SYUKAA 1.0
155 stories
The Defender (C) by FaneaNeaa
FaneaNeaa
  • WpView
    Reads 239,743
  • WpVote
    Votes 8,720
  • WpPart
    Parts 65
[SECOND SERIES] AMARAN!!! (UNTUK PEMBACA 18 TAHUN KEATAS SAHAJA) READ AT YOUR OWN RISK!!!!!! "Tsk! Such a gold digger!" Jauhkan diri kau dari aku. Jangan muncul depan aku lagi. Aku tak suka perempuan macam kau ni! -Faeq Zabran- "If there were no poor, no rich. And, just because I'm poor, doesn't mean I'm a gold digger!" Bersyukurlah dilahirkan dalam dulang emas. Jangan sesekali menghina orang lain. -Syana Daifa- BERMULA: 2 FEBRUARI 2025 BERAKHIR: 24 FEBRUARI 2025
Gun and Roses (C) by FaneaNeaa
FaneaNeaa
  • WpView
    Reads 390,279
  • WpVote
    Votes 14,043
  • WpPart
    Parts 80
[FIRST SERIES] AMARAN!!! (UNTUK PEMBACA 18 TAHUN KEATAS SAHAJA) READ AT YOUR OWN RISK!!!!!! Tg Kayl Haleeq & Abeer Fareysa Penyatuan dua jiwa dari dua latar berbeza. Jika hati sudah sayang, tiada yang mampu menghalang. BERMULA: 23 DISEMBER 2024 BERAKHIR:27 JANUARI 2025
Nuh's Secret Wife [C] by Marleneith
Marleneith
  • WpView
    Reads 1,586,328
  • WpVote
    Votes 44,596
  • WpPart
    Parts 34
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak pernah kisah pun soal peneman hidup. Langsung tidak tercabar dengan adiknya yang terlebih dahulu mempunyai pasangan hidup berbanding dirinya. Sikit pun Nuh tak heran. Tapi disebabkan desakan Nenda Asiah pula yang membuatkan Nuh tertekan. Asal balik kerja tanya soalan yang sama sehingga Nuh penat beralasan yang sama dan Nenda Asiah juga muak mendengar alasan yang sama. Sampaikan Nenda Asiah terpaksa mengugut cucunya itu. "Nuh cakap Nuh tak kisah kan soal jodoh Nuh? Apa kata nenda kenenkan Nuh dengan Maleeka?"-Nenda Asiah Crapp!! Nak terpisah roh dari badan bila mendengar sebaris nama yang meniti di bibir nendanya. Nuh geleng kepala dibuatnya. "Cik bunga tolong aku cik bunga"- Nuh "Satu malam RM500 apa macam? Setuju pak dato'?"-Nur Calla Nak taknak, Nuh terpaksa bersetuju. Namun satu hal sudah selamat, timbul lagi satu hal pula. Itulah pepatah dah cakap terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata besar masalahnya. "Nuh tak boleh nikah dengan Maleeka..." "Kalau susah sangat dato' nak deal dengan nenda, kita cer-" "Diamlah! Jangan cakap pelik-pelik lagi!"
REVIRA : The Seductive Villain [C] by eryvee
eryvee
  • WpView
    Reads 1,034,985
  • WpVote
    Votes 45,860
  • WpPart
    Parts 105
UNTUK PEMBACA MATANG *** Tiara - Seorang gadis kampung mempunyai rupa paras yang cantik. Bukan hanya itu. She's stunning, seductive and also -irresistible. Misinya : Goda bakal abang iparnya. Bakal tunang kakaknya, Tirah. Tapi itu tak mudah bila mana Han bukan seorang lelaki yang mudah masuk dalam jeratnya. Jadi adakah dia akan goyah? I bet you will not like this villain. Don't read it. - - - © 2025 EryVee. All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means without the prior written permission of the copyright owner. Completed : 3 October 2025
✓ TENGKU RAFAEL LUTH by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 7,411,357
  • WpVote
    Votes 339,148
  • WpPart
    Parts 73
# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun seorang Tengku Rafael Luth lakukan dan dia tak akan berputus asa. Mungkin Dhiah Nageena masih belum mengenalinya kerana dia masih bersembunyi disebalik bayangnya. NURI NAFEESA gembira apabila diterima bekerja di syarikat seni bina milik CEO muda ternama itu. Gembira gila. Alhamdulillah rezeki. Tapi tiba-tiba encik boss panggil dan cakap yang dia... tak suka dengan aku? Habis tu kenapa ambil aku bekerja?! "Kau interview dengan Encik Rais kan?" ~Ku Raf "Tapi kenapa Encik Boss tak suka saya? Saya kan nak kerja. Bukannya nak suruh encik boss ambil saya jadi isteri. Kan?" ~Nuri Nafeesa Tengku Rafael rasa huru hara dengan perempuan itu. Dia serius 24 jam. Si burung kakak tua tu pula asyik membebel, happy go lucky je 24 jam. Stress! "Woi burung kakak tua!" "Nama saya Nuri lah encik boss. Nu.ri Na.fee.sa." Namun di atas kesalahan Tengku Rafael sendiri, Nuri Nafeesa yang harus menanggung semuanya. Menanggung segalanya. Semuanya. "Kita rahsiakan dahulu hubungan kita." Nuri Nafeesa terpaksa menahan segala rasa apabila Dhiah Nageena mula jatuh hati pada Tengku Rafael. Lelaki yang selama ini memberinya coklat. Memberinya bunga. Namun bukan itu sebabnya. Dhiah Nageena hanya menyukai Tengku Rafael hanya kerana paras rupa. Pangkat dan juga harta. Dan sekali lagi. Nuri Nafeesalah yang menanggung segalanya. Siapa yang tak sakit hati melihat suami bermesra dengan perempuan lain. Lebih-lebih lagi dengan kawan baiknya. Disaat segalanya terbongkar. Diantara tiga hati, siapa yang akan menerima. Siapa yang akan membenci dan siapa yang akan terus mencintai. "Kau isteri aku dan akan selamanya jadi isteri aku." ~Ku Raf "Jangan seksa hati awak Raf. Bukan saya yang hati awak mahukan." ~Nuri
Tuan Fabricio Alexander(Complete✔️) by mswni18
mswni18
  • WpView
    Reads 1,218,478
  • WpVote
    Votes 28,959
  • WpPart
    Parts 81
Cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang dibeli oleh seorang Mafia kerana ayahnya yang gagal membayar hutang . Pada mulanya perasan benci membuak buak penuh dalam dirinya sehingga tidak mampu melihat mukanya , namun itu semua hanya sementara . Semakin lama perasaan sayang mula timbul sedikit demi sedikit . Ingin tahu cerita selanjutnya ? Tekan read untuk tahu cerita selanjutnya . Accept what's happening in your life right now , put what has happened behind you , let it all go and have faith that good things are coming your way . Terdapat banyak kata kata kesat dalam cerita ini yang tidak patut dicontohi⚠️ Matured content🔞 Cerita ketiga saya✨ I'm a newbie , ada salah silap mintak tegur dengan baik🙂
Dia.... Aydenku by RoseVantalica
RoseVantalica
  • WpView
    Reads 675,321
  • WpVote
    Votes 31,573
  • WpPart
    Parts 52
Orang kata, seorang gadis biasa berkahwin dengan putera raja hanyalah dongengan zaman Cinderella sahaja. Ada juga yang kata, kisah itu wujud di dalam novel cinta yang mana penulis berangan nak kahwin dengan orang kaya, tetapi, hajatnya tidak kesampaian. Namun, kenyataan itu berjaya dibidas apabila Neil Ayden Raeqal datang melamar Nureen Raisyha. "I nak, you kahwin dengan I". - Neil Ayden Raeqal Bukan, ini bukan kahwin paksa. Kahwin paksakah namanya jika seorang melamar, seorang lagi menerima, tetapi bukan atas dasar cinta? Memang Nureen Raisyha minat terlampau minat dekat anak korporat yang kaya-raya itu. Bukan kerana harta, tetapi lebih tertarik kepada aura yang lelaki itu bawa bersama. Tetapi, minat itu sekadar terhenti di situ. Begitu sukar dia untuk menerima lamaran lelaki itu kerana perasaannya hanyalah terbatas pada minat, bukan cinta. Namun, disebabkan desakan Neil Ayden Raeqal dan dibawa sekali ibu bapa lelaki itu dalam menjadikan dia milik seorang Neil Ayden Raeqal, akhirnya, Nureen Raisyha terpaksa menerima lamaran itu. "Apa sebenarnya sebab awak nak sangat kahwin dengan saya?" - Nureen Raisyha "Secret". - Neil Ayden Raeqal Neil Ayden Raeqal tidak pernah memberitahu sebab-musabab dia mengahwini gadis itu. Apabila disoal, dia memilih untuk berdiam. Sehinggalah suatu hari, Nureen Raisyha sendiri yang dapat tahu tentang motif lelaki itu mengahwininya. Benar-benar merentap separuh jiwanya kerana dia mulai sedar bahawa hari demi hari dia mulai mencintai suaminya itu. "Saya harap, saya adalah dia. Yang mencintai dan dicintai". - Nureen Raisyha Konflik semakin bertambah apabila seorang demi seorang insan dari masa lalu datang menemui pasangan itu sehingga mampu menggoyahkan rumahtangga yang hampir menemui titik kebahagiaan. Apakah kesudahan kisah ini? Akankah benar cinta suci Cinderella dan Putera Raja itu wujud di dunia nyata? Jika kahwin, memang ya. Jika cinta? Adakah mungkin semuanya hanya hidup di dunia fantasi sahaja? [COMPLETE]
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 154,987
  • WpVote
    Votes 12,830
  • WpPart
    Parts 28
"Terima kasih sebab selamatkan aku dan gembirakan adik aku dengan kek coklat tu. Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau. So, kita kawan?" - Athar Ketika salam perkenalan dihulurkan oleh Athar kepada Haura, ketika itu juga mereka tidak pernah menyangka bahawa perkenalan itu mempunyai motif yang tersendiri. Haura, gadis yang hampir menjejak ke usia 30 tahun masih tidak mempunyai pasangan hidup memberikan peluang kepada dirinya untuk berkenalan dengan Athar. Semuanya untuk menyenangkan ayahnya yang menghidap penyakit jantung. Keadaan ayahnya yang semakin parah membuatkan Haura terdesak untuk mencari pasangan hidup. Bagi Athar, pertemuan di antara dia dan Haura memberikan sinar baru dalam hidupnya setelah dia keluar dari 'kegelapan' yang membuatkan dia kehilangan seorang ayah. Dia yang hidup dalam rasa bersalah menebus kesalahannya dengan menjaga Amin, adiknya yang menghidap autisme. Masalahnya, Athar itu seorang bekas samseng yang mempunyai sikap baran yang selalu memeningkan Haura. Sikap mereka yang kontra kadangkala membolak balikkan hati Haura. Dalam masa yang sama, Athar mendapati bahawa waktunya semakin suntuk untuk menjadi pelindung Amin. Kerana hal itulah yang membuatkan Athar ingin mencepatkan setiap hal yang ingin dia lakukan sebelum waktunya berakhir. Malahan, bibit-bibit halus yang mula hadir untuk seorang Haura membuatkan Athar nekad untuk menjadi pelindung gadis yang mula mendapat tempat di hatinya. Namun, ketika waktu Athar hampir tamat semuanya berubah menjadi kedukaan buat dua hati yang saling bersatu. "Apa masalah awak?! Dah dekat dua minggu awak layan saya macam saya ni perempuan murahan untuk awak. Kenapa awak berubah? Awak dah buat saya cintakan awak, awak dah buat saya sayangkan awak dan saya serahkan seluruh raga dan jiwa saya pada awak dan ini balasan awak? Kenapa?!" - Haura Ilyana "Berhenti cintakan aku. Kan aku dah cakap, jangan biarkan kau hanyut dalam hubungan kita." -Athar MULA: MEI 2020 TAMAT: 24 JUN 2020
Mr Mama - [ɌIȺN] by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 1,594,768
  • WpVote
    Votes 79,921
  • WpPart
    Parts 54
-"Adakalanya, tempat paling bahaya ialah tempat paling selamat untuk berlindung"- ----- PENUH misteri dan perahsia. Itulah sifat asli yang ada dalam diri seorang Dhean Arriyan. Dia tegas. Dia dingin. Dia pemarah. Hidupnya hanyalah atas dasar nyawa. Namun tak disangka, kehadiran seorang bayi lelaki telah mengubah 180 darjah seluruh hidupnya! "Siapa sebenarnya kau ni budak?" - Dhean Arriyan "Babababa..." - Rizq Althaf Memang mustahil bagi seorang Rian untuk menjaga bayi lelaki yang entah dari mana asal usulnya. Tambahan lagi apabila dia memang kosong peratus ilmunya tentang penjagaan anak. Dia tak pernah berkahwin. Dia tak pernah rasa adanya keluarga. Namun begitu, bukanlah menjadi noktah untuk seorang Rian berputus asa. Lantaran bayi lelaki itu berjaya buatkan dia terjatuh sayang, Rian berkorban masa untuk berguru dengan ibunya tentang penjagaan bayi. "Comelnya Rizq. Bila sekali imbas nampak macam Rian junior", - Ayeen Hazreen Misteri tentang asal usul Rizq mendorong Rian untuk menyiasat. Tapi tak disangka telah membuka debaran dalam hati Rian. Sungguh, Rian sama sekali menyesal untuk menyiasat tentang asal usul bayi lelaki itu! "Kau tak faham, Raf. Aku hanya akan membahayakan orang yang aku sayang" - Dhean Arriyan "Percaya cakap aku, Rian. Perempuan boleh hidup tanpa kita. Tapi kita takkan boleh hidup tanpa perempuan" - Alfan Rafisqi Persoalannya, siapa bayi lelaki itu sebenarnya? Apa kaitannya dengan seorang Rian? ---- Start; 13/4/2020 End; 7/5/2020 ---- #1 in friendship #1 in mafia ⚠ Abusive language •••••••••••••••••• •••••••••••••••••• PENCIPLAKKAN JALAN CERITA INI ADALAH DIHARAMKAN SAMA SEKALI SAMA ADA JALAN CERITA MAHUPUN TAJUK! KALAU DEGIL JUGA PANDAI - PANDA
31. Princess Luana by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 206,516
  • WpVote
    Votes 17,876
  • WpPart
    Parts 52
Luana Finley, Puteri Mahkota Kerajaan Marlowe. Seperti gelaran yang diberikan kepadanya, sebegitu jugala beratnya tanggungjawab yang disandarkan kepada dia. Kenapa? Pertama sebab ayahandanya telah mangkat, bondanya turut meninggal dunia ketika melahirkan dirinya. Luana pula anak tunggal, waris takhta dirajanya. Oleh kerana dia anak perempuan, maka tugas sebagai raja telah diturunkan kepada dia. Masalahnya sekarang dia baru berusia 19 tahun, masih mentah dalam dunia politik atau pengurusan diraja. Kerana itu, Raja Issak iaitu adik kepada ayahada Puteri Luana di lantik menjadi penyandang taktah sehingga la Puteri Luana temui lelaki yang boleh menjadi suaminya dan kukuhkan kedudukannya sebagai pewaris sah Kerajaan Marlowe. Berita mengenai pencarian suami buat Puteri Luana pun tersebar ke seluruh daerah dan negeri tidak lama kemudian. Maka berbondong-bondong la lelaki datang menghadap. Mahu melamar Puteri Luana untuk menjadi isteri mereka. Puteri Luana menjadi gadis seusianya, sama sekali tidak berminat dengan semua itu telah timbulkan masalah dan kacau bilau kan pertemuannya dengan setiap calon suami yang hadir ke situ. Sampaikan ramai dayang wanita di istana menjadi Fake Princesss Luana. Agaknya, dapat ke antara ramai-ramai calon suami yang hadir ke situ menjadi suami Princess Mischievious ini? 25/12/2020-5/1/2021 Januari 2021