MiaDamisha's Reading List
13 stories
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 997,326
  • WpVote
    Votes 67,661
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
DREAMCATCHER HORROR STORY by ItsmeCempakaS
ItsmeCempakaS
  • WpView
    Reads 466
  • WpVote
    Votes 89
  • WpPart
    Parts 16
Fanfic ini akan disambung dengan beberapa shot story dalam genre yang sama. Sebuah Fanfiction yang bergenre Mystery-Thriller-suspend-Horror. Berkisahkan tentang berlaku beberapa pekara pelik ke atas mereka bertujuh. Apa yang berlaku itu? Mari kita baca. Amaran‼️‼️ Banyak disebut DARAH dalam ff ini‼️ #maaf andai terkurang, kisah ini hanya rekaan semata-mata.
SOLILOVETUDE (Completed) [IDOL SERIES 1] by sofea_sabre32
sofea_sabre32
  • WpView
    Reads 6,211
  • WpVote
    Votes 1,304
  • WpPart
    Parts 75
Atma Hanim - Disebabkan sekeliling manusia yang sering mengambil kesempatan terhadapnya, dia sukar untuk bersosial dan takut dengan harapan manusia. Dia rela bersendiri tanpa mengharapkan sesiapapun, walaupun dia tahu, hidupnya bakal sepi. Dia, seorang gadis yang sukar percaya dengan aneka ragam manusia. Emir Bakri - Bertemu dengan seorang jejaka yang suka menyakat, dia telah menceriakan hidup gadis itu yang serba hitam. Dalam diam, dia telah jatuh cinta pada Atma sejak pertama kali mereka bersua . Dia, lelaki utusan Tuhan yang cuba memulihkan trauma gadis pujaannya. " Asal awak ikut saya eh? Takde tempat lain ke nak pergi?" - Atma Hanim " Kau tu perempuan , tak elok sorang-sorang. "- Emir Bakri " Tak matilah sorang pun, nak harapkan orang lain pun tak guna juga. "-Atma Hanim. Sikap keras dan dingin Atma Hanim membuatkan Emir Bakri semakin jatuh hati padanya. Satu per satu rahsia disebalik keras dan dingin sang gadis itu, telah membuka mata buat lelaki itu. Mampukah Emir buktikan pada pujaan hatinya bahawa dialah penyelamat sehidup semati gadis itu? Disclaimer : Ada dialek pada dialog yang telah dimasukkan ke dalam novel ini. Sesiapa saja tak faham, boleh Tanya di ruangan komen. (Completed)
Menunggu di Hujung Rindu  by mentari_merah
mentari_merah
  • WpView
    Reads 136
  • WpVote
    Votes 26
  • WpPart
    Parts 10
Aleya Hanim pernah percaya cinta sejati hanya satu, lelaki yang dia kenali sejak remaja. Yang ada dalam susah dan senangnya. Namun laksana lirik lama "kusangka kan panas berpanjangan... rupanya gerimis rupanya gerimis mengundang". Seluruh impian yang dibina bertahun dulu hancur sekelip mata. Di saat dunianya runtuh, hadir seseorang yang tidak pernah terlintas di hati. Izz Rayyan. Dia bukan pilihan, bukan dambaan. The one she didn't choose. Tapi hadirnya menyelamat maruah. Hari-hari bersama bermula hambar, penuh kekeliruan serta kecurigaan. Luka itu masih berdarah, malah dalam diam segalanya lebih menikam. Seiring dengan waktu, Aleya mula mengenal ketulusan yang bukan dipinta, merasai kesetiaan yang tidak dijangka dan menikmati cinta yang berputik mekar. Izz tidak pernah memaksa, dia hulurkan pengertian dan sabar menunggu di hujung rindu. Mampukah Aleya menyambut cinta lelaki yang bukan pilihan? Sampai bila Izz sanggup bertahan dan menanti hati Aleya sepenuhnya menjadi miliknya? Sebuah kisah tentang pengkhianatan yang meleburkan kepercayaan. Kisah mereka bukan pilihan tapi takdir yang menemukan. #romance #friendship #family #sliceoflive
[C] PELUKAN TERAKHIR by hnhwi_
hnhwi_
  • WpView
    Reads 5,875
  • WpVote
    Votes 369
  • WpPart
    Parts 41
- THE HEART THAT CHOSE TO STAY - She's tired of fighting and just wants the pain to end. He's not ready to give up and wants to keep holding on. Aman Harzan, jejaka yang berjuang untuk terus hidup meskipun keadaannya semakin lemah. Dengan masa yang kian singkat, dia memilih untuk menjalani kehidupan seperti biasa, menyembunyikan penderitaannya. Hannah Aralyn, seorang gadis yang dingin dan tidak berperasaan, tenggelam dalam kegelapan jiwanya sendiri. Dihantui rasa bersalah dan trauma yang tidak pernah sembuh atas kematian abangnya 12 tahun lalu, dia sudah lama berhenti mempercayai erti kesembuhan dan air mata. Pertemuan tanpa sengaja disebabkan oleh salah faham membuatkan dua hati yang terluka mula mendekat. Mereka mula menemui kehangatan di dalam derita masing-masing. Kisah dua jiwa yang dipertemukan dengan takdir tentang kehilangan, penerimaan dan cinta yang hadir untuk menyembuhkan walau hanya seketika. Bagaimanakah kesudahan kisah mereka berdua?
SUARA DI SEBALIK BAYANG by arasismagia
arasismagia
  • WpView
    Reads 80
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 5
SUARA DI SEBALIK BAYANG Di rumah pusaka yang kau anggap selamat, ada yang menunggu di sebalik setiap sudut gelap. Dalam kesunyian subuh, seorang ibu tunggal membungkus bekal untuk anak perempuannya, Aisyah. Rutin harian yang biasa. Rumah pusaka yang familiar. Tiada apa yang luar biasa. Sehingga dia mendengar bunyi tapak kaki dari tingkat atas. Perlahan. Terseret. Sengaja. Tetapi bila dia naik untuk memeriksa, tiada sesiapa di sana. Hanya koridor kosong, pintu bilik Aisyah yang terbuka sedikit, dan perasaan bahawa ada sesuatu sedang memerhati dari dalam bayang-bayang. Aisyah mula berubah. Dia tidak lagi bercakap. Matanya sentiasa bengkak, seperti tidak tidur malam. Dan bila ibunya menemui buku catatan harian yang ditinggalkan di atas meja dapur, dia membaca: "Aku selalu mendengar mereka pada waktu malam. Mereka berada di dalam rumah. Aku tak tahu apa yang mereka mahukan. Aku takut." Kemudian Aisyah hilang. Polis kata dia melarikan diri. Tetapi ibu tahu itu tidak benar. Kerana setiap malam, dia masih mendengar bunyi tapak kaki yang sama. Bergerak di sepanjang koridor. Berhenti di luar pintunya. Dan pada malam keempat, apabila dia menemui nota terakhir Aisyah, dia akhirnya faham: "Aku nampak dia di koridor. Dia berdiri di luar pintu bilik ibu. Aku cuba beritahu ibu, tetapi ibu tak dengar. Maafkan Aisyah, bu." Ketakutan yang menghantui anaknya tidak pernah ditujukan untuk Aisyah. Ia adalah untuk dia. Dan malam ini, bayang itu akhirnya mendapat apa yang diinginkannya. "Horror yang paling menakutkan bukan datang dari luar. Ia datang dari dalam rumah kau sendiri-dari koridor yang kau lalu setiap hari, dari bilik yang kau tidur setiap malam. Dan kadang-kadang, orang yang paling kau sayang tidak dapat menyelamatkan kau daripada apa yang mereka nampak, tetapi kau tidak." Adakah anda berjaya membaca cerita ini sehingga habis? Jaga-jaga. Malam ini mungkin bayang itu datang mencari anda pula.
Dalam Lipatan Hati [Completed!] by doughnad
doughnad
  • WpView
    Reads 18,261
  • WpVote
    Votes 1,813
  • WpPart
    Parts 36
Ada cinta tak pernah hilang, Hanya tersembunyi dalam lipatan hati.
Separuh Aku [C] by naura_modric
naura_modric
  • WpView
    Reads 3,160
  • WpVote
    Votes 530
  • WpPart
    Parts 54
Separuh Aku - bukan sekadar kisah cinta pertama, tapi mungkin... cinta yang terakhir. Zaza Zaibarudin, gadis sederhana dengan hati lembut dan mudah tersentuh. Hidupnya tenang, jauh dari kemewahan - tapi penuh kasih yang tulus. Sejak kecil, dia belajar berdikari dan menyimpan rasa dalam diam. Wafiy Firdaus pula datang dari dunia berbeza. Anak keluarga ternama, dibesarkan dalam kemewahan dan tumpuan. Namun di sebalik nama besar itu, dia tetap rendah hati, tenang... dan sukar dijangka. Pertemuan mereka mengubah segalanya - dua jiwa yang pernah terluka, kini bertemu dalam takdir yang sama.Dan dalam setiap hujan, diam, dan jeda antara mereka... lahirlah cinta yang perlahan, tapi sukar dilupakan.
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,595,368
  • WpVote
    Votes 257,985
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.