jyhahxx's Reading List
18 stories
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,935,135
  • WpVote
    Votes 68,708
  • WpPart
    Parts 81
[1st romance - stand alone] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai? beautiful cover: @pplyoumayknow
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 680,219
  • WpVote
    Votes 33,082
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance - stand alone] Qayl Zachary | Dian Antasya Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah. beautiful cover: @pplyoumayknow
π€π«πšπ‘ 𝐘𝐚𝐧𝐠 π’πšπ¦πš | C  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 287,840
  • WpVote
    Votes 15,150
  • WpPart
    Parts 53
𝐈𝐝𝐫𝐒𝐬 π„π¬π‘πšπšπ₯ | π“πšπ¬π§π’π¦ π€ππžπ₯𝐚 "Bunga akan mekar bila dijaga dan dihargai betul-betul. Tapi kalaulah seorang pun tak boleh jaga dan hargai, lambat-laun bunga tu akan layu." Hidup adakalanya seperti bunga. Ada masanya ianya mekar, ada masa ianya layu. Tasnim Adela tidak pernah menyangka sebuah khabar mampu menghancurkan sesuatu yang telah susah payah dibinanya semula. Namun, melihat masa lalu memilih untuk bahagia bersama orang lain membuatkan segala yang dipendam kembali berdarah. Hinggalah dia bertemu dengan Idris Eshaal. Lelaki yang berdiri di persimpangan luka yang sama. Lelaki yang memahami perasaan itu tanpa perlu Tasnim menjelaskannya dengan kata-kata. "E-Eshaal?" - π“π€π’ππˆπŒ 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Pertemuan itu tidak pernah diduga Tasnim. Dan siapa menyangka, pertemuan pertama itu juga boleh mengubah segala-galanya dalam hidup mereka. "Tanya kenapa lagi, kau tak nampak ke yang aku tengah lamar kau ni." - πˆπƒπ‘πˆπ’ 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋 "Nak melamar perempuan bukan macam ni caranya. Cara awak tu nampak macam memaksa, bukannya romantik." - π“π€π’ππˆπŒ 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Maka dari situ, termeterailah satu ikatan yang tidak pernah dirancang oleh hati. Tanpa cinta. Tanpa harapan. Dan tanpa janji untuk saling memiliki. Tetapi, ada perkara yang sukar dikawal apabila dua jiwa yang pernah patah dipaksa berjalan seiring. Sedangkan semakin mereka cuba meletakkan batas, semakin takdir menemukan alasan untuk meruntuhkannya satu demi satu. Kerana kadangkala, orang yang hadir untuk membantu kita melupakan seseorang... akhirnya menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Persoalannya, adakah hubungan ini sekadar jalan keluar daripada masa lalu? Atau sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rancang?
HIS YEARNING SIDE [ C ] βš οΈπŸ”ž - 2 by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 614,103
  • WpVote
    Votes 44,536
  • WpPart
    Parts 69
[ SPINOFF HIS MISSING PART ] ‼️ Friendly reminder: Some parts of this story touch on mature topics. Feel free to read only if you're comfortable. - Segalanya yang ada dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata. Sama ada dari segi tempat, syarikat, kekayaan, nama dan sebagainya. Jangan triggered kalau baca dan perasan ada yang tak logik. Sebab ini adalah rekaan dan imaginasi yang terlalu dahsyat. Peace no war✌️ Update : 8.30 malam - "Kalau kau baik sangat, kau tak akan rampas kebahagiaan aku! Aku tak nak jadi isteri pada lelaki macam kau!" Suara tengkingan yang cukup nyaring dapat didengar oleh Qamar. Bibirnya langsung menjungkit senyum sinis. Tangan halus itu terus dicengkam kuat dan tubuh itu ditolak ke dinding. "Tapi kau adalah cagaran atas ketamakkan ayah kau sendiri. Jadi bersedia untuk terima semua yang akan jadi lepas ni. Milik aku tak akan aku lepaskan dengan mudah." Suara gemersik itu diluah dengan sinisnya. Qamar tatap mata biru itu dalam-dalam. Istimewanya wanita itu cukup lain pada dirinya. Sekali dia memilih wanita itu sebagai miliknya, selamanya dia tidak akan lepaskan. Start : 9 November 2025 End : 18 March 2026 [ Story ke 21]
Surgeon In Love by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 842,386
  • WpVote
    Votes 41,989
  • WpPart
    Parts 64
Highest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa hospital tersebut hanyalah hospital swasta yang biasa namun sangkaannya salah. Hospital tersebut mempunyai empat orang pakar bedah yang digelar F4 oleh staf-staf hospital itu kerana rupa dan personaliti mereka yang mampu menggegarkan dunia setiap gadis. Dr. Hafizulizwan; seorang neurologist a.k.a pakar bedah otak. Perwatakannya yang pendiam sentiasa memperlihatkannya sebagai seorang yang bermisteri namun apabila tiba sahaja Emma, dia berubah 360Β°. Dr. Haziq Arash; seorang oral & maxillofacial surgeon. Perwatakannya yang playboy itu langsung tidak memberi kesan terhadap gadis-gadis untuk menjauhinya termasuklah Emma. Dr. Rykarl Naufal; seorang pediatrician. Oleh kerana sikap ramahnya dengan kanak-kanak, Emma semakin tertarik untuk mengenalinya. Dan yang terakhir, Dr. Dylan Fazley. Namanya sahaja sudah berbunyi seperti nama mat salleh, tambahan lagi dengan mempunyai kacukan Swedish. Oleh kerana dia juga seorang Thoracic Surgeon, mereka berdua sering terserempak. Personalitinya yang angkuh itu menyakitkan hati Emma. Apabila jawatan ketua Thoracic Surgeon kosong, Emma dan Dylan mula menunjukkan persaingan ketat untuk memenangi jawatan tersebut & membuatkan mereka semakin rapat. "Give me a chance to love you, for real this time." - Dylan Fazley "You changed me." - Hafizulizwan "You're beautiful." - Rykarl Naufal "She's the one I love." - Haziq Arash Siapakah yang akan memiliki Emma pada akhirnya? *WARNING* In this story, saya akan terangkan sedikit mendalam tentang pembedahan yang dilakukan. Jika mudah terganggu dengan content story ini, dinasihatkan agar tidak membaca cerita ini ataupun skip bahagian pembedahan tersebut.
My Princess by Nuru1_1man
Nuru1_1man
  • WpView
    Reads 799,925
  • WpVote
    Votes 17,253
  • WpPart
    Parts 67
Putri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang manja seperti budak 5 tahun amat merimaskan sesiapa saja. Manja yang tidak boleh di tengking. Sentiasa ingin melekat. Yang lagi hangat, Asiyah jatuh cinta pandang pertama kepada seorang lelaki iaitu abang kawan baiknya sendiri. Ke mana lelaki itu pergi di situlah ada bayang Asiyah. Siapa sangkah akhirnya dia di jodohkan dengan lelaki idamannya. Perkawinan yang di rancang oleh keluarga mereka. Luth Zafran- Lelaki yang beku. Senyuman mati mengikut jejak kekasihnya. Percintaan yang telah terbina hampir 3 tahun musnah hanya kerana kekasihnya lebih mengejarkan cita-cita. Hubungan mereka putus begitu saja. Luth Zafran masih setia menunggu kepulangan cinta hatinya. Dia benci akan perempuan yang bernama Aisyah. Perempuan yang langsung tidak ada rasa malu. Perempuan yang sangat menjengkelkan. Semakin dia menjauhi semakin Asiyah mendekati. Dia mula memberontak saat di perkawinkan dengan Aisyah. Hatinya tidak boleh menerima kerana ada nama seorang masih tertulis utuh di tangkai hatinya. Namun desakan ibu bapanya membuatkan dia akhirnya bersetuju. Perkawinan terpaksa bagi Luth Zafran namun bukan untuk Aisyah. Sungguh itu adalah impiannya. Pelbagai rancangan untuk memikat hati suaminya. Luth Zafran yang mulanya berasa rimas bertukar kepada sayang. Baru saja dia mula membuka hatinya buat sang isteri. Datang pula cinta hati pertama Luth Zafran membuatkan hatinya tersesat buat seketika. Siapa yang menjadi pilihan Luth Zafran. Isterinya atau bekas kekasihnya? " aisyah terima semua keputusan abang. Asalkan abang bahagia sudah cukup buat asiyah"- Putri Aisyah "kau jangan mengedik sangat boleh tak? Aku rimaslah"- Luth Zafran "su minta maaf. Bagi su peluang sekali lagi"- Suraya Apakah akan terjadi? Siapa pilihan hati Luth Zafran? Putri Aisyah? Atau Suraya?
ZAFRAN'S: His Precious Belle [TERBIT] by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 2,562,938
  • WpVote
    Votes 30,410
  • WpPart
    Parts 22
TENGKU ZAFRAN & IRENE ISABELLE START : 1 MARCH 2025 END : 7 JUNE 2025 The Grand Elite High School. Dua nama menjadi bualan para pelajar dan guru. TENGKU ZAFRAN ADHA. Pewaris TZ Security yang petah, genius, nakal dan tinggi egonya. IRENE ISABELLE. Pewaris Magical Musicworks berdarah campuran, cantik, bijak dan berprinsip tinggi. "So... you are Tengku Zafran? The second place?" -Irene "And you are... Irene Isabelle?" -Tengku Zafran Pertemuan mereka bukan kisah cinta pandang pertama, tetapi permulaan kepada satu perang kecil yang berpanjangan. Dua pelajar terhebat yang tidak pernah berhenti bersaing demi kedudukan nombor satu. Namun segalanya berubah apabila Irene tiba-tiba menghilang dua minggu sebelum SPM, selepas pemergian bapanya. Meninggalkan Tengku Zafran dalam tanda tanya yang tak pernah terjawab. 13 tahun kemudian, Irene kembali ke Malaysia... dan tanpa disangka, Tengku Zafran muncul semula dalam hidupnya. Bukan sebagai lawan lama, tetapi sebagai pengawal peribadinya. Irene menolak tapi lelaki itu mendekat. Niatnya jelas mahu melindungi Irene, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya disebabkan satu malam, semuanya musnah. Malam yang mengikat status mereka sebagai suami isteri dalam keadaan yang tak pernah mereka pilih. Irene terperangkap dalam trauma dan rasa hilang arah. Tengku Zafran pula dihimpit rasa bersalah, namun nekad untuk memperbaiki semuanya, walau tiada cinta antara mereka. "You ruined me, Zaf. Macam mana you nak expect I hidup dengan you?" -Irene "I know. And I don't deserve your forgiveness. But please Irene... let me spend the rest of my life trying to make things right. Even if it means giving up everything I have." -Tengku Zafran Tiada cinta. Hanya luka, janji dan ikatan. Mampukah dua jiwa yang pernah berlawan, akhirnya belajar untuk berdamai dalam satu ikatan? Dan mampukah cinta lahir... dari malam yang sepatutnya tak pernah berlaku?
[C] Cinta Berakhir Bahagia by the_areumi
the_areumi
  • WpView
    Reads 680,841
  • WpVote
    Votes 2,030
  • WpPart
    Parts 39
Agency Series (3) ⚠️ Trigger Warning ⚠️ This story includes scenes of domestic violence, emotional manipulation, unhealthy relationships, and situations that should not be imitated in real life. Please remember: this is a work of fiction. These behaviours are portrayed for the sake of the story and are never acceptable in reality. If you ever find yourself in such a situation, please seek help and support. Siapa sangka, kekasih hati yang hilang tanpa jejak, tiba-tiba muncul semula, mengganggu hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali, tapi kali ini sebagai bakal suami kepada sepupunya. "You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin Rancangan disusun dengan penuh teliti. Helena mahu Eden merasai kepedihan yang sama, ditinggalkan tanpa sebab yang jelas. Tambahan pula, hati kecilnya sakit melihat Eden bahagia bersama sepupunya, sedangkan dia? Terperangkap dalam bayangan kenangan yang tak pernah selesai. "It's about time you realized how it feels to be left by someone you love, now you will understand how much you hurt me." - Sharifah Helena "It can be really tough to let go someone you care about. Tak sangka ada orang yang masih tergila-gilakan aku, walaupun dah 15 tahun." - Eden Zahrin Pelan yang disangka sempurna, akhirnya mulai runtuh. Hidup Helena, yang selama ini bagaikan seorang puteri, kini berubah sepenuhnya, 180 darjah ke arah yang tak pernah dia duga. "Untuk kali ni, I merayu. Tolong terangkan dekat keluarga I." - Sharifah Helena "Kita kahwin, hm?" - Eden Zahrin Takdir mengikat mereka dengan cara yang tak terduga. Seorang perempuan, yang masih dihantui dengan kenangan cinta yang belum padam, dipaksa hidup bersama lelaki yang pernah meninggalkan luka dalam hatinya. Highest rankings: #1 novelmelayu #1 fiksyen #1 agency #1 drama #1 misteri #1 dendam #1 revenge #1 romance #1 kahwin #1 mystery #1 romantic #1 angst #1 love #1 malay
EVERISA by thenovlise
thenovlise
  • WpView
    Reads 183,582
  • WpVote
    Votes 9,393
  • WpPart
    Parts 84
Completed βœ“ . The Beginning of Us. . Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehidupan normal sebagai pelajar tapi sebaliknya pula yang berlaku. Di Sekolah Tengku Hossein, Hawa bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Di situ dia belajar erti persahabatan, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan, kekeluargaan dan kasih sayang. "Cantiknya kau! Terpesona aku dibuatnya." "Ee, gatal!" "We're with you, Hawa." "Hawa, jangan sedih-sedih." "Budak miskin macam kau, sepatutnya duduk je dekat sekolah biasa." "No one can ever hurt my angel." "Aku minta maaf." "Aku kecewa dengan kau, Hawa." . Berjumpa pula dengan seorang gadis yang tanpa diminta menjadi sahabat turun dan naiknya. Setiap kali ada masalah, mesti Hawa yang jadi pendengar setia. Begitu juga dengan gadis itu. Menjadi pelindung untuk rakan-rakannya. "You touch my friends, and you'll face the consequences that you can never imagine of having." - MAYA . Dan, tak lengkaplah kisah sekolah tanpa kisah masam-masam manis antara si gadis dan si jejaka. "Kau lagi," keluh si dia. Aku ketap bibir. Asal jumpa dengan dia ni je, mesti masa aku ada masalah. Asal ada masalah je jumpa dia. Dalam dunia ni ada aku, dia dan masalah je ke? - HAWA Tapi siapa pula si dia yang Hawa jumpa ni? . "Who do you think you are to be here?" "Jangan menggatal dengan any of The Leaders!" Tapi datang pula seekor lalat yang terbang berdengung di telinga. Siapa dia? Kenapa dia benci sangat dengan Hawa? Dan, siapakah The Leaders? . Well, if you're interested to know it all, get ready to dive in. Because once you're in, there's no way out except through the epilogue by reading until the last bits. Are you ready? Hit on the Read button now! . EVERISA Β© thenovlise, 2022
[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2 by tyracaramel
tyracaramel
  • WpView
    Reads 1,748,744
  • WpVote
    Votes 75,310
  • WpPart
    Parts 126
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang perempuan. Bukan mahram." "Dialah manusia paling pelik dalam abad ni. Aku tengok dia tu macam tak ada perasaan langsung. Marah tidak, kecewa tidak, sedih pun tidak. Gembira,senyum? Langsung aku tak pernah nampak semua tu." Itulah yang sering didengari oleh Nurul Aqisyah, seorang gadis remaja yang sedang dilamun cinta. Betul la orang cakap. Cinta itu buta! Aqisyah telah jatuh hati pada seorang lelaki yang bernama Nazrul Hakimi sejak dia berada di tingkatan dua. Satu-satunya lelaki yang telah berjaya menambat hati Aqisyah di dalam kampungnya. Namun, Nazrul Hakimi melayan Aqisyah bagaikan Aqisyah orang luar sahaja. Apabila dengan kawan-kawan yang lain, Nazrul bermesra pula. Kalau bernasib baik, dapatlah bergurau sekali. Macam mana Aqisyah tak puas hati? Panas hati dia! Kali ni, dia sudah nekad. Biarlah orang mahu kata 'perigi cari timba' sekalipun. Asalkan lelaki itu menjadi raja di hatinya. Projeknya harus dilaksanakan! Projek memikat hati crush! β€’ 6 Nov 2016