ROMANCE
3 stories
Betul, Suami Aku Pelakon! by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 59,690
  • WpVote
    Votes 3,059
  • WpPart
    Parts 28
Kejadian yang berlaku pada waktu senja, dengan situasi yang kurang menyenangkan menemukan Irfan Danish... seorang pelakon dengan Aliya Marissa, seorang pelajar universiti yang sedang menghabiskan cuti semesternya di kampung. Irfan : "Kau kan semalam?" Aliya : "Haah! Aku. Apesal? Kau ingat kau sorang aje pandai buat mata bulat? Aku pun bolehlah!" Irfan : "Wei, pasal kaulah aku jadi macam ni!" Aliya : "Apehal pulak aku? Kau tu yang penakut. Lari macam lipas kudung. Nama aje jantan tapi, hati berbunga-bunga, menjerit mengalahkan perempuan. Dasar jantan lembut! Biadap pulak tu!" Tanpa sedar, pertengkaran mereka akhirnya bertukar kepada pernikahan. Oleh kerana Aliya masih lagi seorang pelajar... dia mahu menyembunyikan statusnya. Kalau orang tahu dia berkahwin dengan seorang pelakon, kecoh satu universiti nanti! Tatkala masing-masing mengenakan antara satu sama lain, muncul perasaan cinta. Namun, mereka cuba menafikan. Kesilapan Irfan dan rahsia yang disimpan oleh mereka berdua menyebabkan keadaan mula menjadi huru-hara. **Sudah diterbitkan**
Promise by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 59,266
  • WpVote
    Votes 2,996
  • WpPart
    Parts 36
Ketika berada dalam keadaan terdesak, seorang lelaki muncul secara tiba-tiba dan telah menolong Hanina Luthfia. Tanpa mengetahui nama, hanya senyuman saja yang menjadi memori. Takdir menemukan mereka sekali lagi. Malah lebih mengejutkan, lelaki itu sebenarnya mempunyai kembar! Wajah mereka memang saling tak tumpah tapi... perangai bagaikan langit dan bumi. Sorang indah, sorang lagi bikin menyampah! Wafiy Sadiq, si abang. Pemilik senyuman yang menjadi memori. Lemah lembut bicara dan sering membahagiakan Hanina... dengan kata-kata dan tindakannya. "Awak kena yakin dengan apa yang ada pada diri awak. Bila awak yakin, awak akan sedar yang sebenarnya awak sangat berharga... okey? Saya janji saya akan buat awak rasa lebih bahagia." - Wafiy Sadiq. Siddiq Wildan, si adik. Pemilik senyuman sinis. Annoying nak mampus! Hobinya suka menyindir orang dan kerap munculkan diri di hadapan Hanina. "Sudah-sudahlah tenung jari tu. Jari tu cukup ada sepuluh, kan? Nak tenung sampai jadi sebelas jari ke? Ke... kau nak aku kurangkan jari kau jadi sembilan aje?" - Siddiq Wildan. Fikiran Hanina jadi kucar-kacir disebabkan mereka berdua! Kerana satu kejadian, perasaan Hanina menjadi turun naik. Marah, serba salah, terkilan semuanya bersatu! Ada janji tercipta. Janji yang dikota, bahagia... dan janji yang tidak ditunaikan, sengsara dibuatnya. Namun, masih ada rahsia. Rahsia mereka berdua. **Sudah dicetak. JUN 2017**
Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited)  by nishnikko
nishnikko
  • WpView
    Reads 3,141,120
  • WpVote
    Votes 76,636
  • WpPart
    Parts 59
Dhiya Nur Syafinaz...Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai perwatakan.Dalam keluarga dialah yang paling manja.Tetapi apabila bersama gengnya watak manjanya bertukar menjadi gila-gila.Menyakat orang dialah raja. Tengku Faliq Dika...Seorang pemuda yang sempoi dan tidak banyak kerenah.Prinsip bercinta selepas kahwin dipegang dengan kuat walaupun ramai yang cuba mengambil hatinya.Namun hempehh!Hati beku bhaii Pertemuan antara mereka telah menimbulkan rasa aneh dalam diri Faliq.Perasaan aneh yang dirasainya itu membuatkan Faliq ingin memiliki Dhiya.Mampukah Faliq memiliki cinta Dhiya?Adakah Dhiya merasai apa yang dirasai Faliq?Dapatkah Faliq membahagiakan Dhiya? Dalam mengekalkan kebahagian rumah tangga mereka Faliq dan Dhiya masing-masing mempunyai strategi tersendiri.Godaan menjadi pilihan untuk memikat kekasih halalnya itu.. *Try baca dulu..kalau x best korang boleh kecam sis.. HighRanking -#10inRomance (14/10/17) -#5inRomance (19/10/17) -#3inRomance (28/10/17)