaelyn." - Leon Veyron Vincent "And I'll make sure I never fall for you, Leon." - Elyra Kaelyn start : 1 may 2026 end : ⚠️ Typo di mana-mana ⚠️ Grammar errors ⚠️ Trauma childhood ⚠️ Slow storyline ⚠️ Read at your own risks
Code Name: Romeo [Bakal Terbit] por eleutheromania____
eleutheromania____
  • WpView
    Lecturas 72,940
  • WpVote
    Votos 5,415
  • WpPart
    Partes 70
GENRE: ROMANTIC COMEDY Prinsip hidup Melati mudah saja. Dia cuma mahu fokus kepada bakeri dan kehidupannya. Namun, pertemuan semula dengan jiran sebelah rumahnya mengubah segalanya. Syed Ali. Seorang lelaki yang terkenal dengan perangai suka menyakat, bermulut manis dan juga menyandang gelaran 'Romeo Kampung.' Kepulangan Syed Ali mengucar-ngacirkan hidup Melati yang selama ini tenang-tenang saja. Tambahan pula, apabila si romeo tiba-tiba masuk meminangnya. Melati semakin tertanya-tanya. "Mau dak?" "Mau apa?" "Mau ka dak? Kahwin dengan orang?" "K-k-kahwin dengan sapa?" Apatah lagi apabila lelaki itu bersungguh-sungguh mahu membuktikan bahawa dia benar-benar serius. Sedangkan bagi Melati, Syed Ali tetap lelaki yang sama. Menyakitkan hati, suka mengusik dan langsung tidak boleh dipercayai. Mampukah Melati membuka pintu hatinya untuk Syed Ali? Atau mungkinkah di sebalik segala usikan dan gurauan lelaki itu, tersimpan sebuah keikhlasan yang selama ini tidak pernah disedari? Eleutheromania. Nami. 2026. ©️
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] por Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Lecturas 706,277
  • WpVote
    Votos 26,517
  • WpPart
    Partes 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026