aryssaqhadyna's Reading List
2 stories
Sayangku Mia by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 244,468
  • WpVote
    Votes 4,505
  • WpPart
    Parts 15
Hidup Tengku Zharif Iskandar a.k.a buaya darat Malaya dikelilingi dengan ramai perempuan. Istilah cinta sudah lama terpadam dari kamus hidupnya. Yang tinggal hanyalah dendam semata-mata. “Aku belum jumpa perempuan yang mampu buat jantung aku berdegup kencang, hati aku ni pula berdebar-debar setiap kali berhadapan dengan dia, mampu buat aku tak lupakan dia walau sesaat dan dia akan menyebabkan aku makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena.” – Tengku Zharif Iskandar Namun, kehadiran seorang gadis telah mengubah segala-galanya. Cinta yang telah lama terpadam kini kembali dalam hatinya. Dari buaya bertukar menjadi burung peliharaan. “Awak yang buat saya gila, Mia. Saya tergila-gilakan awak. Orang cakap kalau nak anak, kena tackle mama dan papa dia dulu. Sekarang ni saya tengah tackle hati papa dan mama mentua saya la.” – Tengku Zharif Iskandar “Helo, Encik Iskandar. Saya tak kesahlah siapa awak. Buaya darat ke, buaya tembaga ke ataupun buaya emas. Saya sikit pun tak hairan lelaki macam awak ni. Sekali saya petik seribu yang datang. Yang pasti, mereka bukan buaya macam awak. Lagi satu, jangan berani nak sentuh saya lagi,” – Damia Qalisya
[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2 by tyracaramel
tyracaramel
  • WpView
    Reads 1,737,631
  • WpVote
    Votes 76,998
  • WpPart
    Parts 129
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang perempuan. Bukan mahram." "Dialah manusia paling pelik dalam abad ni. Aku tengok dia tu macam tak ada perasaan langsung. Marah tidak, kecewa tidak, sedih pun tidak. Gembira,senyum? Langsung aku tak pernah nampak semua tu." Itulah yang sering didengari oleh Nurul Aqisyah, seorang gadis remaja yang sedang dilamun cinta. Betul la orang cakap. Cinta itu buta! Aqisyah telah jatuh hati pada seorang lelaki yang bernama Nazrul Hakimi sejak dia berada di tingkatan dua. Satu-satunya lelaki yang telah berjaya menambat hati Aqisyah di dalam kampungnya. Namun, Nazrul Hakimi melayan Aqisyah bagaikan Aqisyah orang luar sahaja. Apabila dengan kawan-kawan yang lain, Nazrul bermesra pula. Kalau bernasib baik, dapatlah bergurau sekali. Macam mana Aqisyah tak puas hati? Panas hati dia! Kali ni, dia sudah nekad. Biarlah orang mahu kata 'perigi cari timba' sekalipun. Asalkan lelaki itu menjadi raja di hatinya. Projeknya harus dilaksanakan! Projek memikat hati crush! • 6 Nov 2016