♥?
3 stories
Kerana Dia [C] by tyracaramel
tyracaramel
  • WpView
    Reads 511,313
  • WpVote
    Votes 22,610
  • WpPart
    Parts 75
COMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu memberontak. Ditambah pula terpaksa bersekolah di kampung. Lagilah dia terasa terseksa! Macam rusa masuk ke kampung! Namun,setelah bertemu dengan anak pengetua sekolahnya,Siti Nur Rosalinda membuatkan Danial bersemangat mahu ke sekolah. "Habis tu nak panggil kau Ros la ni? Muka tak cantik macam bunga Ros pun." - Danial "Habis tu,awak? Macamlah bagus sangat." - Ros Semuanya bertambah huru-hara apabila Danial dan Ros bakal dikahwinkan dalam masa terdekat. Semuanya kerana Danial! Mampukah mereka berdua mengatasi hal rumahtangga mereka pada masa akan datang?
[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2 by tyracaramel
tyracaramel
  • WpView
    Reads 1,737,688
  • WpVote
    Votes 76,998
  • WpPart
    Parts 129
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang perempuan. Bukan mahram." "Dialah manusia paling pelik dalam abad ni. Aku tengok dia tu macam tak ada perasaan langsung. Marah tidak, kecewa tidak, sedih pun tidak. Gembira,senyum? Langsung aku tak pernah nampak semua tu." Itulah yang sering didengari oleh Nurul Aqisyah, seorang gadis remaja yang sedang dilamun cinta. Betul la orang cakap. Cinta itu buta! Aqisyah telah jatuh hati pada seorang lelaki yang bernama Nazrul Hakimi sejak dia berada di tingkatan dua. Satu-satunya lelaki yang telah berjaya menambat hati Aqisyah di dalam kampungnya. Namun, Nazrul Hakimi melayan Aqisyah bagaikan Aqisyah orang luar sahaja. Apabila dengan kawan-kawan yang lain, Nazrul bermesra pula. Kalau bernasib baik, dapatlah bergurau sekali. Macam mana Aqisyah tak puas hati? Panas hati dia! Kali ni, dia sudah nekad. Biarlah orang mahu kata 'perigi cari timba' sekalipun. Asalkan lelaki itu menjadi raja di hatinya. Projeknya harus dilaksanakan! Projek memikat hati crush! • 6 Nov 2016
Sebulan Bersama Ex-Crush by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 330,659
  • WpVote
    Votes 20,006
  • WpPart
    Parts 33
Fasha Zayana terpaksa menetap di rumah jirannya selama sebulan apabila ibu bapanya berhijrah ke Turki. Siapa sangka dia akan duduk di bawah atap yang sama dengan ex-crush a.k.a bekas sahabat baiknya ketika masih di bangku sekolah rendah dulu? Raees Chen, lelaki berkacukan Cina yang bekerja sebagai CEO di syarikat milik keluarganya dan merupakam ex-crush Fasha walaupun dia sendiri tidak pernah mengetahuinya. Meskipun berupa dan berharta, dia masih termanggu bersendirian menunggu kekasih lamanya, Viviena Tan untuk kembali. Namun, suatu hari, Raees tiba-tiba menunjukkan minat terhadap Fasha. Fasha bingung mengapa lelaki yang dingin terhadapnya itu melayannya dengan lebih ramah bahkan meminta kepada Fasha agar mereka bisa berkawan semula. Mungkinkah semuanya akan berubah sepanjang sebulan mereka tinggal bersama? "Yang pergi itu cinta tetapi yang datang itu mungkin jodoh." - Fasha Zayana "Kau datang bila dia dah pergi. Maksudnya, kau jodoh aku ke?" - Raees Chen