matchalahidup9
- Reads 104
- Votes 11
- Parts 12
Syed Amir-seorang ahli politik muda yang lantang bersuara, penuh idealisme, dan digeruni lawan. Dalam usia yang masih muda, dia sudah menjadi harapan rakyat, memperjuangkan hak mereka tanpa gentar. Namun, di sebalik ketokohan dan keberaniannya, Syed menyembunyikan satu rahsia-penyakit yang perlahan-lahan meragut nyawanya.
Bella Adelia-seorang pelakon terkenal yang telah dikhianati sebelas kali oleh orang yang dia percaya. Dia tidak lagi percaya pada cinta, sehingga perkenalannya dengan Syed mengubah segalanya. Mereka bertemu dalam satu projek bantuan kemanusiaan untuk Muar dan Sabah, dan dari sekadar rakan seperjuangan, hubungan mereka menjadi lebih mendalam.
Namun, semakin Bella mendekati Syed, semakin banyak dinding yang lelaki itu bina di sekeliling dirinya. Syed menolak untuk menunjukkan kelemahannya, menolak belas kasihan sesiapa, termasuk Bella. Satu demi satu tanda-tanda keletihannya makin jelas-batuk yang tidak sembuh, tubuh yang semakin lemah, nafas yang semakin pendek. Tetapi setiap kali Bella bertanya, jawapan Syed tetap sama:
"Nothing. You will know one day."
Hari demi hari, beban yang Syed pikul semakin berat. Kesakitan yang ditahannya akhirnya meruntuhkan tembok yang dia bina. Dan apabila tubuhnya akhirnya menyerah, Bella dan Farhan-setiausahanya yang paling memahami-berada di sisinya, mengajarnya mengucap kalimah syahadah di saat-saat terakhir.
Di Parlimen, di jalanan, di hati rakyat yang pernah dia perjuangkan, nama Syed Amir kekal hidup. Namun, dalam hidup Bella, dia bukan sekadar seorang pemimpin. Dia adalah seseorang yang telah mengajarnya bahawa cinta bukan sekadar memiliki-tetapi melepaskan dengan redha.